Pages

Antara Sebab2 Bahaya Air Kepada Bayi


Masa bersalinkan taqif hari tu adalah hb ambil aktikel pasal kebaikan dan keburukan susu ibu dan air kosong untuk baby..so ni mama nak kongsi kat kawan2 pasal aktikel nie.

Bahaya Air Kepada Bayi Anda

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintfik membuktikan keburukannya..

Amalan ni telah dipraktikkan sejak turun termurun di merata pelusuk dunia. Di malaysia je,ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

so jangan sesekali bagi baby korang minum air kosong lagi2 6 bulan pertama..bagi susu ibu je pun dah cukup.Kalau nak tau,sebenarnya tanpa kita menyedarinya dengan kita memberi air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi...

1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air,bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengadungi sebarang khasiat. disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari kanada, Anne kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga memyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengamcam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air san puting yang tidak bersih.
Air akan mengakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'oral water intoxication'.


So........jika korang fikir baby korang haus, panas,sembelit......berikan saja baby korang susu ibu sekerapnya..

Disediakan oleh:

PUSAT LAKTASI KEBANGSAAN HOSPITAL SELAYANG

Sumber:

INSTITUT KESIHATAN UMUM,KKM (Di bawah Kajian Pemakanan Bayi 2005)


1 comment: