Pages

Keindahan Dan Kecantikan Seorang Wanita

· Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya.

· Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya.

· Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.

· Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.

· Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.

· Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.

· Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja.

· Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.

· Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.

· Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.

· Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan.

· Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.

· Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya.

· Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.

· Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.

· Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya. Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.

· Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.

· Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja.

· Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, “Abang ke mana? Dari mana? Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?”

· Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik. Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.

· Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.

· Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya. Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja.

· Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita.
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?

No comments:

Post a Comment