Pages

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...

Perkahwinan seumpama Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu.


Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.


Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil
anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu
tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu
TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 :
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan,

atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan
hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu
TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim)
ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti
tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9
: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya,
atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda
wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya.
Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudara mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan
tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak
terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA
SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

Sumber:USTAZ ROSLI ALHAFIZ.

5 comments:

  1. yer lah takut dgn zaman skrg .. minta dijauhkan dgn segala yg x elok .. kalau zuriat yg betuk2 sah , insyaallah anak kita tidak akan hampakan kita .. :)

    ReplyDelete
  2. 1.nak tanye...ape sbb tak blh nikah prmpuan yg sedang mngandung ank luar nikah?wlaupun bdk tu ank kpd lelaki yg bakal di kahwini nya itu?
    sbb sy tgk zmn skrg ni...ramai yg buat mcmtu...tok kadi takkan tak xplain..mlainkan tok kadi tak tahu..

    ReplyDelete
  3. sy nak tanye,ape sbb prmpuan yg ngandung ank luar nikah tak blh kawin shigga ank nya itu lahir?
    blh terangkan....

    ReplyDelete
  4. mmg ada hadis yang mgatakan wanita yg sedang mengandung anak luar nikah tidak boleh bernikah selagi dye tak melahirkan anak itu..kalau tak,tak sah penikahannya..boleh tgk kat sini..saya nak terangkan sendiri,saya bukan ustazah...

    http://www.intro2u.net/new/2009/08/menikahi-wanita-yang-sedang-hamil/

    nie salah 1 cnth..klau nak tau lebih..boleh search di internet atau berjumpa dengan orang yg lebih arif..

    ReplyDelete
  5. tq mama sbb bg link n penerangan tu.bella bkn pe,bella ada kwn yg jd mcmtu,skrg ni ank nya dah nak masuk 4....tp dia kwin dgn lelaki yg dia tlanjur tu..hurm..sedih jgk ble pikir yg ank2 dia lain tu jgk tak sah la ye...

    ReplyDelete