Pages

Cerita Lawak 1

Tiga Ekor Pontianak

Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat.Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan ke hebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.

Pontianak A : Korang nampak rumah tu

Pontianak B : Nampak!

Pontianak C : Nampak!

Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Korang nampak kampung tu

Pontianak A : Nampak!

Pontianak C : Nampak!

Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu

Pontianak A : Nampak!

Pontianak B : Nampak!

Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...

1 comment: