Senarai peserta croydon baby boy

Senarai peserta GA croydon baby boy dah keluar..

kawan2 boleh lah tgk kat SINI

Nie nama mama..yang ke 140

hope dapatlah menangkan..hehehe





Cinta Hati 1st Giveaway



Mama nak join cinta Hati 1st giveaway

kalau cerita pasal cinta hati mama..
tentulah my husbandkan...mohd hafiz farhan..
Nie kat bawah gambar kawen kami...
lagi sebulan nak 1st anniversary..
walaupun dah setahun..mama tetap cinta sayang kasih padanya..
Thanks Allah..I'm happy...


Oh ye..kalau kawan2 nak join boleh klik kat SINI

mama tag

Tarikh tutup:31 januari 2011


Merawat bayi sembelit

Petua :

Untuk merawat bayi yang susah membuang air besar, campurkan sedikit garam ke dalam air. Sapukan air tersebut di ari-ari bayi. Insya-Allah, bayi tidak lagi sukar untuk membuang air besar.

Sumber: Pa & Ma(kena beli majalah nie kalau nak baca)

Antara Makanan dan minuman yang membantu pertambahan susu badan

Antara Makanan yang boleh membantu pertambahan susu badan

-water chestnut/sengkuang cina
-halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
-laici/longan
-daikon/lobak putih
-sawi/kailan/bayam
-tenggiri
-peria/pegaga-jus atau ulam segar
-jantung pisang
-soy based product
-carrot
-Madu lebah asli
-pucuk manis/asin-asin
-kurma
-kucai +tauhu+tougeh
-petola
-kentang rebus
-roti
-biskut marrie
-daun turi
-ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
-kacang buncis
-cheese/planta

Minuman:
-air masak
-susu
-soya
-nestum/oat
-horlick/milo
-jus buahan
-buahan betik/honeydwe
-rebusan buah pala
-spirulina
-rebusan air halba

Supplement yg perlu ambik:
-omega 3
-obimin
-kalsium
-vitamin c

Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Masa pengepaman:
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau bg baby isap boleh membanyakkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast akan produce susu baru....istilah yang selalu guna mcm 'buang sampah...sampah dah penuh, buang dlm tong sampah...pastu ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu.. bila dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru.
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
6) jgn minum teh/nescafe.... mkn supplement jgn tinggal


Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)


Cara-cara Lain

1) baca surah Al Baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast pakai sikat mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) Pastikan suami sentiasa menyokong dan membantu
12) Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
13) Minum air secukupnya
14) doa
15) tawakkal

Meh join contest mama housewife

Alhamdulillah..contest yang mama anjurkan mendapat sambutan walaupun masih baru lagi...tapi tak sampai 50 orang lagi.target mama lebih ramai lagi..sebab lagi ramai penyertaan..mana tau leh bagi hadiah lebih...so mama harap kawan2 dapatlah join contest nie dan ajak member2 lain masuk sama...cepat2 sebelum tarikh tutup..

Antara Sebab2 Bahaya Air Kepada Bayi


Masa bersalinkan taqif hari tu adalah hb ambil aktikel pasal kebaikan dan keburukan susu ibu dan air kosong untuk baby..so ni mama nak kongsi kat kawan2 pasal aktikel nie.

Bahaya Air Kepada Bayi Anda

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintfik membuktikan keburukannya..

Amalan ni telah dipraktikkan sejak turun termurun di merata pelusuk dunia. Di malaysia je,ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

so jangan sesekali bagi baby korang minum air kosong lagi2 6 bulan pertama..bagi susu ibu je pun dah cukup.Kalau nak tau,sebenarnya tanpa kita menyedarinya dengan kita memberi air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi...

1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air,bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengadungi sebarang khasiat. disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari kanada, Anne kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga memyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengamcam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air san puting yang tidak bersih.
Air akan mengakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'oral water intoxication'.


So........jika korang fikir baby korang haus, panas,sembelit......berikan saja baby korang susu ibu sekerapnya..

Disediakan oleh:

PUSAT LAKTASI KEBANGSAAN HOSPITAL SELAYANG

Sumber:

INSTITUT KESIHATAN UMUM,KKM (Di bawah Kajian Pemakanan Bayi 2005)


Contest baby muka blurrr




Kawan2 nak join boleh klik kat SINI

mama antar gambar nie


Muhammad Taqif Thariq
11 November 2010
Norliyana Diabu
AYAT POWER: "Apa benda pusing2 kat atas nie,sejuk lak tu.canggihnya..dahlah tgh panas nie..(tgh tgk kipas siling)"

Taqif Pergi Klinik Kesihatan hari ni


Taqif hari nie kena cucuk 2 bulan...anak mama kuat...tak nangis pun kena cucuk..tidur jer..bagus..kredit tuk anak mama...KK bagi ubat demam.takut dia demam sebab nurse kata cucuk 2 bulan baby akan demam...tadi sampai umah terus bagi ubat demam.6 jam kemudian bagi lagi.then kalau tak demam tak payah bagi lagi..tadi bagi ubat pun dia tak suka..mana taknya ubat tu tak sedap.pahit.sian kat taqif nangis.banyak yang keluar dari masuk mulut..hope anak mama sihat tak kena demam...minum susu mama banyak2 yer..ubat paling mujarab....

berat baby naik 5.5 kg dah...alhamdulillah.taqif sihat...masa timbang pon buka baju dia sengih2 je..anak mama memang cool....cayalah...

Croydon baby boy giveaway


mama nak join give away nie..
kawan2 mama pun boleh join..cuma kena klik kat SINI

Nie gambar anak mama


Muhammad Taqif Thariq
2 Bulan

mama nak taq: ida murni dengan fain

p/s:meh r join contest saya pulak....

Facebook nak tutup 15 march 2011?

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”


The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH KLIK

DI SINI

Contest Si Cilik & Stroller

Saya nak join contest nie..SI CILIK & STROLLER
Kepada kawan2 yang nak join boleh klik dekat SINI
Nie gambar Taqif dengan stroller dia,Comel tak kawan2?hehehe..Hope kali nie Taqif menang..1st time join nie..


Muhammad Taqif Thariq
2 Bulan

Sekarang Taqif dah pandai..........


Sekarang nie taqif dah pandai ngering sendiri,pastu kalau tidur menyiarap,dia dah pandai kalih kepala sendiri..comel jer...pandai lak tu..angkat kepala sendiri,then pusing kepala dari kanan ke kiri,kiri ke kanan...

dia semakin kuat nak bermain,kuat senyum dan nak bercakap gan mama papa dia..

Malam pun alhamdulillah dah tak macam dulu,berjaga malam..bangun nak susu je dalam 2 kali..tapi malam tidur mesti pukul 10 ke atas baru nak tidur....


1st Time bawak Taqif jalan2

Hari sabtu lepas mama dengan hb keluarlah pergi jalan2 bawak sekecik nie.saja biar dia tengok dunia luar.bawak pergi jusco.itu paling bagus pergi sebab ada baby room.senang nak menyusukan dia,tukar pampers, baju dan sebagainya...masa mula2 sampai tu,dia agak jakun gak lah sebab lain daripada yang lainkan.selalu dekat rumah,sunyi jer.yang ada bunyi biasa2.kereta,moto,tv dan suara orang.kali nie macam2 bunyi dia dengan..agak2 kalau dia boleh bercakap mesti dia kata "bisinglah mama papa...taqif nak tidur nie"..

Kesian dia tak dapat tidur dengan lena seperti mana di rumah..pendek kata siang tu dia tak tidurlah...sebab malam tu dia tidur dengan lenanya tak seperti malam2 biasa dia akan bangun sebab nak susu.nie susu pun dia tak mintak.kita yang kejut dia paksa bangun minum susu..tu pun dia menyusu dalam keadaan yang amat mengantuk...

Tapi mama gan hb puas hati bawak taqif jalan2...sebab ada hadiah untuk taqif,kami belikan dia stroller...walaupun mama dengan papa tak beli pape untuk diri sendiri..yela seronok tengok orang lain shopping masa new year kat jusco..dah lah ader diskaun..+ lagi 10% diskaun...untuknyer lah....tak sempat nak belek barang tuk diri sendiri,sebab masa sepenuhnya tumpuan kat anak bujang...tahun depan new year lah kami shopping,masa tu taqif dah setahun.......:)


Taqif sakit sebab mama....=(

Semalam dan kemarin Taqif kembung perut sebab mama dia makan claypot..maybe sebab kuah claypot tu lada hitam.so baby tak tahan.mama dia tak sakit,baby yang sakit perut sebab dia menyusu badan.Yelah lada hitam kan panas...

Sebab kedua maybe tahap kebersihan kat situ,sebab papa dia pun sakit perut..mungkin kebersihan kat foodcourt tu tahap tak memuaskan..jusco mana..di rahsiakan.buruk nama jusco tu nanti pulak..lepas nie sapa yang kerja kat jusco tu pesan2 lah kat manager kat situ supaya kebersihan diutamakan...

so bila taqif dah sakit,mama pun jadi pening,yelah..taknak tidur,taknak susu,taknak letak,dukung pun serba tak kena..nangis je...kesian tengok dia..mama bagi dia minum gripe water..Alhamdulillah hari nie dia ok dah..kembali ke asal......

Hari kedua Taqif selepas keluar Hospital


Taqif baru sudah mandi..hari yang ke 2 selepas keluar dari hospital sebelum masuk NICU

Suka...sebab dah wangi..

Tengah tengok makcik2...wow...sume girl..takde yang boy..makcik2 xcited tengok taqif..


tidur sudah...penat......

Taqif masuk NICU

Teringat masa taqif masuk NICU masa dalam pantang hari tu..masa tu baru je keluar dari hospital..Sapa tak seronok lepas bersalin dapat balik rumah..berpantang di rumah lagi selesa dari duduk di hospitalkan..dengan keadaan kat hospital tu sejuk...kita tak selesa,baby lagilah...

Tapi keseronokkan tu tak lama,esoknya masuk hospital balik..Pagi sebelum masuk hospital tu,taqif menangis macam kena something yang menyakitakan..tapi memang sakit pun..yela..kita tengok pun takut..bila dia kencing keluar darah..dia punya tut..pedih..kita sebagai mama pun cuakkan..pergilah klinik ibu dan anak..ingat doktor kat situ teror leh bagi solution..tapi doktor kat situ tak macam doktor..takut nak buat something,jalan penyelesaian terpaksa juga pergi general hospital..pergilah berkejar ke sana terus ke wad kecemasan..

Masuklah wad 3 hari 2 malam..macam menginap kat hotelkan kalau pergi jalan2..hehehe...kena tahan sebab pertama,kencing berdarah..then doktor cek,dia ada kuning juga.tapi sikit jer..dalam 255...

tapi masa masuk wad NICU tu sejuk tak ingat...suhu 20'c..kalau tengah dalam pantang tu,terasalah lagi sejuk..malam tidur pun sampai pakai baju 3 lapis..selimut pun 3 lapis.baby pun selimut 3 lapis..

kesian kat taqif lagi masa nie..







Gambar Anak Mama



Hari pertama:Gambar selepas di bersihkan oleh nurse selepas bersalin...

t saya entry lg yer gambar lagi


Pemenang Contest teka berat baby

Alhamdulillah...Akhirnya saya dapat cari pemenang bagi teka berat baby...Secara peribadinya pemenang yang teka tepat memang takde..tapi kita ada yang hampir tepat..Berat anak saya 3.34 kg..dan pemenang yang teka hampir tepat tu meneka 3.35kg..beza cuma 0.01kg...Tahniah kepada mamawanie..

Hadiah akan saya pos...mamawanie sila PM saya untuk diberi alamat...Tahniah sekali lagi...Diharap lepas ni boleh lagi saya buat contest..dan terima kasih kepada yg menyertainya...

Merdeka untuk saya

Akhirnya......26 disember 2010...tamatlah sudah tempoh pantang selama 44 hari....MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA.....

dan akhirnya balik juga saya ke johor semula bersama suami dan anak...dulu berdua..kini bertiga...:)

banyaklah perubahan bila dah bertiga nie...aktiviti pon dah makin kurang..hari nie baru dapat tengok blog..dah lama tak update blog..

aktiviti setiap hari

5 am: bangun masak untuk sarapan dan makanan tengahar terus..taklah kelam kabut nanti nak uruskan baby bila dah tinggal berdua jer bila hb pergi kerja..sebelum masak tu,kena menyusukan baby..yelah..tak nak tengah2 masak,dia bangun lak sebab lapar..

6 am: siap2 sembahyang,mandi,makan,basuh baju

7:30 am: babay bangun dan bermulalah dia ajak main bersama sampai pukul 9:30 or 10 am..then mandikan dia

then...pukul 11 am macam tu lah dia akan tidur sampai pukul 4 pm..

bangun ..main2 dengan dia..

pukul 8 pm dia akan tidur dan pukul 12 am dia akan bangun..pukul 2 pagi dia tidur..dan seterusnya...
nak cerita detail..maklumlah baby..kita mana boleh nak set time dia...






Taqif lagi...

salam....hari ni anak mama dah 20 hari..nurse datang rumah cek baby dengan maknya..Alhamdulillah..kedua2nya sihat walafiat....Taqif baru 20 hari berat dah naik 4.1kg...bagus2..cepat ye anak mama besar..nanti leh tolong mama pula...

contest yang mama buat teka berat baby tu,mama tak tengok lagi sapa pemenang dia..rasa2 ada tak yang teka tepat..hadiah mama dah sediakan..nanti mama upload gambar hadiah ye..rasa2 tahun depan baru mama bagi hadiah ni..mama berpantang kat rumah mak..So agak terbatas sikit untuk berblogging macam biasa..InsyaAllah paling lewat pun bulan 1 mama akan tunaikan janji mama tu..

Berat anak mama,Taqif masa di lahirkan 3.34kg..rasa2 ada tak pemenangnya..sapa2 yang teka tepat atau agak dekat2 bagitau mama ye..leh cepat sikit mama semak
...apa yang penting...kerjasama...hehehe

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan