Katil untuk baby

Pas raya hari tu jalan2 cari barang2 tuk baby....terutama tilam gan bantal baby...xbeli lg...masa tgk2 tu,nampaklah katil baby....perlu ke xperlu nak beli yer....?Kalau di negara orang putih..baby di letakkan tido biar di dalam katil...tapi rasa2 kat negara kita nie,katil tuk baby di perlukan ker...?
Sebab kebanyakkan yg saya tgk,baby ditidokan disebelah ibu jer..senang bla baby jaga malam,ibu tu xpayah susah2 nak bangun dan pergi kat katil baby tu angkat baby,klau kat sebelah jer..senang ditepuk2 jer atau peluk,baby tido balik...Nie tgh fikir2 lg,nak beli katil ke tidak tuk baby.....Keperluan ke...atau sekadar ikutan..........mm...........susah jugak ye nak buat keputusan...

Di Pagi Raya

Salam...Orang lain dah abis cerita tang pagi raya,saya baru nak cerita tang pagi raya...Sory agak ketinggalan...Bukan apa...Sejak balik dari kampung..rasa malas jer nak buka blog sendiri...Rindu nak beraya lagi..Rindu nak jumpa family..So kurang bersemangat mcm selalu tue...
Masa pagi raya tu,saya gan hb tersedar awal..maklumlah dah terbiasa bangun sahur...so bangunlah awal b4 subuh tue...Cuaca pagi tu tenang jer...Hb pon putuskan nak pergi sembahyang subuh berjemaah bersama2 di surau berhampiran...Masa azan subuh tue,time nak g surau tue.Tiba2 ujan turun dengan lebatnyer..Hujan rahmatlah katakan..Alhamdulillah........
Balik dari surau jer,saya gan hb terus ke dapur..LAPAR...perut dah berbunyi..Dah biasa makan ketika sahur...Siap makan nasi putih lagi gan kari daging yg abah masak...Bila dah masuk dapur senyap2 makan..Then amik kari daging yg abah masak malam tadi xtanya abah dah siap masak ke belum...Nielah padahnyer...Rupanyer,kari daging tu belum siap lagi masak...Tawar jer rasanyer...Rupanyer GARAM belum lagi diletakkan...Tumpul selera nak makan..HUHUHU...Tulah nasib....
Pukul 8 pagi, kami bersiap2 nak ke masjid tu sembahyang sunat raya...Lepas tu,mulalah sesi salam bersalaman,bagi duit raya dan bergambar beramai2 b4 keluar berhari raya..



Sehari Sebelum Raya Part 2

Sehari sebelum raya hari tu, masa di klang..dah ready wat ketupat gan rendang ayam pencenkan...then petang tu pergi pulak ke selayang tuk tolong pape yg patut..rumah mak mentua..Sampai2 jer..umah di selayang..air xde..so nak wat pape terbantut lah gak..dengan keadaan cuaca yg agak panas..dan badan saya yg dah xlarat nie..apa lagi..masuk bila..Zzzzlah jawabnyer..Tapi hb tolong2 abah wat meja makan baru...Dapatlah berbuka puasa tuk malam terakhir makan di meja makan baru...nie hasilnyer...


Cantikkan...buat sendiri jer..xpayah susah2 nak buang duit beli mahal2..

masa berbuka lg meriah..Sebab ramai..tapi xblh nak letak picture kat cnie..Aurat perlu dijaga..Sorry yer...

Then malam tu lepas berbuka puasa, 1 family sembahyang berjemaah bersama yg di imamkan oleh abah...Cerita seterusnyer di bagi raya..tggu yer....

Nie gambar di luar rumah...meriah dengan lampu lip lap dan panjut di pasang






Kisah Sehari Sebelum Raya

Salam...hr nie baru berpeluang nak bercerita pasal raya..Maklumlah busy sesangat bila time raya..seminggu beraya..semalam baru balik ke rumah sendiri..xpuas rasanyer beraya di rumah mak ayah..mcm nak duk lama je lagi.tapi disebabkan tggjawab hb terhadap keje..Pulanglah balik ke Pasir Gudang untuk mencari rezeki...

Nie antara gambar sehari sebelum raya di rumah mak ayah di klang..

Proses memasukkan beras ke dalam sarung ketupat


Sarung ketupat yang sudah di anyam

Kali nie raya mak masak rendang ayam pencen..

Proses akhir, rendang dgn ketupat tgh masak...Tunggu siap jer...

Pastu petang tu, hb gan saya berangkat ke rumah mama abah pulak di selayang..Untuk tolong pape yg patut...next cerita yer......

Cerita lawak 9

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.

Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".

Wak pun setuju.

Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.

Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.

Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."

Antara Perempuan Lawa Dengan Perempuan Tak Lawa

"Kalau perempuan lawa pendiam…

Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman...

kalau perempuan tak lawa pendiam…

Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi

BETULKAN………….

kalau perempuan lawa berbuat jahat….
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat….
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
BETULKAN………….

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu…
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu…
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
BETULKAN…………….

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem…..
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem…..
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

BETULKAN……………
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih…..
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih…..
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

BETULKAN……………
kalau perempuan lawa penyayang binatang……
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang….
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
BETULKAN……………
kalau perempuan lawa bawa BMW….
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW….
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
BETULKAN……………
kalau perempuan lawa tak mau bergambar….
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar….
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
BETULKAN……………
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
BETULKAN……………
kalau perempuan lawa bersedih hati….
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati………
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

BETULKAN……………

kalau perempuan lawa masak…..
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak….
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
BETULKAN……………
kalau perempuan lawa main2 miss call…
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call…
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
BETULKAN……………
kalau perempuan lawa hantar2 email…
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email…
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring
BETULKAN……………

IngaTlah..
Smua MaNusia Makhluk Allah Jua..MAsing2 MempunYai KelebihaN Dan kekurangaN...
Org LAki MMg CmtU ker? HEhe..Aper PEndaPAt korAng? KOMEN..KOMEN…KOMEN…HEHEHE

Cerita lawak 8

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata "Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.

Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :

"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"

"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi

Soalan Dengan Jawapan Yg Tepat Untuk Kita

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?

2.Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat. Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir Dan terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda ?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Sekadang Renungan Bersama

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua bendamtersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulu llah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Cerita lawak 7

Sarip, samseng Kg. Dusun

Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg.Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan,member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.

Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa.Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.

Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu,bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu.Paham? Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi. Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan...."

Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat.

"Nanti, nanti....... En.Sarip", kata tauke warung. "Maaf jika saya bertanya.......apa telah terjadi di kampung Mawar?"

" Tak ada ape", kata Sarip. "Aku kena balik jalan kaki."

Teknik Jaga Hati Pasangan

1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.
2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya .
3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia , seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya , sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya , tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun . 4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia , kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading , tanduk pun boleh lah .
5. Jangan buat walau sekalipun , mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya .
6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda .
7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.

Solat Di Hujung Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya…Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya..
Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat..Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit. Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga.
Jika sembahyang di awal waktu, Tolnya "free"….Sekatan tol tiada,..Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan…
Tapi….Jika sembahyang di akhir waktuTol free jugaTapi sekatannyaMasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kitaKenapa lewat poskan amalan kita..Merayu-rayu posmen malaikat kita,Minta diberi laluan..
Tetapi? penjaga langit pertamaTidak heranDicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi.
Maka..
Jatuh berderai?..Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutipSambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalanMerayu lagi kawan kita
Tak dipedulinyaLalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita..Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan..
Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kitaKenapa lewat hantar amalan tersebut..Tiada kompromiTerus dibaling amalan kitaJatuh berderai amalan kitaTak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada AllahSeolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannyaTak di dunia di akhirat pulaHilang duit, Hati risau, Tender ditolak,Ujian bertimpa-timpa..
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amalTapi tak sampaiDahlah tu,Tak de nilai..Kena azab lagi nanti..
Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.

Cerita Lawak 6

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu. Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

Cerita Lawak 5

Lawak Polis 1

Polis : Encik tolong keluarkan lesen memandu..kenapa pandu laju sangat nie

Had lajukan 90km/jam kenapa lari sampai 120km/jam

Pemandu : Ma'af lah datok....saya ada mesyuarat dengan MB dah lambat nie...sebab tu saya pandu laju laju.

Polis : Kalau gitu tak pe...nanti saya tulis saman nie laju laju...

moral: Kalau dah salah tetap salah kalau dah laju tetap laju

Lawak Polis 2

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.

Polis : Maner lampu ?

Penunggang : Tuuuu (sambil memuncungkan bibirnya) ....ader kat depan tuh ...

Polis : ish .. loyar buruk plak mamat nih ... apsal tak menyala?

Penunggang : Maap la tok ... dah kene potong

Polis : pehal plak mamat ni lampu motor kene potong?

Penunggang : bil tnb tak bayar lagik ...tee hee hee ....(sambil menutup mlulutnya dengan tangan ala2 tersenyum sipu)

Polis : oh loyar buruk ehh ... balai citer ...


Lawak Polis 3

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.

polis : pesal lampu depan tak nyala? ko cakap pasal bil tnb lagi aku "kompang" kang! penunggang : ala tok ... sini lampu, sana lampu, mana2 pun lampu ... nak wat per lampu lagi tok .. polis : oooo ... ko loyar buruk lagi eh. siap ko ...

pegawai polis pun lantas memancitkan tayar motor penunggang motosikal itu ..

penunggang : apa ni tok ... tayar saya tak der angin cam ner nak jalan ... polis : sini angin, sana angin, mana2 pun angin ... nak wat per angin lagik!

Cerita Lawak 4

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.

Doktor berkata kepadanya...

"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."

Lelaki menjawab...

"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

Cerita Lawak 3

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Scan baby setelah 30 minggu

Kemarin pergi klinik panel my hb..nak scan baby..last scan dulu masa bulan 4.so sekarang dah bulan 9..Lama gak saya xscan.Egat klau wat kat klinik kesihatan (gomen) leh scan tgk baby..FREE..Rupanyer scan kat tmpt tu rosak..So nurse kat ctu so saya buat kat klinik luar.That mean..BERBAYAR..Kat klinik yg saya buat tu ader scan 2D jer..So kena cas RM40..Syukur saya gan hb dapat gak tgk baby dalam perut nie..Seronoknyer...maklumlah anak pertama..Tapi sayang...Screen tu xboleh tunjuk gambar baby penuh..Sebab baby dah besar.xmuat screen..Agak lambatlah kiranyer saya g scan..Klau x boleh tgk gambar baby penuh 1 screen tu..Mula2 Dr bagi tgk kepala dye..Agak besar juga kepala dye..Kedudukan baby dah kat bawah..padanlah saya selalu rasa sakit kat bahagian bawah.Rupanyer kepala dye mmg dah kat bawah.di menekan kat ctu..Posisi baby dah tetap.Xtaulah kalau dye nak main pusing2 lepas nie..Tapi setakat nie kepala dye mmg dah kat bawah.Lepas tu Dr bagi tgk kat bahagian badan dye..Nampak ler tulang rusuk dye,tulang belakang dye..Baby pon agak sihat..Maknanyer dye membesar dgn sihat dan kuat..Nie gambar scan tu...




Lepas tu Dr fokus kat bahagian agak sensitif...Tang Celah kelangkang dye..nak pastikan Jantina baby..Nie Dr tu fokus betul2 kat tmpt tu..Dye tunjuk kat bahagian pinggul baby, peha baby...SubahanAllah...Cantik sungguh kejadian Allah..ader baby dalam rahim kita..Nie dye tgh bergerak2..Best kot mama dye tgh cite pasal dye kat dalam blog..hehehe...
Belum abis lg...Masa Dr tu fokus kat bahagian kelangkang dye..Ting3...Surprise for my family...Tunggu Klau nak tau jantina baby..My hb seronok masa tgk tu...Anak dyelah katakan...Bestlah dye..Nak jadi ayah dahkan...Malam tu balik pas sembahyang terawih,terus dye sambar buku nama2 anak muslim kat rak..Belek2 nak letak nama anak...Tapi sampai sekarang xjumpa lg nama yg sesuai lg...Moga dapat ilham dalam mimpiku dan hb..Amin...
Nie jangkaan yg Dr bagi..Kalau ikutkan pengiraan yg dibuat,Saya dijangka bersalin 12 November 2010..Tapi mesin scan tu punya jangkaan 17 November 2010..(Raya Haji)
Berat baby masa nie 1.22kg..Dr kata mungkin nanti saya bersalim baby paling berat xsampai 3 kg..Plasenta pun dah up/segment.sebab masa scan bulan 4 tu plasenta low...


Moga anak mama nie dah besar jadi org yg kuat dan pintar..Boleh jaga mama...Amin..


BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan

2 bulan