Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Merawat bayi sembelit

Petua :

Untuk merawat bayi yang susah membuang air besar, campurkan sedikit garam ke dalam air. Sapukan air tersebut di ari-ari bayi. Insya-Allah, bayi tidak lagi sukar untuk membuang air besar.

Sumber: Pa & Ma(kena beli majalah nie kalau nak baca)

PETUA IMAM SYAFIE

§ Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

*

*

§ Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

*

*

§ Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

*

*

§ Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

*

*

§ Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

*

*

§ 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Kurma, Kismis, Madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah
dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus buat, makanan manis2 yang lain jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mencantikkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Petua:Urat Kaki Timbul-Timbul

Pernah x masa korang tgh pregnant dulu ke sekarang ke, urat kat kaki timbul2. Kalau korang nak tau, urat kaki timbul antara gejala2 yang biasa dialami semasa pregnant. Ia selalunya tidak membahayakan namun korang boleh mengurangkan sedikit gejala ini dengan mengamalkan petua-petua tradisional berikut...Nie apa yang saya korek2 cari info dari internet. Dari yang cara mudah,senang ke cara yang korang rajin nak buatlah..


Petua 1: Apabila tidur, tinggikan kaki dengan meletakkan bantal di bawahnya.

Petua 2: Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 3: Bancuh sedikit asam jawa dengan sedikit air. Sapukan pada kaki setiap malam.

Petua 4: Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam.



Pemakanan Untuk Orang Mengandung Sepanjang Ramadhan

Bagi Ibu2 yang sedang pregnant, Masa bulan puasa nie, xpayahlah korang makan berlebihan, takut2 nanti korang termuntahkannya balik makanan tu..Makanlah dengan kadar biasa yang korang selalu makan bia time xpuasa tu. Korang boleh makan mengikut Piramid makanan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu2 harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar..Macam saya,saya makan daging ayam..dan setiap kali sahur,minum oat untuk bekalkan tenaga sepanjang hari.Lebihkan serat dalam badan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Itu yang penting..Bukan lebihkan karbohidrat.Itu menyebabkan pertambahan berat badan yang berlebihan dan kalori yang tinggi.xbaik untuk kesihatan.

Korang juga mesti banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya. Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya korang kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi. Air juga amat penting untuk baby dalam membentuk air ketuban. Biasanya seseorang ibu memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Menu yang baik untuk berbuka dan bersahur boleh korang amalkan ialah:-

1. Semasa berbuka puasa, digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh badan.

2. Amalkan memakan buah-buahan ,seelok2nya korang makan kurma. minum jus buah-buahan yang dibuat sendiri, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak , yogurt rendah lemak , telur rebus/ayam yang dipanggang, kekacang dan serat seperti oat atau roti bijirin penuh.

3. Selepas beberapa jam kemudian, korang boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

6. Begitu juga dengan waktu bersahur, korang digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan peluh. Sama ada di ruangan terbuka atau berhawa dingin.

3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman suam dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut korang.

4. Jangan minum air sejuk atau ais. Nanti perut yang kosong menjadi kembung, bila korang terus berbuka puasa dengan air sejuk.Masuk angin dalam perutlah.

5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum makan makanan yang lain. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

7. Untuk menahan dari rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.

8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya korang menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh xletih sepanjang hari.

9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau korang sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan