Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya
sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang
dia,Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala
Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri
temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan
tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.
Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
untuk mencari keberkatan hidup.
Pages
▼
tq... itulah kita hanya manusia kerdil yg selalu terlupa... sama2 kita saling ingat mengingatkan
ReplyDelete