SNOW CHEESE CAKE

salam semua
thank sudi trjah blog mama ni
ni mama teringin nak mkan snow cheese cake
so mama google2 ler resepi kt itnet ni dari my resepi...
lupa lak nak snap gambar full masa pas buat..so ni je ler gmbr yg dapat mama snap bila dah makan separuh dengan anak2 di petang hari
jemput tgk..nnt senang2 boleh ler buat sendirikan..
ni mama letak resepinya ye..

 
 
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • sy tambah esen vanila bg hilangkan bau hanyir telur

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.


Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.sy putar telur dengan gula dahulu sampai kembang dan bertukar kaler putih.baru masukkan yang lain..
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
 
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
 
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
selamat mencuba..sangat sedap...serius tak tipu...

HARGA RUMPAI LAUT ASLI BARU


RUMPAI LAUT KUNING DAN PURPLE GRED AAA
RM35/KG
3KG RM70
BOLEH CAMPUR
TERMASUK POSTAGE
 sebarang order boleh di emel pada liyanadiabu@gmail.com
sms/WHATSAPPS/WECHAT 010-2266217 (liyana)

KEREPEK KETAM & POPIA CRACKERS HOMEMADE



KEREPEK KETAM DAN POPIA CRACKERS/MUNCHIES
NK ORDER JUST SMS 010-2266217
KEREPEK KETAM 500G  RM35,1KG RM60
POPIA CRACKERS 500G RM20,1KG RM35
POSTAGE BAWAH 5KG RM10 SAHAJA...DI JAMIN SEDAP

FISHER PRICE PORTABLE NEWBORN TO TODDLER ROCKER


FISHER PRICE PORTABLE NEWBORN TO TODDLER ROCKER
Np:rm369.90
Price Toy and kids wear Rm210 inc postage (wm),rm210 inc postage (em) eparcel

It starts out as an infant seat or rocker with a low-profile frame, very appropriate for newborns. Then, as your child grows, you can easily convert it to an infant seat to add interactive toy play, then make it a toddler rocker. It folds easily and has a built-in handle, so it can go wherever you and baby do!

Recommended Age:
From Birth up to 18.0kg (Approx 4 years old)

Developmental Guidelines: Use recline position from birth until child is able to sit up unassisted.
Use upright position only with a child who has enough upper body control to sit up unassisted.
Use restraint system until child is able to climb in and out of product unassisted.

Better for Baby:-

Promotes Comfort and Security Calming vibrations and gentle rocking motion help comfort and soothe baby. Versatile seat angles add comfort for different age babies.

Encourages Developing Motor Skills As baby bats at overhead and side activities, eye-hand coordination and fine motor skills are being refined.

Stimulates Senses Rattles offer auditory stimulation. Bright colors and patterns stimulate baby’s visual sense.

Better for Mom Enjoy years of use—
from birth to 18kg! Convenient space for feeding baby.
So portable!
Machine-washable pad.

durian crepe dan pelbagai perasa area pasir gudang

SALAM...memandangkan musim durian dah sampai ke penghujung...Alhamdulillah sy masih lg meneruskan menjual crepe ini..durian masih ada stok seperti biasa..tokeh durian dah simpankan stok yang byk d24..so still diteruskan lagi mengcrepe...now kini mamahousewife dah menmbah lagi perasa yg ada


durian crepe
mangga crepe
kiwi crepe
chocmilo crepe
jagung crepe 
strawberry crepe
blueberry crepe
rm10/6bj perset

choc strawbery
choc blueberry
choc oreo
rm12/6bj perset

min order 2 set

untuk tempahan boleh sms liyana 010-2266217
nama:
tarikh dan masa pickup:
bil set dn jenis set:

tempahan sy ada homemade..bukan readymade...sy buat terus dari rumah..bukan kedai..tempahan yang dibuat berdasarkan order..kalau main terjah je..harap maklum..xdapat sy nk berinya..mohon kerjasama dari semua.. 

ORDER MASIH DIBUKA DAN SENTIASA ADA...

aksi aqil di waktu petang

salam semua blogger...sihat semua yang sedang membaca entry mama ni x?mama nak cerita ni pasal anak mama yang sorg ni..aqil zafran..hr ni genap 11 bulan..sebulan lagi nak setahun..ni lah anak mama yang paling lasak berbanding abang dye..fuhh...jenuh juga lak melayan kedua2 nya...sorg macam ni,sorg macam tu..korang rasa aqil ni boleh x tembus keluar kat lubang grill bawah ni...mama nak sembahyang ni..dye tgh asyik tengok abang dye main kat luar tu...nak bg lepas tak mungkin dan xakan...nanti huru hara jadinya..semua benda nak pegang...silap haribulan bawah kereta pon nak masuk..
mama layang jap lah jaga dye kat depan ni,risau mama ni..dye ni lain dari lain,xsama gan abangnya..benda yang abang dye xpernah buat,dye buat..so kena pantau selalu..
korang tau x,apa jadi lepas tu...
jeng jeng jeng...sila tengok video ni..


 

kan mama dah kata,anak mama sorg ni lain...dye bijaksana terlebih...tengok tu...lepas dah...suka dapat lepas..berkejar mama amik dye...huhu..lepas ni xdenya nak biarkan dye duk depan ni sesorang..bahaya...kalau g dapur buat kerja,mama kena tutup pintu..huhuhu.



kesimpulannya...mama nak g sembahyang terpaksalah tutup pintu kejap..risau gak yang di luar sana tengah main..abangnya...kita tutup pintu,anak kat luarkan...karang xdengar pape yang berlaku..so mama buatlah gini

buka tingkap..letak aqil atas sofa yang disokong dengan bantal2..kalau xde bantal dye xnampak kat luar tu...so dye tolong mama pantau tengok abang dye sementara mama nak sembahyang....sebab kalau abang dye nangis ke apa ke,dye bgtau kat mama..bijak juga aqil ni...



..sekian kisah aqil....

FELINNA INCHLOSS LOTION & VITAMIN C WITH PURE COLLAGEN

READY STOCK




VITAMIN C COLLAGEN FELINNA


KANDUNGAN UTAMA:

*Kolagen marin - Sumber berkualiti premium yang mudah diserap badan, bertindak sebaga i agen antipenuaan yang turut memelihara kekuatan tulang/sendi, kuku dan rambut serta mengekalkan keanjalan dan tekstur kulit agar kekal lembab, halus dan sihat bercahaya.


*Glutathione - Mencerah, menyamaratakan tona kulit serta menyingkirkan toksin dan radikal bebas di dalam badan, seterusnya mengurangkan kedutan halus, noda2 hitam dan pigmentasi.


*Vitamin C - membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, komponen penting untuk mengoptimakan peranan kolagen dan glutathione di dalam badan, memperbaiki, merawat dan membantu pertumbuhan sel2 baru lebih cepat selain menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat juga melambatkan proses penuaan pramatang.


*Ekstrak sitrus - mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit.


DOS PENGAMBILAN: Ambil 1-2 kapsul sehari selepas makan malam atau sebelum tidur. Minum banyak air sepanjang hari untuk membantu badan menyah toksin dan melancarkan peredaran darah bagi memaksimakan kesan penyerapan vitamin C ini.



1 KOTAK RM85 (WM),RM90 (EM)

TERMASUK POSTAGE

5 kotak rm350 free postage



Felinna inchloss lotion


1)Lotion ni sangat wangi dan xterlalu panas,dia dingin dan mesra pengguna.

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda(pastikan ukur sebelum guna ya)


3)Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita ha mil,menyusu atau gastrik..


4)Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pon beli cuba..pasti puas hati!


5) Yang pasti dengan inchloss pengeluar dah hantar utk dibacakan 30juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang... Semoga lebih dirahmati..(Jd jangan langkah ya)


Jadi kepada yg belum mencuba inchloss anda boleh try now..jika anda sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun bole apply utk percepatkan proses pembakaran lemak! Ichloss sangat selamat dan berkesan!


Wangi dan menjadikan kulit lebih cantik & mulus - All in one!


180 ML @ RM75 (WM) ,RM80 (EM) 
termasuk postage

borong 
5 botol rm300 free postage
 



fenomena tsunami DURIAN CREPE pasir gudang



SALAM SEMUA WARGA BLOGGER
SAYA KINI ADA JUAL DURIAN CREPE DAN TEPUNG CREPE INSTANT
ALHAMDULILLAH....DURIAN CREPE SAYA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGALAKKAN..PADA MULANYA HANYA SUKA2 UNTUK MAKAN SENDIRI SAHAJA..
DAN SAYA POS ENTRY DEKAT BLOG DURIAN CREPE YANG SAYA BUAT..1ST BATCH SAYA HANYA DAPAT TEMPAHAN SEBANYAK 5 SET,KEMUDIAN MENINGKAT KEPADA 10 SET DAN TERUS MENINGKAT HARI DEMI HARI..SETAKAT NI JUMLAH YANG BERJAYA SAYA BUAT UNTUK TEMPAHAN 1 HARI SEBANYAK 27 SET..ALHAMDULILLAH..REZEKI DARI ALLAH...

UNTUK TEMPAHAN BOLEH SMS ATAU CALL SAYA 010-2266217 ( LIYANA)
RM10/6PCS
UNTUK SELF PICK UP ONLY
AREA PASIR GUDANG


SALAM...memandangkan musim durian dah sampai ke penghujung...Alhamdulillah sy masih lg meneruskan menjual crepe ini..durian masih ada stok seperti biasa..tokeh durian dah simpankan stok yang byk d24..so still diteruskan lagi mengcrepe...now kini mamahousewife dah menmbah lagi perasa yg ada


durian crepe
mangga crepe
kiwi crepe
chocmilo crepe
jagung crepe

rm10/6bj perset
min 2set

untuk tempahan boleh sms liyana 010-2266217
nama:
tarikh dan masa pickup:
bil set dn jenis set:

tempahan sy ada homemade..bukan readymade...sy buat terus dari rumah..bukan kedai..tempahan yang dibuat berdasarkan order..kalau main terjah je..harap maklum..xdapat sy nk berinya..mohon kerjasama dari semua..


p/s:Alhamdulillah rezeki yang Allah beri,crepe mamahousewife baru sebulan lebih dah mendapat sambutan area pasir gudang,taman scientex...terima kasih yg membeli dengan sy..

UNTUK TEPUNG CREPE INSTANT
1 PACK 200G
BOLEH BUAT DALAM 30 KEPING
SEMUA ARAHAN BUAT ADA PADA LABEL DEKAT PACK..
RM7/PACK
5 PACK RM25
BLOM TERMASUK POSTAGE LAGI

Bila taqif dah beraksi dalam pool




d


jom cuci mata tengok aksi taqif...sangat2 minat kalau bab2 dalam air ni..kalau main air no 1..sampai berejam pon takpe..taknak masuk rumah dah...kalau taknak masuk tu..siap mogok lagi dengan baring dalam kolam tu...terfikir juga mama,xmasuk ke air dalam telinga tu..dye relax je...mmm...tapi pool ni dah bocor.akibat  letak dekat luar rumah..apa lg kucing cakar lah..mama kalau jumpa kucing mana yang buat..mmg kenalah..

ORANG DEPAN RUMAH NI TAU BELA KUCING JE...JAGA TAK PANDAI.SAMPAI TIDUR,BERAK DEPAN RUMAH NI R...TENSEN

KUIH LOPIS



sarapan pagi mama semalam..sangat sedap...hihihhi...
nnt mama letak resepi ye

WAFFLE CAMERON HIGHLANDS AND STRAWBERRY COKLAT WITH CREAM

inilah N3 makan waffle ice cream strawberry dan buah strawberry dengan cream letak coklat..sangat2 sedap..jom cuci2 mata..bila lagilah bleh pergi cameron hinghland ni..last pergi masa raya hari tu...




CHEESE CAKE MAMA UNTUK ADIK

WOW...WOW


slurp...dergar je dah tertelan air liur...sangat...SANGAT SEDAP...xcaya..tanya kat sapa2 yang dah makan cheese cake mama ni..siap boleh buat hantaran kahwin lagi..mama cuma guna tepungcheese cake premix yang mama jual je..guna 2 pack..dapatlah berat dalam 2kg...ramai boleh makan..bukan 1 keluarga pengantin je..1 keluarga besar pengantin boleh makan..
pastu hiaslah bagai..senang je..ni mama buat cheese cake..atas dye mama letak topping blueberry...pastu nama2 dorang tu..mama buat coklat mould..pastu letaklah bunga,buah strawberry..simple je..ok x kek ni..CANTIKKAN..hehehe

jom cuci mata tengok gambar kek ni








tepung cheese kek ni mama ada jual..bancuh dengan air je...xde masak2..pastu simpan dalam peti ais..dah boleh makan...bse dye guna serbuk oreo je..kan senang...

LEGOLAND MALAYSIA







salam...hehe..n3 kali ni mama nak cerita pasal semalam mama keluar berjimba2...fuhh ayat....jalan2 ke nusajaya terus ke legoland...fuhh...akhirnya tercapai juga hajat dihati nak menjejak kaki ke sana...macam tak percaya...jom g leloland...berbaloi2 kalau korang beli annual pass..sukati korang lah nak pergi banyak kali.sebab kalau nak beli sekali je dah rm140 tuk dewasa..kalau beli online rm105.tapi kena booking awal seminggu..so beli je annual pass..baru rm275..link korang boleh klik sini LEGOLAND..semua maklumat ada kat cni..nanti bila anak2 mama dah besar sikit..bolehlah buat annual pass..nak pergi sana je dekat je..dalam 1 jam gitu..xsampai kot...

DURIAN CREPE MAMA IN THE HOUSE

sekarang ni femomena durian crepe menjadi-jadi..ramai yang buat untuk makan sendiri,ada yang buat untuk di jual..time nilah nak buat duit sebab antara makanan yang hot masa kini..durian crepe dilanda sunami..habis durian2 yang dijual di pasaraya..maklumlah musim durian dah berlalu...tapi durian crepe ni amat sesuai menggunakan durian D24..sebab rasanya yang enak dan manis2 berlemak..


macam mama..mama hari2 cakap gan hubby..nak pergi beli durian..nak buat durian crepe..seminggu juga lah mama nak dapatkannya..punyalah susah..last2 mama pergi jusco beli durian yang dah siap bungkus2..mama terus sambar durian D24..nak bg puas hati..kita sendiri juga yang makankan..mama beli banyak terus..senang buat sekali banyak..ni mama 1st time nak buat ni..


setelah di google dan di kaji yang mana nak buat..akhirnya mama pilih antara yang terbaik..setelah di adun,disemak,ditolak dan dicampur.ni resepi mama campur2.akhirnya jadi juga durian crepe mama..

mula2 mama buat punyalah besar..hahaha...last2 menjadi juga comel2..

resepi kulit crepe

40g tepung gandum
40g tepung ubi
20g tepung kastard
20g tepung jagung
80ml susu cair
2 sdb gula halus
250 ml air
2 sdb minyak masak
1 biji telur gred A


cara2 dye
letak semua bahan dalam bekas..yg tepung2 tu diayak dulu ye...pastu kacau guna whisk..
selepas sebati semuanya..tapis adunan..pastu letaklah pewarna yang kita nak dan sedikit asen vanila bagi hilang rasa telur.

lepas tu bolehlah masak atas kuali leper yang non stick supaya tak melekat.senang je.macam masak lempeng gak..
masak sebelah sahaja,jangan di terbalikkan..yg berkilat licin tu nanti sebelah luar ye..

lepas semua siap..dapatlah dalam 10 keping macam tu..

inti
150ml whipping cream tu pukul sampai bertanduk,kembang,ringan dan gebu
mama xletak gula..lengkali kn letak gula sikit.bg manis sikit

pastu isi durian..biji buanglah...

cara buat,amik sekeping kulit crepe.yang bhgian xtak berkilat tu kat atas..letak wc,letak durian,letak wc.pastu lipat kiri,lipat kanan..br lepas atas dan lipat belah bawak..dah siap

tada....jom jamu mata tengok durian crepe mama...
mama buat 3 kaler..hijau,merah dan kuning..macam traffic light
pas dah siap tu,masuk dulu dalam peti ais dalam 2 3 jam...pastu ngap...sangat2 sangat sedap...







amacam...nak order?.....hahaha...boleh buat jual tak...
untuk tempahan 010-2266217 (sms)
rm10/6pcs
untuk tempahan mjlis min 100pcs rm1.50/pcs

MEATBALL ALA IKEA

Tetiba lak rasa nak makan meatball ikea..nak pergi jauh sangat.takkan nak pergi semata2 nak makan tu jekan...so buatlah sendiri di rumah..setelah digoogle dan disearch..meatball yang hampir sama 99% rasa dengan meatball ikea adalah meatball jenama MARINA...cara2 nak masak dye semua ada ditunjukkan pada kotak tersebut..so tak perlu lagi mama nak terangkan 1 per satukan...sos dye pulak..kebetulan..mama ada beli dulu dekat ikea..sepaket cuma rm5 sahaja..kalau nak buat sendiri pon boleh..agak senang juga..so korang boleh tengok kat blog ni.  KLIK

Jam dye korang boleh lah beli mana2 kedai pon..xkisahlah strawbery ke,blueberry ke..jnji sedap...jom makan..



FAMILY DAY MMHE 2012

family day ni dah hampir 2 mggu berlangsung..baru nak uploada gambar..huhuhu..
sejak hubbyku kerja kat mmhe ni,nilah petama kali kami rasa family day yang dianjurkan oleh company hubbyku ni...last buat masa tahun 2007,hubbyku kata..masa tu dye xkerja lagi kat situ..so kami seronok lah ada event ni..tp kami tak join sama..anak2 kecil lagi..sapa pulak nak pegang dorang nantikan..kami sampai pon dah acara banyak dah habis..bukan banyak dah habis..pendek kata dah habis..tinggal acara bebas je..cabutan bertuah dan tengok budak2 ni main dengan macam2 bermainan angin ni..taqif pulak excited nak main sama..tapi memandangkan dye kecil lagi.br nak 2 tahun..tengok jelah ye nak...ni kesian sangat kat dye..bg lah kejap..hubbyku guide dye..tp kejap je..sebab semua dah besar2 dan agak ganas.xsesuai tuk anakku ni..tengok muka dye yg cuak tu..hehe..ni jelah sempat ku snap gambar..dah sampai umah baru terfikir..kenapa xamik gambar ye...






 ni makanan yang disponser oleh company hubbyku..KFC.idaman ku selalu....kami 4 orang..so kami dapat sarapan 4 biji burger colonel dan tengahari kami dapat 4 kotak ayam snack plate..tapi memandangkan stok tersangatlah banyak..so kami diberi lagi sebanyak 6 kotak snack plate...so balik rumah..melantaklah kami makan...huhuhu..banyaknya..larat ke nak makan semua..nak bagi jiran tetangga.dorang balik kampung..
maka makanlahlah 2 hari 2 malam KFC idamanku selalu





KEK INDULGENCE MACAM SECRET RECIPE UNTUK HUBBY

korang pernah dengan hubby korang kalau dia kata banyak2 kek,kek secret recipe kek paling sedap sekali...kek korang pon xsesedap kek secret recipe..now mama nak buktikan mama pon mampu lakukan sesedap itu dan sama macam rasa kek secret recipe..sempena besday my hubby,akan mama realisasikan kek secret recipe tu tapi dengan buatan mama sendiri,hasil tangan mama sendiri,homemade dari rumah mama sendiri...


treng teng teng


mama buat kek indulgence...ala..senang je pon....cewah..berlagak...mentang2 menjadi...baru 1st time mama buat ni...hubby kata sedap...sangat sedap..sama macam secret recipe...see......kalau mama mampu buat,korang pasti mampu buat juga untuk hubby korang..


jom mama kongsi resepi kek indulgence ni...mama sebelum buat mama kaji,search sn,search sini...nk bg yg terbaik...so last mama pilih yang ni..tp xegat dekat mana,sebab mama copy paste je..xsave lak linknya..maaf cik blog yg buat ni...

salin2 cepat..nnt boleh buat

bahan2 untuk kek
150g tepung gandum (di ayak ye)
2sdt serbuk penaik
5 biji telur (mama guna gred A)
120ml susu coklat (mama guna susu tepung taqif punya)
80ml minyak jagung/butter (yg dicairkan) (mama guna minyak jagung)
150g gula castor
1 1/2 sd ovellete
2 sd cappucino emulco (mama guna coffee emulco)
3 sd serbuk koko

cara2 nak buat dye
-gula dan telur pukul hingga kembang (hingga kaler bertukar putih)
-masukkan ovellete di pukul hingga gebu dan ringan (5mnt)
-masukkan minyak jagung/butter pukul secara perlahan
-masukkan cappucino emulco dan susu,pukul perlahan
-masukkan tepung gandum,serbuk penaik dan serbuk koko,pukul hingga sebati
-masuk dalam loyang dan bakar hingga masak (mama kukus,bahagi kepada 4.sebab nak 4 keping..kalau masak sekali.xreti mama nak potong rata kepada 4 keping.mama kukus setiap keping 10mnt je)
biarkan sejuk ke semua kek..lagi elok di simpan dalam peti ais supaya struktur kek keras sikit.nnt senang nak layer

ini pulak bahan2 untuk filling
white chocolate filling
100g compound white chocolate (mama guna jenama berry's)
150g butter
100g gula halus (next time kena kurangkan sikit sebab manis sangat)
2 biji telur kuning (mama guna telur dalam peti ais sebab senang nak asingkan putih gan kuning telur)
250ml non-dairy whipping cream

cara2 nak buat dye
-cairkan coklat compound secara double boil,dah cair ketepikan
-pukul whipping cream hingga kembang,ketepikan (jangan terlebih pukul,nnt kembali ke suhu bilik dia jadi berketul2)
-pukul gula dan butter sehingga kembang,masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati
-campurkan dengan whipping cream yg dah kembang tadi bersama coklat yg dah dicairkan itu..gaul sebati

dark chocolate filling
100g compound dark chocolate (mama guna jenama berry's)
150g butter
100g gula halus (next time kena kurangkan sikit sebab manis sangat)
2 biji telur kuning (mama guna telur dalam peti ais sebab senang nak asingkan putih gan kuning telur)
250ml non-dairy whipping cream

cara2 nak buat sama macam white chocolate juga..

cara2 nak layerkan kek ni

mulakan dengan letak sekeping kek, white chocolate, kek, dark choclate, kek, white coklat ,dark chocolate..
akhir sekali sapu dark chocolate keseluruhan kek,simpan dalam peti ais...mama simpan dalam freezer dalam 1/2 jam//sebab nak bagi cepat keras..abis semua yg dalam freezer mama kosongkan sebab nak masukkan kek yang besar ini...setengah jam je pon..pastu simpan balik

tuk topping ganache
300ml non-dairy whipping cream
300ml dark chocolate
25g butter

cara2 dye
-didihkan whipping cream sehingga berbuih2
-masukkan butter dan dark chocolate,tutup api
-kacau sehingga coklat cair dan sebati..

(lepas ni xperlu buat banyak2,sebab mama buat byk lebih..pembaziran pulak)

bila agak2 kek dah keras,ganache dah suam2 kuku,tuangkan je atas kek..jgn panas2 di tuang,cair filling kek tu nanti..pastu boleh lah nak deco macamana bagai yang korang nak...


ni hasil yang mama buat..jom jamu mata



amacam....jadi x..1st time mama buat kek ni...ada klass x? kek ni xsusah kalau nak seribu daya buat..cuma buat dye amik masa sebab banyak kali kuar masuk peti ais...separuh hari jugalah buat kalau dengan buadak2..kalau sorang2 kejap je kot...amacam...nak order?hehe....

ekspo mom & baby oct 2012

hari tu awal bulan 10 mama ada pergi ekspo mom & baby kat danga city mall..banyak jugak lah barangan or kedai yang di buka perbanding bulan 3 hari tu..mama memang suka pergi kat tempat2 macam ni..sebab selalu ekspo2 ni barangan yang dijual murah2 dari shopping compleks walaupun dah sale..

target mama,mama nak beli pampers,baju sikit,sabun mandi,losyen.selalu tu je lah

taqif mama dah tercapai...semua dapat Alhamdulillah...

1.pampers dapat untuk taqif 1,aqil 1
2.baju dapat 5 pasang untuk taqif,5 pasang aqil punya
3.sabun mandi mama amik 4 botol
4.losyen mama amik 2 botol

semua sekali mama belanja x sampai rm250...so budget jugalah..sebab ada lagi barangan sampingan..free gift punyalah banyak juga dapat

yang paling best,taqif dapat cabutan bertuah dari anmum essential

letter factory phonics leap frog

tersangatlah best..
nasib tak terlepas..sebab masa ni kitaorang dalam perjalanan nak ke parking kereta..so terpaksalah patah balik..takkan xnak kan..orang nak bagi hadiah..tak sia2 dapat...



BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan