Buah Delima oh Buah Delima........

Al-kisah buah delima…..

Kalau teringat-ingat balik memang sangat sedih..maklumlah saya sekarang sedang mengandungkan anak pertama. Mula-mula mengandung teringin sangat nak makan buah delima. Mintaklah suami tolong pergi beli kat pasar. Tapi malangnya suami tidak kenal buah delima tu…Mungkin ingat-ingat lupa. Saya cari rupa buah delima tu,hantar kat suami guna emel..Ini rupa buah delima yang saya hantar dekat suami....

Yela...Masa ni kami tinggal berjauhan.Faktor keje..Sorang di Johor, Sorang di Selangor. Tapi malangnya bukan musimnya. Mana nak ada buah tu masa bulan 3, 4...Sekarang ni tak taulah ada ke tidak.Dah tidak mengidam buah ini..tapi teringin sangat nak minum air kelapa pulak.

Kalau teringat-ingat balik agak kelakar jugalah..Suami siap telefon atah yang duduk kat Ipoh menanyakan buah ini ada ke tidak kat sana.Maklumlah kat sana terkenal dengan buah ini. Banyak ditanam. Kalau lihat di kawasan kampung-kampung, pokok buah ni agak famous juga. Selain limau bali. Atah siap mintak tolong dekat Mak Teh carikan sekeliling kampung. Kot-kot ada pokok yang berbuah. Siap panjat pokok lagi nak tengok buahnya ada ke tidak. Tapi buahnya belum masa lagi,baru berputik. Dapatlah Mak Teh petik dalam 3 biji.Tapi tak boleh nak makan sebab tak masak lagi. Tunggu punya tunggu dia masak,sampai buahnya dah berubah jadi busuk. Dengan rasa sedihnya terpaksalah buang.

Kalau nak ikutkan buah delima ni banyak khasiatnya….

Orang tua-tua kata, kalau makan buah delima, baby dalam perut akan bijak. Saya cuba cari jugak pasal kebaikan buah delima. Inilah hasilnya.. Tapi ingat, petuanya makan sebiji buah delima tu sorang-sorang. Jangan share dengan orang lain. Orang tua-tua kata jugalah….

Antara kebaikan makan buah delima ni…


Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya: Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.


Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah edema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.


Antara kebaikannya yang lain:

· Menghalang pembentukan sel kanser

· Mencantikkan kulit

· Mencegah dari nyanyuk

· Memberi tenaga

· Elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah

· Elok utk sistem penghadaman

· Mengurangkan berat badan

· Pevent morning sickness(untuk ibu mengandung)

· Memperelokkan rahim

No comments:

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan