Hukum suami gemar mengisap payu dara isteri

mama blogwalking blog kawan2 mama,lepas tu terjumpa 1 entry ni pasal hukum seorang suami yang gemar menghisap payu dara isteri...entry ni umum tau,laki boleh baca,perempuan pun boleh baca..untuk yang dah kahwin lagi bagus tau..untuk tambah ilmu pengetahuan..boleh lah juga jadi panduan mama sebab mama kan tengah menyusukan anak mama yang baru 2 bulan..so kita baca persoalan dan jawapannya sekali...bagus ni


SOALAN:
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.


JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susuberkurangan, maka hukumnya haram.

9 comments:

dee said...

bagus la info ni..thanks

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

gud info!

shahrilhakime said...

bagoih dibace untok panduan kite bersame....(oghang2 yang udah kawen je leee)

mamaarifakeemaisy said...

salam jumaat...

herm..info yg bagus tuk panduan.. ^_^

Mama Zharfan said...

salam ziarah dari UK
thanks for the info :)

norliza said...

salam...bagus info nie..
saya pun pernah terbaca ttg hal ini...walau bagaimanapun...good info...tq

ummirayyan said...

bagus info nih..
terima kasih sudi share di blog..
tq..

malisretusafmily said...

salam,bagus la info nih.. amat bguna..boleh share x...???

Info Anda Anggun said...

salam kak yana,dlu wktu bljr,ustad dlu pnh ckp kalau suami terminum susu isteri sengaja atau tidak xharam tapi kalau minum sehingga kenyang xbole.sejauh mana kebenaran wallahualam..sbb ada byk pendapat kan :)

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan