Azlan tahu Abah bukan tidak mahu mempertahankannya cuma Abah malas nak melayan karenah lelaki itu.
"Kau jangan kurang ajar dengan aku. Bapa kau tak ajar ke macamana nak hormat dengan orang tua. Kenapa kau tak jawap apa aku tanya?" sergah orang tua itu. Bulat matanya merenung Azlan.
"Tadi pakcik juga yang cakap jangan cakap masa pakcik tengah cakap. Bila saya diam, pakcik marah pula. Saya memang tak hormatkan pakcik sebab pakcik sendiri memang tak pandai nak hormatkan orang.
Datang menyerang rumah orang pukul dua belas malam, elok sangat ke?" balas Azlan lembut. Dia tahu api jika di simbah dengan minyak akan semakin bersemarak amarahnya.
Pakcik Taza kembali duduk. Tahu pula letih berdiri lama sangat, bisik Azlan di dalam hati. Dibiarkan saja orang tua itu membebel sendiri. Setelah puas meluahkan ketidakpuasan di hatinya, dia balik tanpa disuruh seperti mana dia datang tanpa diminta.
"Abah masuk tidur dulu," akhirnya Abah bersuara.
Azlan hanya merenungi wajah tenang Abah masuk ke biliknya. Azlan bersandar di kerusi. Hampir dua tahun perkenalannya dengan gadis bernama Ain Syuhada itu. Entah apa yang silapnya, ayah Ain seorang saja yang membantah perhubungan mereka. Ada saja yang tidak kena. Ini bukan kali pertama dia diserang oleh ayah Ain. Tidak kira siang dan malam.
Ugutan demi ugutan telah diterimanya. Namun, kerana kejujuran dan keikhlasan mereka masih meneruskan perhubungan dengan restu ibu Ain yang memahami keadaan mereka.
"Kau ada harta ke nak kahwin dengan anak aku? Kau ada rumah? Ada kereta? Boleh ke anak aku hidup senang kahwin dengan kau nanti?" kata-kata itu berbekas di hatinya sepanjang perhubungan mereka.
Tapi, Azlan tahu Ain bukan begitu. Ain tidak pernah meminta-minta sepanjang mereka berkawan.
Barangkali kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Abah berhasrat untuk berpindah ke rumah kakak. Abah malu apabila orang tua itu menyerang mereka sekeluarga. Jiran-jiran ramai yang memasang telinga.
Tapi, sebenarnya mereka mengambil sikap bersiap sedia. Mereka almaklum dengan sikap panas baran ayah Ain.
bersambung.................
No comments:
Post a Comment