Pages

Petua Tambah Selera Makan Anak dengan Kucai

Hari itu sy terbaca satu petua tentang khasiat kucai ni..yg sy tau kucai mmg sedap kalau dibuat cekodok..lg2 cekodok udang.yg ni khasiat kucai ialah untuk tambah selera makan anak, selalu dengar asik2 orang bagi supplement kan, haaa arini sy share pasal petua secara tradisional pulak.ingatkan selsema dengan batuk je ada petua2 tradisional ni utk anak2..hehe

Dari pengalaman ibu-ibu yang dah cuba, kebanyakan nya berkesan untuk  anak mereka, selepas 3 hari mereka cuba kaedah ini, anak diorg bertambah selera makan..

Wahh..bagus ni, nak cuba kat taqif yg kurang selera nk makan tu..sy memang dah lama nk cuba tambah selera makan dia ni..susah betul nak makan kalau tak kena mood ni..mmg cerewet bab makan..yg western mmg no 1..tp xkan hr2 nk masak westernkan..

ok ni cara2 nya

- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
- Potong panjang agak2 dalam 2cm
- Rendam dlm air suam2, dalam gayung/bekas je.nk lg senang buh dlm uncang.xdelah terabur nnt daun kucai tu.
- Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun dan mandi bersih, mandikan ank dengan air yg direndam dgn daun kucai td.
- jiruskan air ke badan bersama-sama daun tersebut.
- Urut-urutkan dada dan blkg dada ank.
- Bersihkan la daun2 di bdn ank.
- Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.

Mesti ada jugaklah kan yg tertanya2.. kenapa daun kucai kan?so ni korg baca lah


Khasiat daun kucai

✔Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
✔Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteriadalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.
💡Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

selain itu,

✔Menurunkan berat badan
Kucai bermanfaat untuk menurunkan berat badan, makanan ini banyak digunakan bagi mereka yang diet. Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral. Yang baik untuk kesihatan tubuh.

✔Menurunkan tekanan darah dan kolestrol
Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat mengurangkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu, ia juga bermanfaat untuk membersihkan usus dari kekotoran

✔Mencegah sembelit
Kucai kaya akan serat makanan yang dapat membantu melancarkan pencernaan. Fiber yang terdapat dalam kucai mampu menghilangkan sembelit.

✔Mencegah kanser
Flavonoid dan sulfur yang terdapat dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanser. Seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser  perut. Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser

✔Mengatasi masalah kulit
Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit. Gunakan kucai sewaktu memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan fungus saat kulit Anda mengalami masalah

✔Membantu mencegah jerawat
Beta karoten yang terdapat dalam daun bawang bermanfaat untuk membersihkan kulit, sehingga kulit bebas jerawat.Kucai dapat mencerahkan kulit.

✔Mencegah rambut rusak
Daun kucai dapat memperkuat folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar. Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana terkenal untuk menghentikan rambut gugur

banyak rupanya khasiat daun kucai ni kan, lepas ni nak cuba buat kat taqif supaya selera makan dia bertambah lepas ni

terima kasih kepada yang sudi share petua ni.

sumber google