Pages

Usaha Untuk Mendapatkan Zuriat

Setiap orang yang dah berkahwin pasti inginkan anak/zuriat.Begitu juga saya..Alhamdulillah..saya sedang mengandungkan anak yang pertama..Tempoh perkahwinanku sama dengan tempohku berbadan dua.Orang tua2 kata bunting pelamin..Saya pon xtau kenapa dinamakan sebegitu.

Bagi saya zuriat atau anak adalah anugerah yang xternilai yang Allah berikan kepada kita.Dan rezeki berapa orang anak, berapa lama tempoh untuk mendapatkan zuriat (mengandung) semuanya bergantung kepada ketentuan dariNya...

Kita sebagai umat manusia yang bertakwa kepada Allah hanya mampu berdoa,berdoa dan berdoa kepadaNya dan jangan lupa itulah yang pertama mesti kita lakukan dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal..

Setiap kejadian pasti ada sebabnya, setiap benda yang terjadi pasti ada hikmahnya..Sebelum saya berkahwin dahulu pon saya dah berniat..Tu pon si suami yang ajar,setiap kali tengok cermin..Usap perut..Katakan..Ya Allah.Semoga perutku ini boleh menghasilkan zuriat bila aku dah berkahwin kelak. Zuriat yang baik, soleh solehah dan sempurna sifatnya...Tu sebelum kahwin..Bila dah berkahwin,Kita juga digalakkan berdoa sebegitu...Kerana Allah sentiasa mendengar setipa apa yang kita niatkan.

Kepada yang masih belum memperolehi zuriat dan ingin sekali mengingininya amalkanlah setiap malam seelok2nya..Untuk para suami dan isteri...

Pertama: Solat taubat 2 rakaat

Kedua: Solat hajat 2 rakaat-niat untuk mendapatkan zuriat

Ketiga: Baca ayat : " Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami uddua" - Surah Al- Imran ayat 38 (Doa Nabi Zakaria) x40 kali sambil berdoa apa yang kita niatkan..

Amalkanlah dengan penuh keyakinan dan yakin akanNya..InsyaAllah...Amin....


No comments:

Post a Comment