Gambar Anak Mama



Hari pertama:Gambar selepas di bersihkan oleh nurse selepas bersalin...

t saya entry lg yer gambar lagi


Pemenang Contest teka berat baby

Alhamdulillah...Akhirnya saya dapat cari pemenang bagi teka berat baby...Secara peribadinya pemenang yang teka tepat memang takde..tapi kita ada yang hampir tepat..Berat anak saya 3.34 kg..dan pemenang yang teka hampir tepat tu meneka 3.35kg..beza cuma 0.01kg...Tahniah kepada mamawanie..

Hadiah akan saya pos...mamawanie sila PM saya untuk diberi alamat...Tahniah sekali lagi...Diharap lepas ni boleh lagi saya buat contest..dan terima kasih kepada yg menyertainya...

Merdeka untuk saya

Akhirnya......26 disember 2010...tamatlah sudah tempoh pantang selama 44 hari....MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA.....

dan akhirnya balik juga saya ke johor semula bersama suami dan anak...dulu berdua..kini bertiga...:)

banyaklah perubahan bila dah bertiga nie...aktiviti pon dah makin kurang..hari nie baru dapat tengok blog..dah lama tak update blog..

aktiviti setiap hari

5 am: bangun masak untuk sarapan dan makanan tengahar terus..taklah kelam kabut nanti nak uruskan baby bila dah tinggal berdua jer bila hb pergi kerja..sebelum masak tu,kena menyusukan baby..yelah..tak nak tengah2 masak,dia bangun lak sebab lapar..

6 am: siap2 sembahyang,mandi,makan,basuh baju

7:30 am: babay bangun dan bermulalah dia ajak main bersama sampai pukul 9:30 or 10 am..then mandikan dia

then...pukul 11 am macam tu lah dia akan tidur sampai pukul 4 pm..

bangun ..main2 dengan dia..

pukul 8 pm dia akan tidur dan pukul 12 am dia akan bangun..pukul 2 pagi dia tidur..dan seterusnya...
nak cerita detail..maklumlah baby..kita mana boleh nak set time dia...






Taqif lagi...

salam....hari ni anak mama dah 20 hari..nurse datang rumah cek baby dengan maknya..Alhamdulillah..kedua2nya sihat walafiat....Taqif baru 20 hari berat dah naik 4.1kg...bagus2..cepat ye anak mama besar..nanti leh tolong mama pula...

contest yang mama buat teka berat baby tu,mama tak tengok lagi sapa pemenang dia..rasa2 ada tak yang teka tepat..hadiah mama dah sediakan..nanti mama upload gambar hadiah ye..rasa2 tahun depan baru mama bagi hadiah ni..mama berpantang kat rumah mak..So agak terbatas sikit untuk berblogging macam biasa..InsyaAllah paling lewat pun bulan 1 mama akan tunaikan janji mama tu..

Berat anak mama,Taqif masa di lahirkan 3.34kg..rasa2 ada tak pemenangnya..sapa2 yang teka tepat atau agak dekat2 bagitau mama ye..leh cepat sikit mama semak
...apa yang penting...kerjasama...hehehe

1st time do it

salam......hari nie 1st time saya mandikan baby taqif setelah 19 hari...before that my mum yg mandikan dye...yeah...akhirnyer mama dapat mandikan taqif..bestnyer..........taqif pon dah makin membesar dengan sihat...last timbang berat 3.8kg...cepatnyer anak mama membesar berkat minum susu mama....semakin cerdik dan lasak....tidur pun dah berpusing 90 darjah...lasaknya anak mama ni....

minggu ni papa balik sini tengok mama dengan taqif...dah 2 minggu papa tak balik...bestnya papa balik...yeah......

nanti kita sambung cerita lagi ye......

Siang ke Malam Nie?taqif confiuslah mama.

salam.......thank kepada rakan2 yang ucapkan tahniah...
saya sekarang dalam keadaan sihat..baby pon sihat..nie gah curi2 masa untuk taip entry..belum lagi nak berblogging macam dulu...mood letih sebab tak cukup tidur...

baby taqif masih lagi confius sebab tak tau siang or malam yang harus berjaga..sebab sekarang nie..waktu siang dia tido macam waktu malam..bila malam berjaga macam waktu siang...hehehe..yang jadi mangsanya..mamanyalah..sebab menemani anaknya berjaga di waktu malam......
mamanya nak tidur sama waktu siang,tak boleh pulak..banyak benda nak buat...pendek kata 24 jam tu..tak sampai 5 jam je tidur...

kalau ada yang sudi berkongsi pendapat dan pengetahuan..macamana nak biasakan dia waktu malam tidur,waktu siang jaga silakan ye...

walau macamana pun selama 15 hari usia taqif..tak banyak ragam..taqif anak yang baik dan bijak..dia tak susahkan mama dia...dia nangis bila nak susu jer..

Keputusan Teka Berat Baby Liyana

salam...kepada semua rakan2 yg menyertai contest teka berat baby liyana...keputusan masih lagi pending...saya masih lagi berpantang..tak boleh nak berblogging lama2..atau duk depan laptop lama2..Diharap bersabar..Kepada yang masih menyertai dan sudah menyertai selepas tarikh anak saya dilahirkan pada 11/11/10 tepat pukul 5.19 ptg..saya mohon maaf.peryertaan anda dibatalkan..Yang menyertai sebelum 11/11/10 pula yang masih lagi saya tak update url saya mohon maaf.peryertaan anda diterima cuba saya tak publish kat entry je....Sekian terima kasih..

Cerpen Hati yang Terluka-Part 7

"Assalamualaikum", Azlan menoleh perlahan. Ceria wajahnya melihat wajah manis ayu bertudung berdiri di hadapannya.
"Waalaikumsalam", Azlan menjemputnya duduk.
"Maaf, terlambat sikit. Bos buat short briefing tadi. Dah lama tunggu ke?" tanya si gadis penuh sopan. Azlan hanya tersenyum panjang memandang wajah yang tidak pernah menjemukannya itu. Debaran di dadanya tidak pernah hilang rupanya selama lima tahun ini. Alhamdulillah. Inilah berkat kejujuran dan keikhlasan sebenarnya.
"Abang tak pernah bosan kalau tunggu Ain. Lima tahun abang boleh tunggu takanlah setengah jam abang tak boleh tunggu. So,Ain nak makan apa? Spagetti lagi ke?" usik Azlan bahagia. Ain tersenyum.
"Abang tahu kan Ain suka makan apa. Ain tak payah cakap pun abang patutnya dah tahu," balas Ain. Azlan melambai tangannya memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.
"Dua spagetti ayam dan dua air strawberi mirinda", Azlan memberi pesanan. Pelayan berlalu meninggalkan mereka.
"Ayah dan Mak sihat?" tanya Azlan cuba mengembalikan kemesraan setelah lama tidak bertentang mata.
"Alhamdulillah, sihat. Lepas operation bulan lepas, Ayah dah boleh jalan sikit-sikit. Mak pun dah mula berpencen bulan lepas.
Mereka tanya bila abang nak datang rumah? Ayah dah lama tak jumpa abang."
"Insya Allah. Kali ini abang datang bawa keluarga abang, boleh?"
"Apa pula tak bolehnya? Ajak satu kampung pun tak apa," balas Ain cuba menyakatku pula.

"Insya Allah, kalau tak ada apa-apa hujung minggu ni abang sampai rumah Ain bersama angkatan rombongan dari kampung abang," Azlan membalas usikan.
"Abang Azlan", mereka berdua menoleh apabila nama Azlan dipanggil. Wajah Azlan tenang.

"Ain! Seorang saja ke?" tegur Azlan tanpa sebarang riak terkejut. Ain hanya mengangguk.
"Kenalkan, bakal tunang abang, Sharifah Ain Syazwana. Ini kawan lama abang, Ain Syuhada. Kebetulan pula, dua-dua nama Ain", perkenal Azlan.
Mereka bersalaman. Ternyata wajah Ain Syuhada sedikit terkejut berbanding Sharifah Ain Syazwana yang tersenyum manis.

"Jemputlah duduk," Sharifah Ain Syazwana menjemput.
Ain Syuhada hanya menggeleng kepala.

"Tak apalah. Ain nak cepat. Ternampak abang kat sini tadi, saja tegur. Ain balik dulu. Assalamualaikum," pintanya lalu bersalaman dengan Ain di hadapannya sebelum beredar begitu saja.
"Patutlah abang bawa diri sampai ke Itali," luah Sharifah Ain Syazwana tenang dalam senyuman.

"Kenapa pula?" sambut Azlan kurang senang. Tiada riak cemburu pada wajah gadis kesayangan di hadapannya.
"Yelah, lawa orangnya. Abang tak menyesal ke tinggalkan dia dulu?" usik Ain ingin menduga.
"Correction! Dia yang tinggalkan abang dulu. Tak dapat Ain dulu Ain sekarang pun apa kurangnya," balas Azlan selamba. Sharifah Ain Syuhada hanya tersenyum. Dia tahu di hati Azlan telah hilang kasih untuk Ain Syuhada semenjak lima tahun dahulu. Semenjak bumi Itali menemukan mereka setelah hati mereka dilukai.

Tamat............

Sejarah 11 November 2010 (111110)

Salam....

Alhamdulillah...baru hari ini dan waktu ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis dan kembali ke dunia blogging..dah agak lama tak menjenguk blog ini. Kira2 hampir 2 minggu..tapi saya ada membuat schedules entry dengan petikan dan cerita untuk di kongsi bersama rakan2.

Pada 11 November 2010 (Khamis) pada pukul 5.19 petang..saya selamat melahirkan anak lelaki dengan kelahiran normal...Alhamdulillah saya dapat melalui saat getir itu..terima kasih kepada rakan2 yang mendoakan saya...

kepada rakan2 yang menyertai contest teka berat baby akan saya umumkan kemudian hari....maka dengan ini saya menutup contest teka berat baby pada 11/11/10 pada 5.19 petang..kepada rakan2 yg menyertai lewat pada tarikh dam masa itu..saya mohon maaf..kepada yg menyertai sebelum tarikh itu saya mohon diberi sedikit waktu untuk saya umumkan pemenangnya..Hadiah akan menyusul selepas diumumkan...Harap bersabar ye rakan2...

Nanti saya cerita lagi yer....maklumlah dalam pantang...kena berehat lebih sikit...

Cerpen Hati yang Terluka-Part 6

Sehari sebelum pemergiannya, Ain datang berjumpa dengannya. Wajah ayu itu sembab dihiasi air mata yang mengalir membasahi pipi.
"Abang betul-betul nak tinggalkan Ain? Abang tak kesiankan Ain," tanyanya sayu dan sebak. Azlan hanya tersenyum. Teringat sejenak bagaimana Ain sengaja singgah di tempat kerjanya untuk menayangkan kekasih barunya setelah dibawa lelaki itu berjumpa dengan keluarganya.
"Abang nak cari pengalaman di tempat orang. Ain kan dah ada dia. Tak elok kalau dia tahu Ain jumpa abang macam ni. Nanti dia pikir abang nak larikan kekasih dia pula. Cukuplah ayah Ain kata abang macam-macam," Azlan cuba bergurau menahan gelora di jiwanya.
"Tapi, Ain sayangkan abang," rayunya lagi.
"Ain, abang selalu pesan pada Ain. Walau apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan. Abang tak mau Ain bersedih macam ni,” pujuk Azlan.
"Ain minta maaf. Ain tak bermaksud nak bertindak macam tu. Ain tahu Ain tipu diri Ain dan abang tapi Ain keliru," luahnya.
Berkerut dahi Azlan mendengar kata-kata Ain.
"Apa maksud Ain? Abang tak faham."
"Ain minta maaf. Ain tak berniat nak lukakan hati abang. Ain keliru. Sebenarnya Ain cuma nak mainkan perasaan abang. Ain nak tengok sejauh mana kesungguhan abang pada Ain. Tapi, Ain tak sangka abang betul-betul turutkan kehendak Ain. Sudahnya Ain yang merana," jelasnya. Azlan mengeluh perlahan. Kesal.
"Abang faham keadaan Ain cuma abang tak sangka Ain bertindak sampai begitu sekali. Abang maafkan Ain tapi abang tak mampu nak buat apa lagi. Esok abang akan berangkat. Apa yang abang nak, Ain ingat pesan abang. Belaja bersungguh-sungguh. Walau apa pun yang ayah Ain lakukan, jangan sekali-kali lukakan hati dia. Macamana teruk pun dia, dia tetap ayah kandung Ain. Wali yang sah. Abang akan doakan semoga Ain panjang umur dan bahagia di samping dia," pesan Azlan tenang walaupun hatinya bagaikan dipagut dengan parang.
"Ain akan tunggu abang balik," janjinya.
"Jangan, Ain. Jangan rosakkan masa depan Ain sebab nak tunggu abang. Abang sendiri tak pasti selama mana abang akan duduk di sana. Kita masing-masing ada tanggungjawab pada keluarga. Tunaikan kewajipan Ain sebagai anak. InsyaAllah kalau ada jodoh kita jumpa lagi tapi abang nak Ain jangan terlalu mengharap. Kelak, ada di antara kita yang akan merana."
Ain menundukkan kepalanya. Azlan tahu Ain menangis tapi lebih baik melukai hati Ain sekarang dari beberapa tahun yang belum pasti.
"Ain doakan abang selamat pergi dan selamat kembali," ucapnya lalu meninggalkan Azlan sedirian di taman perumahan mereka. Itulah kali terakhir dia menemui Ain. Selepas itu, dia berangkat ke Itali dengan diiringi doa dan restu keluarga tercinta.

bersambung.........

Cerpen Hati yang Terluka-Part 5

Azlan tiba di rumah tepat jam dua pagi. Abah dan Azman sedang menonton televisyen siaran bola. Azlan terus kebilik lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Abah hanya melihat. Balik selewat itu adalah perkara biasa pada Abah. Tiada peliknya.
"Azlan! Azlan!" Terdengar namanya di laung lantang dari luar. Azlan keluar dari bilik air setelah mandi. Kelihatan ayah Ain berdiri bercekak pinggang di muka pintu.
"Mana telefon Ain? Kenapa ambik telefon tu dari dia?
Kau ni tak habis-habis nak kacau anak aku," marahnya.
"Pakcik, telefon tu Ain pulangkan balik pada saya sebab saya yang belikan.
Lepas ni saya tak kacau anak pakcik dah. Kami dah putus. Itu yang pakcik nak, kan? Sekarang, pakcik jangan kacau kami sekeluarga lagi," jelas Azlan tenang. Pakcik Taza semakin bengis.
"Anak kurang ajar!" tengkingnya kuat. Azlan hanya tersenyum sinis.
"Pakcik pergilah balik. Bersahur dengan keluarga pakcik. Kami pun nak bersahur ni," lembut Azlan cuba memohon pengertian ayah Ain. Kepalanya makin berat dengan pemasalahan yang entah bila akan berakhir. Kerananya seorang, seluruh ahli keluarganya yang lain terpaksa turut terlibat sama.
Dengan dengusan kasar, akhirnya Pakcik Taza berlalu pergi. Azlan tahu di hati orang tua itu masih belum terpadam rasa dendam dan amarah.
"Azlan dari mana tadi ni?" Azlan menoleh apabila mendengar suara Emak bertanya. Barangkali gangguan dari ayah Ain tadi telah mengejutkan emaknya dari tidur.
"Dari Melaka. Jumpa Ain. Kami dah putus. Dia dah pulangkan semua barang pada Lan tadi. Dia dah ada orang lain," padat dan ringkas keterangan yang Azlan berikan.
"Dari awal Abah dah cakap. Tak ke mana hubungan tu kalau ayah dia terus macam ni. Tak habis-habis nak menyerang. Malu pada jiran-jiran sini. Abah baru datang sekejap dah kena serang macam ni. Masa Abah tak ada, agaknya selalu pula dia datang menyerang," tanpa diduga Azlan, Abah bersuara.
"Sudahlah tu. Tak yah nak mengungkit. Yang lepas tu biar jadi pengajaran. Mulai hari ini, buka azam baru. Bina hidup baru.
Ramai lagi kat luar sana yang lebih baik dari yang kita pernah ada. Mak pun tak berkenan nak berbesan dengan orang yang macam tak ada agama macam tu. Belum kahwin lagi dah suka menyerang, esok kalau dah kahwin lagi senang nak menyerang," nasihat Emak. Suasana tiba-tiba menjadi kelam dan sepi. Hanya kedengaran suara dari kaca televisyen.
"Lan ingat nak berhenti kerjalah, Mak, Abah," tiba-tiba Azlan bersuara.
Kakaknya yang baru bangun dari tidur termangu di kerusi meja makan.
"Kenapa nak berhenti kerja pula? Sekarangkan susah nak cari kerja," sampuk kakaknya yang baru saja dikhabarkan berita apa yang telah berlaku sebentar tadi.
"Lan nak kerja dengan kawan Lan. Dia ada offer kerja dengan dia dekat Itali. Kalau Abah dan Mak izinkan, Lan nak pergi hujung tahun ni," jelasnya.
"Buatlah apa yang terbaik. Asalkan Lan gembira," sambut Abah tanpa Azlan duga. Selama ini Abah jarang memberi pendapat ataupun kata-kata yang memberansangkan dengan setiap apa yang dilakukannya.
"Terima kasih, Abah." Keizinan dari Abah dan Emak lebih memberi makna padanya setelah apa yang berlaku. Azlan bertekad untuk membuktikan kata-kata ayah Ain salah. Perginya untuk mencari apa yang tidak dimilikinya.

bersambung.......

Cerpen Hati yang Terluka-Part 4

Setahun berlalu lagi menjadikan perhubungan itu bertambah usia. Ain sudah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di Bandar Bersejarah, Melaka. Ain mula menegur kerjayanya sebagai penyelia restoran ekslusif di sebuah hotel.
Azlan turutkan juga tapi memerlukan masa untuk bertukar ke bidang lain.
Panas tidak selamanya ke petang. Turun hujan di tengahari menghancurkan segalanya. Permintaan Ain supaya datang ke Melaka ditunaikan demi orang yang disayangi. Diredah juga kerana Ain walaupun di bulan puasa.
"Ain minta maaf. Ain tahu Ain akan melukakan hati abang tapi Ain tak boleh tipu diri Ain sendiri," luah Ain tenang ditemani seorang kawan perempuannya dan seorang lelaki. Azlan hanya memandang muka Ain.

"Apa maksud Ain?" soalnya pendek. Hilang rasa rindu di hati. Sedikit curiga mengambil tempat. Ain menoleh ke wajah lelaki di sisinya. Azlan turut mengalihkan pandangan ke wajah lelaki di hadapannya.
"Ain nak putuskan perhubungan kita. Ain dah jumpa orang lain," terangnya.
Azlan hanya tersenyum sinis menyindir dirinya sendiri. Perkara yang paling ditakutinya sudah pun berlaku. Patutlah beria-ria Ain menyuruhnya datang ke Melaka ini sekadar ingin memberitahu berita duka ini.
"Ain pasti?" tanya Azlan cuba menduga. Ain mengangguk perlahan lalu menundukkan kepalanya. Diserahkan sebuah kotak kepada Azlan.
"Ain minta maaf," ujar Ain seperti menahan sendu lalu meninggalkan Azlan sendirian tanpa sebarang pamitan. Azlan terkedu sendiri. Bermimpikah dia di siang hari ini? Di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Azlan tenung kotak berwarna kuning itu lama. Dibukanya perlahan.
Semuanya barang yang pernah diberikan kepada Ain dahulu telah kembalikan semula
kepadanya. Azlan kembali menutup kotak tersebut lalu beredar menuju ke perhentian bas.
Hilang seleranya untuk menikmati juadah berbuka puasa. Hilang kegembiraan di hatinya untuk berbuka puasa bersama Ain. Setelah membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur, Azlan singgah di restoran makanan segera yang berdekatan sementara menantikan waktu bas akan bertolak. Episod cintanya dengan Ain telah berakhir. Hatinya telah dilukai.

bersambung.......

Cerpen Hati yang Terluka-part 3

Azlan duduk di kerusi meja makan. Ayah Ain, Pakcik Taza masih berdiri bercekak pinggang. Azlan jeling Abah yang sedang asyik menonton televisyen.
Azlan tahu Abah bukan tidak mahu mempertahankannya cuma Abah malas nak melayan karenah lelaki itu.
"Kau jangan kurang ajar dengan aku. Bapa kau tak ajar ke macamana nak hormat dengan orang tua. Kenapa kau tak jawap apa aku tanya?" sergah orang tua itu. Bulat matanya merenung Azlan.
"Tadi pakcik juga yang cakap jangan cakap masa pakcik tengah cakap. Bila saya diam, pakcik marah pula. Saya memang tak hormatkan pakcik sebab pakcik sendiri memang tak pandai nak hormatkan orang.
Datang menyerang rumah orang pukul dua belas malam, elok sangat ke?" balas Azlan lembut. Dia tahu api jika di simbah dengan minyak akan semakin bersemarak amarahnya.
Pakcik Taza kembali duduk. Tahu pula letih berdiri lama sangat, bisik Azlan di dalam hati. Dibiarkan saja orang tua itu membebel sendiri. Setelah puas meluahkan ketidakpuasan di hatinya, dia balik tanpa disuruh seperti mana dia datang tanpa diminta.
"Abah masuk tidur dulu," akhirnya Abah bersuara.
Azlan hanya merenungi wajah tenang Abah masuk ke biliknya. Azlan bersandar di kerusi. Hampir dua tahun perkenalannya dengan gadis bernama Ain Syuhada itu. Entah apa yang silapnya, ayah Ain seorang saja yang membantah perhubungan mereka. Ada saja yang tidak kena. Ini bukan kali pertama dia diserang oleh ayah Ain. Tidak kira siang dan malam.
Ugutan demi ugutan telah diterimanya. Namun, kerana kejujuran dan keikhlasan mereka masih meneruskan perhubungan dengan restu ibu Ain yang memahami keadaan mereka.
"Kau ada harta ke nak kahwin dengan anak aku? Kau ada rumah? Ada kereta? Boleh ke anak aku hidup senang kahwin dengan kau nanti?" kata-kata itu berbekas di hatinya sepanjang perhubungan mereka.
Tapi, Azlan tahu Ain bukan begitu. Ain tidak pernah meminta-minta sepanjang mereka berkawan.
Barangkali kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Abah berhasrat untuk berpindah ke rumah kakak. Abah malu apabila orang tua itu menyerang mereka sekeluarga. Jiran-jiran ramai yang memasang telinga.
Tapi, sebenarnya mereka mengambil sikap bersiap sedia. Mereka almaklum dengan sikap panas baran ayah Ain.

bersambung.................

Cerpen Hati yang Terluka-part 2

Midvalley Megamall agak sesak di hujung minggu ini. Azlan sendirian menyusuri ruang legar pusat membeli-belah besar itu.
Langkahnya dihalakan menuju ke butik pakaian kanak-kanak Strawberry.
"Abang Azlan," panggil seseorang. Azlan menoleh ke belakang. Seorang gadis manis bertudung bersama seorang teman perempuannya berdiri di hadapannya.
Azlan tersenyum. Wajah manis itu tidak banyak berubah sepanjang lima tahun ini. Ayu dan bertambah cantik dengan penampilan bertudungnya ala gaya Wardina, artis kesukaannya.
"Ain. Apa khabar?" balas Azlan tenang. Tiada getaran dan debaran yang dilalui seperti lima tahun dulu. Sudah hilangkah segala rasa kasih sayang dan cinta di hatinya untuk gadis itu? Ke manakah hilangnya rindu dendam buat gadis itu selama ini?
"Alhamdulillah sihat. Bila abang balik sini?" tanya Ain sedikit teragak-agak.
"Dah lima hari abang balik. Hari ni baru keluar jalan-jalan. Ain buat apa sekarang ni?" jelas Azlan.
"Ain kerja di IGB. Kebetulan hari ni Ain cuti temankan kawan. Abang cuti lama ke?" sambut Ain.
"Tak. I'm back for good," jawab Azlan pendek. Ain menoleh wajah temannya sebentar lalu mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.
"Ni kad Ain. Kalau abang sudi, telefonlah Ain."
Azlan menyambut sekeping kad nama yang dihulurkan oleh Ain.
"Insya Allah."
"Ain pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Azlan hanya memerhatikan Ain berlalu pergi sehingga hilang dari pandangannya. Azlan tersenyum sendiri.
Untuk apa dia sendiri tidak pasti. Gembira? Ya, dia gembira bertemu semula gadis yang
disayanginya dulu walaupun terpaksa menerima tentangan hebat dari Abah dan keluarga Ain. Rintangan itulah yang telah membawanya jauh dari keluarga dan pulang dengan kebanggaan keluarga. Dia berjaya di atas hati yang telah
dilukai.


bersambung....

Cerpen Hati yang Terluka-part 1

Setelah lima tahun di perantauan, Azlan kembali ke tanahair. Terlalu banyak
perubahan telah berlaku sepanjang ketiadaannya selama ini. Bumi Malaysia
semakin bertahta di hatinya. Langkahnya lemah menuju ke balai berlepas.
Pesawat yang dinaikinya tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang telah
dijadualkan.
"Azlan", Azlan menoleh ke arah suara yang melaungkan namanya. Bibirnya
terukir senyuman. Wajah kakak serta keluarganya kini sudah di depan mata.
Mereka saling bersalaman dan berpelukan.
"Abah dan Mak mana?" tanya Azlan setelah menyedari ketiadaan dua insan yang
teramat dirinduinya itu.
"Abah tak sihat sangat. Akak suruh mak dan abah tunggu kat rumah je.
Jomlah," jawab Azlia, kakaknya.
Perjalanan pulang ke rumah begitu lambat Azlan rasakan. Namun, melayani keletah anak saudaranya yang seramai dua orang itu sedikit sebanyak mengurangkan debarannya.
"Kali ni dah tak balik sana lagi, kan?" tanya Azlia.
Azlan hanya tersenyum.
"Insyaallah. Azman dan Azli buat apa sekarang, kak?"
"Azman dah tahun akhir di UITM. Dia sambung degree lepas habis diploma dulu. Azli sudah setahun di USM. Semua ada tunggu kat rumah. Dah macam orang nak buat kenduri kat rumah tu," cerita Azlia.
Azlan semakin tidak sabar untuk tiba ke rumah.
Sejam kemudian, mereka tiba di rumah. Suasana agak meriah seperti yang dikatakan oleh kakaknya. Azman memeluk tubuh kedua orang tuanya. Lima tahun di negara orang jauh dari keluarga cukup menginsafkan Azlan. Selama ini dia kurang perihatin terhadap seisi keluarganya. Kini, setelah apa yang ditempuhi seorang diri selama lima tahun itu tidak akan diulanginya untuk
peluang yang kini di depan mata.

bersambung..............

Kehidupan-Kisah 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya
sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar
. Norizam memperkenalkan Abang
dia,Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala
Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri
temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan
tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah
, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.
Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya
)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri
sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah
.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
untuk mencari keberkatan hidup.

Kehidupan-Kisah 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan
nama>sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan
nama>sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan
dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu
selepas solat Subuh
di Masjid Kajang saya bertemu dengan
Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres
setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai
penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan
RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin
Basuh,Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan
sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat
pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil
air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di
nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar. Sejak berkawan
dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut
di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka
menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena
sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan
cepat.

Petua untuk elak selipar anda dicuri

Pernah tak selipar korang hilang atau dicuri bila berada ditempat awam...
Korang boleh cuba petua nie klau korang nak lah...









Hehehe...sekadar hiburan sahaja..rasa2 ada tak orang buat macam ni..

Bantal dan Diri Kita



1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan
seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima
keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan
fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul
dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat
ego.


6) Tidak punya bantal
pergi la kedai beli satu

hik hik hik hik

Sayangilah Ibu Selagi Ada


Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00

2) Tolong jaga adik RM4.00

3) Tolong buang sampah RM1.00

4) Tolong kemas bilik RM2.00

5) Tolong siram bunga RM3.00

6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu - PERCUMA

JumlahKeseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.


Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's next? My Mother!

Kasihnya Seorang Ibu

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di

kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar

abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi

menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati

kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin

menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak

payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja

walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga

sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri

bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk

abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu

selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' .Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN

Balasan...............Melewatkan waktu solat...


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Kaum Hawa Sahaja:sebelum Pakai,Cek Dulu Tuala Wanita Anda

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihannya...takut2 ada pula telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak tau lah dari negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumlah kehidupannya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakailah TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apa penyakit anaknya itu..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG.....maka hairanlah si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKIN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....tak semua doktor yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG.. SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI


DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...






Tengok Gambar Ini Kalau Anda Islam





Tengok betul-betuli gambar kat atas

Pertama sekali, baca tengok jenama apa yang tertera kat pembungkus tu

Keduanya, fikir tengok jenama tu terkenal dalam pengeluaran bahan makanan apa.

Ketiganya, tanya diri gambar binatang apa yang terbentang kat pembungkus tu.

Dan keempatnya tanya selera, adakah anda masih berminat dengan makanan dari jenama ini lagi?

Anda bijak, anda boleh fikir

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan