Showing posts with label Cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita lawak. Show all posts

Before and After

Its only a joke


Before the marriage:


He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: NO! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course!

She: Have you ever cheated on me?

He: NO! Why you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Yes!

She: Will you hit me?

He: No way! I'm not such kind of person!

She: Can I trust you?

Now after the marriage you can read it from bottom to the top !!!!

Cerita lawak 9

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.

Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".

Wak pun setuju.

Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.

Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.

Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."

Cerita lawak 8

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata "Nanti dulu".

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.

Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya :

"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"

"Bila dia menangis".

"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"

"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi

Cerita lawak 7

Sarip, samseng Kg. Dusun

Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg.Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan,member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.

Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa.Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.

Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu,bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu.Paham? Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi. Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan...."

Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat.

"Nanti, nanti....... En.Sarip", kata tauke warung. "Maaf jika saya bertanya.......apa telah terjadi di kampung Mawar?"

" Tak ada ape", kata Sarip. "Aku kena balik jalan kaki."

Cerita Lawak 6

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali. Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu. Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

Cerita Lawak 4

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.

Doktor berkata kepadanya...

"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."

Lelaki menjawab...

"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

Cerita Lawak 3

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Cerita Lawak 2

Pak Pandir Dan Polis

Pak Pandir: Selamat pagi tuan.

Polis: Selamat pagi.

Polis: Apa hal.

Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.

Polis: Fasal apa tu.

Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.

Polis: Pukul berapa.

Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.

Polis: Habis?

Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan