taqif 1 tahun 1 bulan




Salam uolls

dah lama sangat tak update kat blog ni pasal anak mama sorang ni...taqif pon dah 1thn 1 bulan..ni last entry mama thn 2011.entry pasal taqif...
mama nak cerita apa yang taqif dah pandai dan tau..apa yang taqif tak pandai dan tau lagi

progress taqif
1.taqif dah pandai berjalan masa dia berumur 11 bulan..Alhamdulillah...mama kagum..tak sangka boleh secepat ini dia pandai berjalan...
2.fevret dia still lagi minat tengok cerita bee movie..bila pasang je senang sikit nak buat kerja2 umah.
3.dah pandai cakap sikit2..nak,papa,ikut ckp apa yg kita ckp tp pelat(simple word)
4.gigi baru tumbuh 4 btg...adui lambatnya taqif tumbuh gigi
5.anak yang baik terutama bila dgr azan,org mengaji...diam je or ikut sm
6.pantang dengar muzik..akan joget..

PEMINAT CHEESE POWDER

SALAM UOLLS

KEPADA SEMUA PEMINAT CHEESE POWDER...MAMA NAK BAGITAHU YANG CHEESE POWDER STILL AVAILABLE LAGI..SAPA2 YANG BERMINAT BOLEH EMEL MAMA djindhouz@yahoo.com

1 pack rm14
2 pack rm26
3 pack rm36
4 pack rm44
5 pack rm50

belum termasuk harga penghantaran
mama guna pos laju..

Subhanallah : Janin yang berusia 15 minggu mampu hidup di dunia

KUASA ALLAH
Siapa yang dapat menyangkal kekuasaan Allah S.W.T.Bila Dia berkehendak, maka jadilah ia..Kun fa ya kun...

Janin yang berusia 15 minggu mampu hidup di luar rahim ibunya sehingga menjadi bayi yang sempurna..Subhanallah...

Hanover, Jerman - Gambar yang uolls lihat ni adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja berusia 15 minggu..kecilkan..Hanya sekecil dan semerah itu, dan berat cuma 10.5 ounce, janin ini diberi nama Kimberly Mueller..Kalau uolss mesti nak harap anak uolss hidup seperti bayi yang lainkan...so harapan ayah dan ibunya ketika itu macamana ye?tabahkan diorang..

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus lumus menyelamatkannya..Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah "Kimberly,you can do it baby"...

Harapan bayi itu cuma 1:1000..Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi itu terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah..





Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi.. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya..Begitulah kekuasaan Allah bukan..

Indahnya...........




Doorgift mashmallow




Masih tercari-cari lagi nak buat apa untuk doorgift
sebarang event: besday party,kenduri kahwin,nak bagi hadiah kat seseorang dll

sy menerima tempahan

1- YANG PALING PENTING IA MENDAPAT SIJIL HALAL JAKIM

No Siri sijil Halal JAKIM: 019522

Tarikh sijil halal JAKIM yg diperbaharui : 16 Januari 2011 - 15 Januari 2013

Tarikh awal pengluaran sijil Halal : 16 Julai 2009 :)


2- Pelbagai Pilihan Perisa Yang Tersedia ( 10 perisa kesemuanya) termasuk yang berinti dan plain.

3- Harga yang AMAT BERPATUTAN berbanding marshmallow yang dijual dipasaraya (yang belum kita pasti status kehalalannya) .

Ingredients : sugar, corn Syrup, Purified water, Dextrose, Certified Halal Beef Gelatine, Corn Stach, Fruit Pectin, Citric Acid, Permitted Food flavour and colour ...

READY STOCK !!!!

1. FLOWER MALLOW
2. TWIST MALLOW
3.JAMFILLED CHOCOLATE MALLOW
4.WHITE AND PINK PLAIN MALLOW
6. MANGO FLAVOUR MALLOW
7.GUMMY COMBO(GRAPE AND ORANGE) MALLOW

UNTUK TEMPAHAN DOORGIFT HARGA DAN PACKAGING BOLEH DIRUNDING

emel: djindhouz@yahoo.com

untuk penghantaran sekitar pasir gudang boleh..min 500 pack ke atas

pos diluar pasir gudang menggunakan pos laju

HALAL MASHMALLOW PERTAMA YANG DIIKTIRAF JAKIM


PLAIN WHITE AND PINK MALLOW


FLOWER MALLLOW


CHOCOLATE MALLOW



MANGO MALLOW



GUMMY MALLOW(EPAL/OREN/ANGGUR)


TWIST MALLOW


HALAL MASHMALLOW BOLEH DIMAKAN UNTUK KUDAP-KUDAPAN,SEBARANG MAJLIS UNTUK DIBUAT DOORGIFT/HAMPER/HADIAH/HARIJADI/HIASAN CUPCAKE DAN SEBAGAINYA

HARGA 100G RM5.50
1KG RM45
3KG RM43/KG

UNTUK ORDER EMEL
djindhouz@yahoo.com
serious buyer only

UNTUK DOORGIFT HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT BUDGET ANDA..
tempahan mestilah dibuat sebelum 3 mggu dari tarikh majlis
promotion cheese powder ye dari 21/11/11-30/11/11..stock yg sy promotekn hanya terhad dlm 15kg sahaja
Sapa cepat order dan bank in dye dapat..

STILL ADA DALAM BENTUK COMBO GAK
ni CHEESE POWDER (RASA SAMA MCM KFC) yg ada SIJIL HALAL JAKIM tau..bukan yg NACHOS PRODUCT ..TIRUAN dan HARGA DIA AGAK MURAH.RASA DIA PUN BERBEZA..

Combo A (rm37,+rm3 sbh srwk)
3 pack cheese (600g)

Combo B (rm48,+rm3 sbh srwk)
4 pack cheese (800g)

Combo C (rm60,+rm3 sbh srwk)
5 pack cheese (1000g)

Combo D (rm115,+rm5 sbh srwk)
10 pack cheese (2000g)

All combo included postage

<3 LUV CHEESE <3 SAY CHEESE<3

HOW TO ORDER:-
EMEL me nk combo mana ye
Nama,alamat,no hf
Lepas tu sy akn bg no akaun untuk anda bank in duit

Nak cari agen cheese powder

salam uols...
mulai tahun depan...cheese powder akan dipack dalam bentuk sachet 3 in 1 (30gm)
so untuk berkerjasama dengan pihak pembekal..mereka telah menetapkan setiap minggu saya kena ambil minimum 100kg/week cheese...so saya nak cari min 5 org tu "BERKERJASAMA " dengan saya ambil setiap 2 minggu cheese sebanyak min 30kg..(sebulan 2 kali)..harga yang akan saya beri sama dengan harga yang saya dapat sekarang....

berminat sila emel saya
djindhouz@yahoo.com




CHEESE COMBO SET

MEH...RAPAT...RAPAT..PAKAT..PAKAT...BELI INI CHEESE POWDER...SANGAT SEDAP DAN MELAZATKAN..GERENTI SEDAP DAN SAMA RASA MACAM CHEESE DEKATKFC..TAK PERCAYA....????????TRYLAH BELI..SANGAT MURAH DAN BERPATUTAN...

BOLEH MAKAN DENGAN APA SAHAJA YANG UOLS NAK...BURGER,KEROPOK,KENTANG,CHICKEN BALL,NUGGET,AYAM GORENG,MACARONI,LASAGNA,DAN SEBAGAINYA...

MUDAH JE...CUMA BANCUH DENGAN AIR SUAM..KACAU DAN DAH BOLEH MAKAN....SESUAI MAKAN WAKTU PAGI,TENGAHARI,PETANG DAN MALAM..UNTUK FAMILY,KERAMAIAN,JAMUAN DAN SEBAGAINYA...

KAT CNI PON ADA JUAL ALA2 COMBO SET MACAM KAT KFC GAK

COMBO A (RM26)
2 PACK (400G) + FREE POSTAGE

COMBO B (RM36)
3 PACKS (600G) + FREE POSTAGE

COMBO C (RM45)
4 PACK (800G) + FREE POSTAGE

COMBO D (RM64)
5 PACK (1000G) + FREE 1 PACK (200G) + FREE POSTAGE

KALAU YANG DUDUK SABAH SARAWAK KENALAH TAMBAH RM3 JE LG..

MACAMANA NAK ORDER?
JUST EMEL JE: djindhouz@yahoo.com
PASTU BAGITAU NAK COMBO MANA
TGGLKAN NAMA,ALAMAT DAN NO HF..
SENANGKAN
JOM APA LAGI...MEH BELI

LUV CHEESE SAY CHEESE








KTM OH KTM....KENAPA?


huhuhu....sedihnya bila kita pos barang dekat customer,tapi barang tak sampai kat customer kita....tu lah berlaku kat mama..bukan barang tu sikit dan murah...barang yang bernilai rm200++..banyak tu...mama pos guna KTM sabtu lepas...tapi sampai sekarang barang tu xjumpa lagi...macamana lah pakcik2 KTM buat kerja sampai barang hilang pun xsedar..bukan xde tracking no...hari ni je dah masuk 5 hari...selalu kalau pos barang guna KTM 1 hari dah sampai kat customer...bukan mama tak nak guna perkhidmatan lain..faktor MAHAL..sebab barng yang mama pos ni berat...5kg...guna KTM MURAH DAN CEPAT SAMPAI...nak salahkan sapa pun tak tau...KTM JB,OR KTM KL OR KTM IPOH..sebab barnag yang mama nak pos ni tu ipoh..from jb transit kat kl dan terus ke ipoh....aishhh....pening kepala mama....

KTM OH KTM......................what happen..........

Pokok beracun..sila alert!!


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan... anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

SUMBER: http://www.liyanaa.com/

Spring potato homemade

Sapa pernah makan spring potato yang banyak jual kat shopping complex or kat tepi2 jalan tu....sedapkan...kalau dulu orang jual harga dia dalam rm2.50 yang kecil dan rm3 yang besar..tapi sekarang ni yang kecil orang dah jual rm3 1 biji tu..pas tu serbuk perasa ada yang bbq,spicy,sweet sour dan cheese...

sekarang ni tekak mama ni nak lak makan spring potato tu..nak beli selalu mahal kan...so mama buatlah sendiri kat rumah..senang je buat dia...tapi bukan springlah..nak beli mesin tu tuk jadikan potato tu spring satu keje pulak..so potato tu mama potong bulat2.tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal...pastu mama bancuh tepung gandum,letak garam sikit,serbuk penaik dan kacau dengan air..jangan terlalu cair...pastu celup je potato tu dengan tepung yang dibancuh tu..goreng sampai kekuningan...kemudian..mama taburkan dengan cheese powder...nak beli mama ada jual...lagi2 sekarang ni tengah promotion sampai minggu ni...mama jual

2 pack rm26
3 pack rm36
5 pack rm55
tak termasuk postage
setiap pack 200g
ada halal jakim..jangan tertipu ada yang jual dengan harga yang murah...sebab ada yang tak halal..

bolehlah mencuba..sebiji rasa macam spring potato yang jual tu..rangup lagi....hb pun suka...tak percaya..cubalah dulu.
kalau nak beli boleh emel mama djindhouz@yahoo.com

ni gambar dye..sory tak berapa nak cantik..tak sempat nak mekap.anak mama ni dah merengek nak makan bila mama pegang benda ni....so sekali je mama sempat snap2...

yang gambar kat bawah tu..mama makan dengan nasi...plus ayam bakar..nyum2...selamat mencuba dan menjamu selera..



p/s: kalau buat untuk anak2..tentu anak2 suka...tak rugi..potato kan mengenyangkan....boleh buat untuk sarapan pagi,minum petang dan boleh dimakan dengan nasi....jimat buat sendiri...

ekspo mom & baby 2011-danga city mall,jb

first time ni mama pergi ekspo mom & baby..mama best je rasa semalam...selalu kat kl je..ni dah ada kat johor bharu..so mama pon ajaklah hb pergi sana walaupun weekend tu hb kena kerja..sian gak kat dye sebab penat...tapi bila dah kehendak hati kata nak juga..hehe..mama pun pujuklah hb ajak pergi ke sana...

Dalam pukul 5 ptg tu mama pun sampai lah ke danga city mall..fuh..ramainyer orang walaupun dah last day..kononnyer cakap gan hb xnak beli pape.saja je nak tengok ekspo ni sebab tak pernah pergi...nak rasa pengalaman macamana kat sana...yeye je cakap macam tu...

fuh...masuk2 je kat ruang ekspo tu...mama dah beli macam2..hahaha....banyak gak lah duit abis..semuanyer untuk taqif....bukan apa..barang2 yang dijual semua murah2...kalah sale kat shopping complex tu....mama pe lagi...angkat ler..tukang bayarnyer papa taqiflah...hehehe

pastu leka punya round dalam tu sampai pukul 7 ptg..so mama gan hb pakat pergi makan dulu..lapar..2 jam dalam tu...pastu kami pergi solat...around kol 8 tu kami pergi ke ekspo pulak..dah alang2kn pukul 8..kebetulan ada lucky draw..so tunggu lah ..mana tau untung dapat hadiah...hehe...ni pun baru 1st time kami tunggu sebarang ekspo untuk lucky draw....

rasa2 dapat ke tak ye...jeng jeng jeng...Alhamdulillah...nama hb naik...xsia2 mama paksa hb pergi daftar juga kat kaunter tuk dapatkan gift...sapa xsuka giftkan...xbaget pun tuk lucky draw...nama mama gak xnaik2..huhu...

tahniah tu hb...sebab menang hamper...yang lain juga...terutama yang menang dapat duit,stroller dan tv plasma..best tu...

ni sedikit gambar masa mama katg sana..




KALAULAH BINATANG PUN ADA FACEBOOK

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…


CICAK : isteriku tersepit pintu!


KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa..


NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa


KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!


BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension..!!

TRAGEDI RESTOREN CILI MERAH,SEC 9,SHAH ALAM

salam mummies

sapa pernah makan dekat cili merah,section 9 shah alam..angkat tangan........huhuhu....mama jalan2 ke 1 blog ni...sian mama tengok anak dia kena tomyam panas...melecur kena kulit..siannyer..baru 7bln baby ni..tuhan je yang tau bertapa sakitnyer apa yang dye rasa...mama terbayang2 anak mama kalaulah kena macam tu..tak sanggup mama...sedih sangat...korang bacalah kat page ni.....

yang mama sakit hatinyer bila owner kedai tu tak bertanggungjawab....tu lah orang melayu.......aduhai............

TOPI BARU TAQIF

hehe....time mama nak bungkus barang tuk pos ke customer..time tulah dia nak kacau mama buat keje...suka sangat main plastik atau kertas...so mama ambil 1 plastik yang dah tak boleh digunakan lagi buat topi tuk dia...tengoklah aksi anak mama ni...geram mama dibuatnya.....sampai sekarang..kalau mama bungkus je barang..mesti dia sibuk nak tolong mama..dapat pegang 1 pon jadilah...





macaroni baked with cheese powder recipes

nilah menu malam tadi...petang tu hb kata dia dah kenyang makan kat open house.tak nak makan malam dah...dalam hati kata yeke.boleh caya ke.....tapi percayakan jelah..dah hbkan...tapi before maghrib tu duk cerita office mate dia ajar buat makannan nilah...kredit tuk fain. next time ajar lagi ye kat apis...so mama pon dengar jelah hb cerita...last ayat hb..yang..buat yang...sedap yang......

so tak nak mengecewakan hati hb,mama pun buatlah...sebab hb kata buat dia senangkan.lagi pun bahan semua ada..pas sembahyang maghrib,mama pon masuklah dapur buat makanan ni..memang senang pun..lepas isyak dah boleh makan...

sembahyang isyak..lepas tu terus ngap...nyummy....

resepi:
untuk 2 orang makan

macaroni tu direbus sampai kembang
sup campbells(mama guna perasa ayam) guna separuh tin,masak sampai mendidih

inti
ayam potong dadu
kentang potong dadu
bawang merah potong dadu(kecil)
bawang putih potong dadu(kecil)
lada hitam
sos tiram
daun basil
daun oregano

tumis bawang dan masukkan ayam,kentang.masak sampai empuk
last letak lada,daun basil dan oregano..

campurkan kesemua bahan
macaroni,sup campbells dan inti tadi dan gaul
jadi macam ni

letak layer by layer bahan yang kat atas ni dengan serbuk cheese ke dalam loyang atau bekas...mama tabur je serbuk cheese ni..lagi bagus kalau di bancuh dulu dengan air serbuk ni...lagi sedap...



ni serbuk cheese yang mama guna...bancuh dulu dengan air suam..


ni dalam paket..mama ada jual..klau ada yang nak beli...murah je...rm15/200g sepaket...
kalau beli lebih dari 1 mama bagi rm14/paket..kalau nak boleh emel mama djindhouz@yahoo.com




ni dah siap buat layer by layer sebelum dibakar ke dalam oven dengan suhu 180 selama 10 minit




selepas dibakar...


selamat mencuba.......:)

KELUARGA SAYA

nilah keluarga kecil mama raya tahun 2011 ni..mama,papa dan taqif..seronok raya tahun ni..kiranya lengkaplah..kami dah bertiga..yang paling seronok papa sebab dapat belikan taqif baju melayu..tak sabar nak tengok taqif pakai baju melayu..so cute...mama puji pula anak mama...masa ambil gambar ni..Alhamdulillah dia tak meragam..so tengoklah hasilnya...kemain lagi tengok kamera..mama gan papa suka gambar ni...hope tahun depan kami berempat pulak...taqif with adik dia..


kat bawah ni gambar keluarga mama..lengkap semuanya..tahun ni kami semua beraya dirumah mak dan ayah...tahun depan semua ikut beraya belah keluarga mentua pula....huhu..taqif tidur pula..tu mama tengah dukung dia...time ni dia dah gantuk sangat..yela..pukul 6 pagi dah bangun..seronok nak beraya kot..tau ke dia raya tu apa?hehe....



Adakah Kita Sedang ‘Share’ Dosa Bersama-sama?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ini mama akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan ini gambar anda.

Kemudian, anda letak di Facebook.

Ada 134 orang yang Like. Ehh, tu belum termasuk yang tengok gambar tu tapi tak tekan Like, sekadar tengok je. Katakanlah jumlah orang yang tengok tu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Okay. Mari kita mulakan kiraan.

Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita tu ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita. Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.

Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,

100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) ——— (A)

Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh tengok termasuk mereka yang bukan friends. Gambar kita comel, tertarik dan menarik pula. Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa ——– (B)

(A) + (B) = 30 000 300 —— (C)

Baiklah. Mari kita teruskan.

Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kepada kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.) Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.

Ultraman Taro: 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon Suka Dorayaki: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire Hisap Darah: 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends

Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)

Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta —— (D)

Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar. Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.

Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta

Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan. Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah (baca: belum bernikah) masing-masing. Perghh..tu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di’share‘ oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu. Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.

Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akau media sosial kita yang lain – Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.

Serabut? Pening?

Tak perlu susah-susah nak kira lah kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?

  • Cik wanita, its time to wake up!
  • Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di FB.
  • Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
  • Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
  • 523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
  • Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.

Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Selamat men’delete‘ gambar.

sumber: wanwma

kISAH SEDIH.......KISAH BENAR...

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan