Pages

AISKRIM MALAYSIA NUTELLA

Assalammualaikum semua blogger...

Tengah buat apa tu?
Cuaca sekarang yang agak panas..mesti korang nak makan dan minum benda yang sejuk2 kan..lagi2 fenomena sekarang yang sedang viral aiskrim malaysia sumi dan choki2...
Tapi memandangkan mama semalam sakit kepala dan xdapat nak pergi kedai cari bahan..so hari ni mama guna bahan apa je yang ada dekat rumah..
Tada...aiskrim malaysia nutella..
Nyum nyum..

Rasa dia macam minum ice blended coklat hazelnut.
Sedap sangat...selamat menjamu selera..

RESEPI AISKRIM NUTELLA

BAHAN
1 tin susu pekat manis *
1 tin susu cair *
4 tin air *
2 sudu tepung jagung *
Coklat Nutella
Plastik aiskrim
Piping bag

CARA - CARA
1.panaskan bahan yang bertanda * sehingga mendidih
2.biarkan sehingga sejuk
3.masukkan coklat nutella dalam piping bag. Kalau takde boleh pakai plastik biasa.kemudian guting hujung bawah dia sebelah sahaja.
4.paipkan ke dalam plastik aiskrim.
5.tuang bancuhan yang di masak tadi.
6.sejukkan dalam peti ais beku
7.dah keras bolehlah makan..

Aiskrim malaysia nutella

Next time bolehlah buat aiskrim sumi dan choki-choki pulak ya..
Oh ya..td buat dapatlah dalam 30 batang macam tu...



No comments:

Post a Comment