"Abang betul-betul nak tinggalkan Ain? Abang tak kesiankan Ain," tanyanya sayu dan sebak. Azlan hanya tersenyum. Teringat sejenak bagaimana Ain sengaja singgah di tempat kerjanya untuk menayangkan kekasih barunya setelah dibawa lelaki itu berjumpa dengan keluarganya.
"Abang nak cari pengalaman di tempat orang. Ain kan dah ada dia. Tak elok kalau dia tahu Ain jumpa abang macam ni. Nanti dia pikir abang nak larikan kekasih dia pula. Cukuplah ayah Ain kata abang macam-macam," Azlan cuba bergurau menahan gelora di jiwanya.
"Tapi, Ain sayangkan abang," rayunya lagi.
"Ain, abang selalu pesan pada Ain. Walau apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan. Abang tak mau Ain bersedih macam ni,” pujuk Azlan.
"Ain minta maaf. Ain tak bermaksud nak bertindak macam tu. Ain tahu Ain tipu diri Ain dan abang tapi Ain keliru," luahnya.
Berkerut dahi Azlan mendengar kata-kata Ain.
"Apa maksud Ain? Abang tak faham."
"Ain minta maaf. Ain tak berniat nak lukakan hati abang. Ain keliru. Sebenarnya Ain cuma nak mainkan perasaan abang. Ain nak tengok sejauh mana kesungguhan abang pada Ain. Tapi, Ain tak sangka abang betul-betul turutkan kehendak Ain. Sudahnya Ain yang merana," jelasnya. Azlan mengeluh perlahan. Kesal.
"Abang faham keadaan Ain cuma abang tak sangka Ain bertindak sampai begitu sekali. Abang maafkan Ain tapi abang tak mampu nak buat apa lagi. Esok abang akan berangkat. Apa yang abang nak, Ain ingat pesan abang. Belaja bersungguh-sungguh. Walau apa pun yang ayah Ain lakukan, jangan sekali-kali lukakan hati dia. Macamana teruk pun dia, dia tetap ayah kandung Ain. Wali yang sah. Abang akan doakan semoga Ain panjang umur dan bahagia di samping dia," pesan Azlan tenang walaupun hatinya bagaikan dipagut dengan parang.
"Ain akan tunggu abang balik," janjinya.
"Jangan, Ain. Jangan rosakkan masa depan Ain sebab nak tunggu abang. Abang sendiri tak pasti selama mana abang akan duduk di sana. Kita masing-masing ada tanggungjawab pada keluarga. Tunaikan kewajipan Ain sebagai anak. InsyaAllah kalau ada jodoh kita jumpa lagi tapi abang nak Ain jangan terlalu mengharap. Kelak, ada di antara kita yang akan merana."
Ain menundukkan kepalanya. Azlan tahu Ain menangis tapi lebih baik melukai hati Ain sekarang dari beberapa tahun yang belum pasti.
"Ain doakan abang selamat pergi dan selamat kembali," ucapnya lalu meninggalkan Azlan sedirian di taman perumahan mereka. Itulah kali terakhir dia menemui Ain. Selepas itu, dia berangkat ke Itali dengan diiringi doa dan restu keluarga tercinta.
bersambung.........
No comments:
Post a Comment