PENGUMUMAN CONTEST SENYUMAN SI CILIK

DEAR,
CONTEST SENYUMAN SI CILIK AKAN DITUTUP HARI INI JAM 5 PETANG..HARAP MAKLUM..TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG JOIN..

CONTEST SENYUMAN SI CILIK


NEW ENTRY DIBAWAH CONTEST INI


Tergerak pulak untuk anjurkan contest yg kedua dari mama...yang pertama dah lepas..kali ni
tak taulah dapat sambutan ke tak....harap2 dapatlahkan??

Jom ramai2 join contest ni...

Syarat-syaratnya mudah jer...mcm contest2 yg lain juga:

  1. Mesti menjadi follower mama housewife tau dan beritahu nick name yang digunakan.
  2. Tajuk entry anda mestilah -contest senyuman si cilik
  3. Letak banner di entry dan side bar anda dan jangan lupa linkkan ke blog mama housewife
  4. Post entry gambar senyuman paling comel si cilik anda...tak kisahlah gambar dalam keadaan apa pun, janji si cilik anda comel senyumannya..
  5. Akhir sekali tinggalkan komen dan link anda di entry ini SAHAJA...
Senang kan??

Hadiah : tak sure lagi tapi hadiah memang menarik dan puas hati untuk pemenang yg bertuah
Pemilihan : berdasarkan gambar si cilik yg senyumannya sangat comel..

Pesanan : rajin2 lah jenguk blog mama housewife, sebab mama akan buat pengumuman pemenang dekat blog mama.so sesiapa yang menang tak tuntut hadiah,hadiah akan diberi pada yang simpanan.

Tarikh Tutup:

12 Februari 2011


31 Januari 2011

Tambahan

Model: baru lahir sampai 3 tahun

Taqif tidur lasak dah

Taqif anak mama,

Taqif tau tak,taqif sekarang tidur makin lasak...baru je 2 bulan taqif dah tidur berpusing 90 darjah hingga ke 180 darjah..mama pun heran macamana taqif beranjak,kuatnya tulang dan tenaga yang taqif ada..taqif baru 2 bulan setengah tau...tapi mama bangga dengan anak mama...cepat macam orang besar dah...hehe..sekarang ni pun taqif tidur dah pandai kalih kepala kiri kanan bila tidur telentang ke telangkup ke..sekarang taqif lebih suka tidur telangkup,meniarap orang kata...nyenyak kalau macam ni tidur..mama tak perlu nak risau dah kalau taqif tak kalih kepala..takut lenguh..orang tua2 kata takut kepala sengit..tapi taqif pandai...mama suka sangat..anak mama bijak...

dari masa pantang lagi taqif dah tidur lasak..ni taqif tidur hampir pusing 180 darjah...

asal kepala yang bulatan merah tu..masa tidur telentang


ni yang pagi tadi mama ambil gambar..taqif bergerak dari kiri ke kanan..
asal kepala yang bulatan merah tu...masa ni dah suka tidur meniarap..




Permainan pertama untuk taqif


Sayangku Taqif...

Mama nak cerita pasal permainan pertama yang taqif pandai main bila taqif dah berusia 2 bulan dan tak lama lagi ke 3 bulan..comel anak mama bila seronok main benda ni..Ni lah permainan pertama yang papa belikan untuk taqif..supaya taqif suka pada bunyi2an ini dan belajar alert di mana bunyi itu..kedua2nya mempunyai bunyi yang tersendiri...setiap kali taqif main,taqif akan tersenyum gembira..mama gan papa pun suka..lain kali bolehlah papa belikan lagi permainan lain untuk taqif bila dah besar sikit ye..mama pun tak sabar taqif pandai pegang sendiri permainan ini..


Ni gambar bila taqif bermain dengan permainan dia.

Ni dia tengah geram..fikir kot macamana aku nak pegang benda ni

ni pun sama
macamana boleh bunyi2 ni..

nampak tak mulut dia muncung..tu tengah bercakaplah tu..mesti dia tengah cakap "hai"......
Mulut,tangan dan kaki pun bergerak sama..tak reti diam..kalau mama videokan lagi seronok tengok kan..

Baju baru taqif tak jadi baju baru dah

Sayangku Taqif..

Mama nak minta maaf kat taqif sayang, Taqif ingat tak minggu lepas kita keluar pergi jalan2..Lepas tu mama gan papa belikan taqif baju baru..sebab apa mama beli baju baru untuk taqif..

1. Taqif takde baju jalan,so mama gan papa pun nak belikan taqif baju jalan.dulu tak beli sebab taqif dalam pantang lagi.mana ada jalan2..sekarang ni weekend je mama gan papa bawak pergi jalan2..so kena ada baju jalan..
2. Baju untuk duduk rumah ada yang taqif pakai muat2 je.so kena beli baju untuk pakai di rumah.kalau tak taqif takde baju rumah.
3.baju tidur pun sama,taqif pakai sekarang muat2 je 2 3 pasang yang ada tu..

Ni lah baju yang mama gan papa belikan untuk taqif..mama dah basuh...nanti boleh pakai ye sayang...


Tapi sayang,baju2 yang mama gan papa beli ni dah tak jadi baju jalan...mama telah mencacatkannya..mama excited nak basuh baju taqif,mama pun rendamlah kesemuanya tanpa teringat yang seluar taqif tu turun kaler..ni lah hasilnya..yang dalam bulatan merah tu hasil tempelan kaler dari seluar.





Ni lah seluar yang telah turun kaler...sian baju anak mama ni..mama minta maaf ye sayang..nanti kita beli baju baru lain kali..lain kali mama lebih berhati2..


Kepada hb ku,sayang minta maaf ye...sebab hbku lah yang mengeluarkan duitnya untuk bayar kesemua baju ini..mama mana ada duit..sebab mama tak kerja...

mama akan terus berblogging untuk mendapat hasilnya...bilalah en. nuffnang gan en. heartbeat nak bagi mama duit...lambatlah lagi agaknya dapat.....setahun kot..huhuhu

Tolong Vote anak mama..cuma klik like je


Dear to all my follower...my frenlah...
my son masuk contest baby tido yang di buat oleh kawaii store

boleh pergi kat blog dyelah...SINI

Mama nak minta tolong Votekan anak mama..Taqif...

Mula2 tekan nie untuk like


tolong yer...

thanks yang tekan like..

kalau ader pape yg nak tolong boleh tgglkan kat komen mama ye..

HEARTBEAT Side income baru


Teringin nak buat side income baru....
jom register heartbeat...
semudah A B C sahaja...
mama dah cuba..korang bila lagi...
cuma klik kat banner atas tepi bawah blog mama jer yang ada iklan heartbeat tu..



untuk tutorial dan keterangan lanjut boleh klik kat sini...

atau



HeartBeat & Hasilnya Memberangsangkan - Jom Register


HeartBeat
Kengkawan dah register HeartBeat ke belum?
nak tau tak benda apa ni?
HEARTBEAT adalah satu sistem yang lebih kurang macam NUFFNANG juga..
Boleh dapat duit jugak kalau orang klik2 atau register melalui blog kita.
Sekali klik dapatlah RM 0.04....
hehe nampak jer sikit..tapi kalau ramai2 klik banyak tau hasilnya.
kalau belum Jom register, sebab FREE je then berbaloi2 pulak tu
KLIK IKLAN HEARTBEAT Kat blog mama ni..



Lepas tu klik kat gambar Heartbeat nie.


Create acct lepas tu klik join HB! Affiliate nie


Klik online application


Klik kat my HB!affiliate selepas dah successfull create acct


Pastu klik get a code..boleh lah letak kat korang punya blog..sama macam nuffnang..


Thanks to mama balqis or anje dan ibu damia..ilham mama tu join HB ni..kawan2 pe tunggu lagi...

Kalau sesiapa yang singgah2 kat blog mama ni, then klik2 kat HEARTBEAT blog ni, nanti bagitau..nanti mama akan return klik2 pula..


Peringatan:

Dengan mendaftar HEARTBEAT ni, ia langsung tidak akan menjejaskan status GLITERRI dalan akaun NUFFNANG anda.. Saya dah registered!! Anda bila lagi??


berita terkini>contest mama


Dear,

seminggu je lagi contest mama nak tutup..cepat kalau nak join...sempat lagi ni..setakat ni baru 83 penyertaan..ni belum lagi ditolak tambah.mama tak cek pun lagi 1 persatu...cukup ke tidak syarat yang mama hendak...yang mana rasa tak cukup syarat lagi boleh buat sebelum tarikh tutup ye..terima kasih sebab sudi join contest yang mama anjurkan..good luck semua...

Pengumuman PENTING contest senyuman si cilik

Salam

Kepada rakan2 contest yang menyertai contest senyuman si cilik..Tarikh tutup bagi contest ini sudah ditukar.Saya mengambil keputusan mempercepatkannya..antara sebabnya bila ditimbang kira.macam lamalah pulakan...sebenarnya tarikh 12 februari 2011 tu tarikh anniversary yang pertama kami..so saya cepatkan ke :

TARIKH TUTUP: 31 JANUARI 2011

TAMBAHAN: CONTEST NI HANYA UNTUK NB HINGGA 3 TAHUN SAHAJA
1 GAMBAR,1 BLOG DAN 1 OWNER BLOG SAHAJA..

macam2 gaya Taqif bila dah 2 Bulan


Hai...nama saya Taqif


buek...apa papa tangkap gambar taqif..


ait...dah lah...penat lah..


malulah mama,papa ambil gambar


waaaa...gantuknya

Gantuklah...napa ambil gambar taqif..dahlah...penatlah posing..


Pe mama buat ni...

hai...saya pergi jalan2 gan mama papa


Hehe..malulah papa..


Saya blurr.banyak sangat mama gan papa ambil gambar saya..nak buat apa yer




My Birthday giveaway




mama nak join GA ni.Boleh lah klik kat banner..tak pun boleh juga klik kat SINI

nak teka besday ibu ialah 7 Februari 2011 atau 11 februari 2011


contest baby tido




mama nak join contest ni.
kalau kawan2 mama nak join bolehlah klik kat


Mama tag
Fain
Ummi
azliza

Ni gaya anak mama tido
mommy pink bolehlah pilih yang mana satu rasa yang bersesuaian



Muhammad Taqif Thariq
2 Bulan
Anak

Saya sukakan MyKawaiiStore kerana blog yang ada jual barang2 baby yang sangat comel iaitu kawaii..memang kenalah nama dengan barangannya ..

GIVEAWAY ANNIVERSARY...


kawan2 marilah join GA ni...sue elly buat.kita raikan sama2


atau boleh juga klik SINI

happy-happy anniversary yang ke 4.moga perolehi lebih kebahagiaan...Amin....

Hukum suami gemar mengisap payu dara isteri

mama blogwalking blog kawan2 mama,lepas tu terjumpa 1 entry ni pasal hukum seorang suami yang gemar menghisap payu dara isteri...entry ni umum tau,laki boleh baca,perempuan pun boleh baca..untuk yang dah kahwin lagi bagus tau..untuk tambah ilmu pengetahuan..boleh lah juga jadi panduan mama sebab mama kan tengah menyusukan anak mama yang baru 2 bulan..so kita baca persoalan dan jawapannya sekali...bagus ni


SOALAN:
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.


JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susuberkurangan, maka hukumnya haram.

Pesta duit Syiling Rm70,000

Sedih tapi seronok...macamana tu...sedih sebab kemalangan berlaku..tapi orang ramai buat pesta gembira dengan kutip duit syiling sebanyak RM70k..wow....1 jumlah yang banyak..sapa taknak duitkan...kalau korang kat situ,sure punya korang pun kutip sama...nama pun DUIT..

berita lanjut boleh klik SINI

Sumber: Metr0 Online

Mama tambah gadget pada blog

Semalam ader buat tambahan gadget kat blog mama..gadget tu yelah top 10 members..pas nie boleh lah buat giveaway pulak pas abis contest senyuman si cilik..GA nie tuk kawan2 mama yang melawat mama paling banyak kali..dialah dapat hadiah..kali nie kawan2 kalau nak menang GA mama.kena lah selalu melawat blog mama yang tak seberapa nie...mama excited pulak pada gadget yang baru nie sebab boleh tau siapa yang selalu tengok blog kita..sebelum berlangsungnya GA mama nie.sebagai tanda terima kasih.leh mama selalu pulak datang melawat blog dia..

Nak cerita ke tak payah pengalaman bersalin

Nak cerita pengalaman masa bersalin ke tak payah..ada tak kawan2 nak dengar..klau ader pmintaan lebih dari 10 komen..boleh kot cerita.kalau tak,xpayah kot cerita..hehehe...

HAPPY BABY CONTEST


Mama nak join contest nie..boleh klik kat SINI ye..
tarikh tutup:17/1/2011

Nie gambar anak mama


Category A:kurang dari 2 tahun pada 31/1 2011

Nama anak: Muhammad taqif Tharif
Nama ibu:Norliyana Diabu
Tarikh lahir anak: 11 november 2010

mama tag

Giveaway #3 Suffah beauty Shop



mama nak join GA nie..meh Klik SINI klau nak join sama

Senarai peserta croydon baby boy

Senarai peserta GA croydon baby boy dah keluar..

kawan2 boleh lah tgk kat SINI

Nie nama mama..yang ke 140

hope dapatlah menangkan..hehehe





Cinta Hati 1st Giveaway



Mama nak join cinta Hati 1st giveaway

kalau cerita pasal cinta hati mama..
tentulah my husbandkan...mohd hafiz farhan..
Nie kat bawah gambar kawen kami...
lagi sebulan nak 1st anniversary..
walaupun dah setahun..mama tetap cinta sayang kasih padanya..
Thanks Allah..I'm happy...


Oh ye..kalau kawan2 nak join boleh klik kat SINI

mama tag

Tarikh tutup:31 januari 2011


Merawat bayi sembelit

Petua :

Untuk merawat bayi yang susah membuang air besar, campurkan sedikit garam ke dalam air. Sapukan air tersebut di ari-ari bayi. Insya-Allah, bayi tidak lagi sukar untuk membuang air besar.

Sumber: Pa & Ma(kena beli majalah nie kalau nak baca)

Antara Makanan dan minuman yang membantu pertambahan susu badan

Antara Makanan yang boleh membantu pertambahan susu badan

-water chestnut/sengkuang cina
-halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
-laici/longan
-daikon/lobak putih
-sawi/kailan/bayam
-tenggiri
-peria/pegaga-jus atau ulam segar
-jantung pisang
-soy based product
-carrot
-Madu lebah asli
-pucuk manis/asin-asin
-kurma
-kucai +tauhu+tougeh
-petola
-kentang rebus
-roti
-biskut marrie
-daun turi
-ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
-kacang buncis
-cheese/planta

Minuman:
-air masak
-susu
-soya
-nestum/oat
-horlick/milo
-jus buahan
-buahan betik/honeydwe
-rebusan buah pala
-spirulina
-rebusan air halba

Supplement yg perlu ambik:
-omega 3
-obimin
-kalsium
-vitamin c

Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Masa pengepaman:
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau bg baby isap boleh membanyakkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast akan produce susu baru....istilah yang selalu guna mcm 'buang sampah...sampah dah penuh, buang dlm tong sampah...pastu ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu.. bila dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru.
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
6) jgn minum teh/nescafe.... mkn supplement jgn tinggal


Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)


Cara-cara Lain

1) baca surah Al Baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast pakai sikat mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) Pastikan suami sentiasa menyokong dan membantu
12) Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
13) Minum air secukupnya
14) doa
15) tawakkal

Meh join contest mama housewife

Alhamdulillah..contest yang mama anjurkan mendapat sambutan walaupun masih baru lagi...tapi tak sampai 50 orang lagi.target mama lebih ramai lagi..sebab lagi ramai penyertaan..mana tau leh bagi hadiah lebih...so mama harap kawan2 dapatlah join contest nie dan ajak member2 lain masuk sama...cepat2 sebelum tarikh tutup..

Antara Sebab2 Bahaya Air Kepada Bayi


Masa bersalinkan taqif hari tu adalah hb ambil aktikel pasal kebaikan dan keburukan susu ibu dan air kosong untuk baby..so ni mama nak kongsi kat kawan2 pasal aktikel nie.

Bahaya Air Kepada Bayi Anda

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintfik membuktikan keburukannya..

Amalan ni telah dipraktikkan sejak turun termurun di merata pelusuk dunia. Di malaysia je,ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

so jangan sesekali bagi baby korang minum air kosong lagi2 6 bulan pertama..bagi susu ibu je pun dah cukup.Kalau nak tau,sebenarnya tanpa kita menyedarinya dengan kita memberi air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi...

1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air,bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengadungi sebarang khasiat. disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari kanada, Anne kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga memyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengamcam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air san puting yang tidak bersih.
Air akan mengakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'oral water intoxication'.


So........jika korang fikir baby korang haus, panas,sembelit......berikan saja baby korang susu ibu sekerapnya..

Disediakan oleh:

PUSAT LAKTASI KEBANGSAAN HOSPITAL SELAYANG

Sumber:

INSTITUT KESIHATAN UMUM,KKM (Di bawah Kajian Pemakanan Bayi 2005)


Contest baby muka blurrr




Kawan2 nak join boleh klik kat SINI

mama antar gambar nie


Muhammad Taqif Thariq
11 November 2010
Norliyana Diabu
AYAT POWER: "Apa benda pusing2 kat atas nie,sejuk lak tu.canggihnya..dahlah tgh panas nie..(tgh tgk kipas siling)"

Taqif Pergi Klinik Kesihatan hari ni


Taqif hari nie kena cucuk 2 bulan...anak mama kuat...tak nangis pun kena cucuk..tidur jer..bagus..kredit tuk anak mama...KK bagi ubat demam.takut dia demam sebab nurse kata cucuk 2 bulan baby akan demam...tadi sampai umah terus bagi ubat demam.6 jam kemudian bagi lagi.then kalau tak demam tak payah bagi lagi..tadi bagi ubat pun dia tak suka..mana taknya ubat tu tak sedap.pahit.sian kat taqif nangis.banyak yang keluar dari masuk mulut..hope anak mama sihat tak kena demam...minum susu mama banyak2 yer..ubat paling mujarab....

berat baby naik 5.5 kg dah...alhamdulillah.taqif sihat...masa timbang pon buka baju dia sengih2 je..anak mama memang cool....cayalah...

Croydon baby boy giveaway


mama nak join give away nie..
kawan2 mama pun boleh join..cuma kena klik kat SINI

Nie gambar anak mama


Muhammad Taqif Thariq
2 Bulan

mama nak taq: ida murni dengan fain

p/s:meh r join contest saya pulak....

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan

2 bulan