Pages

Pengertian Cinta

Kalau kita suka dekat seseorang itu,tidak semestinya kita akan kasih padanya...

Kalau kita kasih dekat seseorang itu,tidak semestinya kita akan sayang padanya...

Kalau kita sayang dekat seseorang itu,tidak semestinya kita akan cinta padanya..

Tetapi, kalau kita cinta dekat seseorang itu,kita saling memerlukan dan hendak sehidup semati hingga ke syurga bersama-samanya


Cinta kita pada Allah, adalah cinta yang paling agung dan kekal,tetapi kalau kita cinta pada manusia,manusia akan berubah hati..Kecuali manusia itu sendiri perlu ada keimanan, kepercayaan dan saling bertolak ansur..


Cinta adalah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia..kerana cinta,manusia perolehi kekuatan,kerana cinta manusia perolehi kelemahan..

Cinta boleh diurai seperti dalam filem Ketika Cinta Bertasbih:


Cinta adalah kekuatan yang mampu

Mengubah duri jadi mawar

Mengubah cuka jadi anggur

Mengubah sedih jadi riang

Mengubah amarah menjadi ramah

Mengubah musibah jadi muhibah.


Namun, Cinta boleh membuat manusia jadi sebaliknya..menukar mawar menjadi duri,menukar anggur menjadi cuka,menukar riang jadi sedih dan seterusnya...


Cinta terbahagi kepada 3 bahagian:-

1.Cinta kerana nafsu-Cinta semata-mata untuk melakukan zina

2.Cinta kerana manusia-Cinta semata-mata kerana kecantikan dan kekayaan

3.Cinta kerana Allah-Cinta yang tulus dari hati dan kerana Allah.


Bagi orang yang beriman,cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta yang hakiki..iaitu cinta kepada Allah Taala.


Untuk suamiku sayang,ku mengharapkan cinta kita,sayang kita,kasih kita,suka kita kerana Allah..Setiap saat,masa saling merindui kerana Allah..Membawa cinta kita hingga ke syurga..Amin....


No comments:

Post a Comment