Ramadhan........Pemergianmu ditangisi.......

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan

1. Menghidupkan malam-malam tersebut dengan beribadah

2. Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

3. Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: " Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

5. Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ' Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

6. Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya." Biasanya nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.

7. Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

8. Memperbanyakkan sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah:

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.

3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.

Hikmah disembunyikan Lailatul Qadar

1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

2.Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehinya.

Adab Mengakhiri Ramadhan dan Menyambut Eidul Fitri

1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmatNya dengan bertahmid dan berzikir.

3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.

4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat fitrah).

5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat Eidul Fitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

7. Menziarahi kubur dan memohin keampunan untuk ahli-ahlinya.

8. Kunjung-mengunjungi san ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.

Post a Comment

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan

2 bulan