Pages

Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?

Saya selalu tertanya2..mcmn eik rasan ak bersalin..sakit perut ke?sebab org kata mcm rasa kita segugut..Segugut pon sy xpernah kena.Mcmn sy nak tau..Sekarang nie,baby dalam perut pon dah xberapa aktif.dah penat kot..tido jer..kalau dikejutkan,baru nak gerak2..Nie info yg sy cari dalam internet..

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1.
Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang – sehingga 10 sentimeter.

2. Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3. Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4. Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang perlahiran – atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5.
Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.

3 comments:

  1. aah. btol. rasa macam senggugut. tapi double tripple punya rasa. plus rasa macam nak berry yang perut memulas mulas tu. aku rasa, ape yang penting.. kene kuat. if kita kuat..insyallah rasa sakit tu kita leh hadap ngan tenang. takdela sampai nak nangis bagai kan.nak meraung raung dan asik cakap sakit..sakit..sakit. jgn lupa recite ayat ayat dan doa2 la. ko leh bace aku nye entry masa aku nak beranakkan aleesya dulu. hehehe.

    macam aku dulu..tanda beranak aku kuar darah. air ketuban doktor yang pecahkan.

    sakit mmg sakit..tapi sakit yang kita masih leh tahan. insyallah. selalu doa kat allah hope nak beranak nnt, mudah dan kurang sakit.

    :)

    ReplyDelete
  2. kalau sakit then rasa skt hilang, takyah la g spital lg, tu namanya false contraction

    bila sakit berterusan, br tanda nak bersalin...

    sebab kalau pi spital awal2, nanti kena seluk byk kali utk check bukaan..seksa woo

    ReplyDelete
  3. bersalin adalah pengalaman yg x boleh diperolehi oleh org lelaki .. amat manisss dan meninggalkan kesan yg mendalam .. teringat time akak dulu .. tiga2 anak operate ...

    ReplyDelete