Pages

Isteri kedua kerat zakar suami disyaki curang

JAKARTA: Gara-gara mengesyaki suaminya ada hubungan sulit, seorang daripada empat isterinya bertindak nekad membunuhnya dan mengerat mayatnya kepada 14 bahagian, menurut laporan di sini semalam.

Menunjukkan dia benar-benar marah dengan suaminya, wanita itu turut membuang zakar mangsa ke dalam sungai. Polis masih mencari zakar lelaki itu.

“Kami masih mencari kemaluan mangsa selain bahagian lutut dan perut,” kata ketua detektif polis Jakarta Timur, Nicolas Lilipaly dipetik sebagai berkata.

“Suspek berkata dia membuangnya ke dalam sungai.”

Muryani, isteri kedua mangsa, didakwa kerana membunuh Karyadi, 53, pengawal keselamatan di pasar Kramat Jati, 12 Oktober lalu, mengerat tubuhnya dan membuang anggota badannya.
Sumber: Berita harian Online
Muryani, ditahan malam Isnin lalu. Dia mengakui membunuh suaminya dengan menghentak kepala mangsa dengan tong gas seberat tiga kilogram ketika dia tidur.

Polis merampas tong gas yang dipenuhi darah, sebilah pisau dapur dan pakaian mangsa yang berdarah dari rumah Muryani.
Polis menuduh wanita itu membunuh suaminya kerana menipunya.

“Dia juga berkata berasa lega dapat melepaskan kemarahannya. Kami akan jalankan ujian psikologi ke atas suspek di Hospital Polis Nasional,” kata Nicholas. – Agensi

3 comments:

  1. astaghfirullahalazim..

    ngeri nye baca berita ni. mungkin terlampau marah and geram agaknya. mungkin jugak ada masalah mental. tp klu anna jd dia..mesti lah hati kecewa tp tak de lah smpai nak mmbunuh lepastu kerat2 badan. kejam gila.


    btw, thanx kak sbb sudi bg cadangan kat entry domain tu. :)

    p/s : 2 hari ni anna boleyn happy sangat sebab :

    2266 pageviews with 1145 unique visitors for Hana Love Nest! :)

    ReplyDelete
  2. hahahahhaah kelakoor kan .. dah lama dh berita nie ... sabor jerlahhh
    haaaa ingat tu lelaki2 di luar sana .. jgn dibuat main2 ngan penangan perempuan kann dikk :)

    ReplyDelete