Pages

Pemilihan Kasut yang Baik

Hari tu jalan2 kat shopping complex..Masa jalan2 tu saya pakai kasut bertutup yg tumit dye rata.X tinggi lah..Kasut tu agak selesa..Alhamdulillah...Kasut tu beli masa saya belum pregnant lg..So xpayahlah nak cari lg kasut yg selesa masa pregnant nie..Bagi saya pemilihan kasut semasa pegnant nie sangat penting sebab ibu selesa dan anak dalam kandungan pon selesa..Terpikir gak,mcmn org yg tgh pregnant leh pakai kasut tinggi,xsakit ke kaki dye..Sebab saya selalu nmpk org pakai mcm tu.Mcm terseksa pulak diri tu..Ke sebab nak bergaya..Kawan2 mcmn pulak..?..

Nie saya nak kongsi antara perkara yang perlu diperhatikan ketika memilih kasut adalah...

· Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar. Elakkan tumit tinggi. Jika masih mahu kasut bertumit, pilih kasut dengan Ketinggian maksima tumit 1 hingga 2 inci sahaja dan pakai ketika kandungan belum mencecah enam bulan.

· Kaki ibu2 mungkin akan semakin melebar dan membengkak, terutamanya di akhir kehamilan. Bengkak akan surut tetapi kelebarannya mungkin kekal. Jadi dinasihatkan tidak perlu melabur untuk membeli kasut yang sangat mahal dan berharap untuk memakainya selepas bersalin nanti. Saiz kasut pada masa tu mungkin naik kepada setengah atau satu daripada saiz sekarang.

· Pilih kasut jenis sarung tanpa perlu membongkok badan ketika untuk memakainya atau mengikat tali kasutnya kerana apabila perut kita semakin besar, kita akan sukar untuk membongkok mencapai kaki.

· Kasut yg digunakan perlu ada sokongan dan dapat menyerap hentakan.

· Pilih kasut dengan tapaknya yang mencengkam, bukan licin dan mudah tergelincir.

· Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini kaki berada pada saiz maksimanya. Elakkan membeli kasut yang ketat atau muat-muat untuk mengelakkan pengaliran darah di kaki tidak lancar.

· Pilih kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana ia tidak memerangkap lembapan.

· Untuk lebih selesa, ibu2 digalakkan memakai kasut sukan kerana ia memberi lebih keseimbangan.

· Pemakaian stokin boleh mengurangkan bengkak kaki.

2 comments:

  1. tq for sharing...good info nie...lebih2 lagi utk sesiapa yg belum beli kasut raya...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. salamm..terima kasih sudi link..dari dulu dan sekarang akak suka pakai kasut bata..comfortablelah

    ReplyDelete