Bagi peringkat ketiga di kenali sebagai Trimester Ketiga iaitu 28-40 minggu.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. pada saat ini juga ia sangat sensitif kepada cahaya, bunyi bau dan rasa.
Minggu ke-30, pada masa ini ialah, perkembangan bayi sudah pun mempunyai waktu tidur dan berjaga. Bayi juga telah mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Pada waktu malam dia tetap aktif dan suka menggeling-geliut.Ibu perlu banyak berehat dan jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada waktu siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan ibu tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips untuk posisi tidur ialah angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya.
Seterusnya pada minggu ke-31. Bayi beratnya boleh mencecah 1.5 kg.Simpanan lemak dibawah kulitnya menutup salur darah yang sebelum ini jelas kelihatan. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah.
Minggu ke-32 pula, bayi akan mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.8 kg. Antibodi ibu kini telah dipindahkan kepadanya dan berupaya melindunginya daripada ancaman penyakit Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Saiz kepalanya membesar sekitar 1cm dan dari segi perkembangan otaknya yang sangat pesat. Juga dapat dilihat apabila seluruh rambut bayi telah tumbuh Rupa inilah nanti yang bakal dilihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana mungkin penat dan sedikit lelah ekoran daripada membawa perut yang membesar.
Berikut minggu ke-34, Panjang bayi kini 40.5 cm dan beratnya sekitar 2.3 kg. Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35, akan berlaku perubahan pada diri Ibu iaitu akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim. Bayi pula akan membuang air kecil 1/8 gelen setiap hari melalui air ketuban. Perkembangan dari segi paru-paru juga semakin sempurna. Lemak terkumpul di tubuh janin membantu mengekalkan suhu badannya apabila lahir nanti.
Masuk pada minggu ke-36, ibu digalakkan berehat di rumah secukupnya untuk mengelakkan dari keletihan dan kelesuan. Sentiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu pada ketika ini dan akan berasa perut begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakkan.
Minggu ke-37 dan minggu ke-38, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.Ibu tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Bila masuk minggu ke-39, sudah hampir bersalin dan ini minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Pada masa ini digalakkan ibu memperbanyakan berdoa agak segalanya selamat dan bayi serta ibu dalam keadaan sihat.
No comments:
Post a Comment