Perkembangan Bayi Bagi Trimester Kedua


Pada perkembangan bayi bagi trimester kedua ianya berlaku pada minggu 14-28.

Masuk minggu ke-14, pada masa ini bayi kan mula belajar menghembus dan menarik nafas. Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya.Kulitnya kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan berada dalam keadaan yang selesa dan makan lebih banyak makanan yang berserat seperti sayuran dan buah-buahan.

Minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. Jadi ibu harus memperbanyakkan senaman ringkas atau juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menjadikan stamina lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.Nanti saya akan pamerkan senaman ibu mengandung pada masa yang lain.

Minggu ke-16. Kehamilan ibu sudah pun memasuki 4 bulan. Perkembangan bayi dalam kandungan yang akan dapat dilihat iaitu kaki bayi semakin panjang dan boleh menendang. Oleh itu, ibu perlu sentiasa sihat dan bertenaga.Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta dari minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, ibu boleh mendengar denyutan jantungnya, melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi kali pertama walaupun telinganya belum terbentuk

Masuk minggu ke-17, saiz bayi pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. Bayi sudah boleh menghisap dan menelan. Matanya kini sudah terbentuk sepenuhnya dan bayi sudah berupaya mengerdipkan matanya. Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Ibu mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat iaitu buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Pada minggu ke-18, berat bayi dalam kandungan pada masa ini adalah sekitar 225g. Bayi sudah pandai membuat bunyi-bunyian dan akan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Bagi ibu,Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin.

Minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan melekit berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks daripada air ketuban dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Bayi mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang dan juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu pada masa ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit ibu mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara juga telah menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair berwarna keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Ibu akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, bayi dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah saiz bayi sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan bayi dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.
Ibu akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar sentiasa sihat dan bertenaga amat penting. Ibu perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Ibu sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Tulang bayi dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas. Pada masa ini ibu sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut ibu. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi dengan penuh kasih sayang.

Pada minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perkembangan berlaku pada masa ini juga sangat baik pada tulang telinga bayi iaitu sudah mengeras, rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut. Apabila ibu melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan bayi.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Minggu ke-25,salur darah dalam paru-paru bayi mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Struktur telinganya sudah sempurna.
Dan pada minggu ke-26, paru-paru bayi mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang membolehkannya bernafas dengan baik, warna mata janin bergantung kepada warna latar belakang keturunannya.
Pada kedua-dua minggu ini ialah badan kita akan sentiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Masuk minggu ke-27, bayi pada masa ini seberat 907g, dan kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya brekembang pesat bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Semasa kehamilan ini ibu amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Bayi telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu, ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika mengalami dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita. Dan yang muslim digalakkan membaca Al-Quran untuk mendapat anak yang baik dan sempurna dari segi sifat dan fizikal bayi.

No comments:

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan