Pagi nie tiba-tiba tekak nie nak makan cucur kentang...dah lama sangat tak buat..Mula-mula nak buat sarapan tuk suami tersayang kuih keria yang semalam buat tu.Ada lebih.leh goreng jer...Tapi nak juga buat cucur..So sarapan pagi tadi kuih keria bersama cucur kentang..Tapi pagi tadi yang saya buat tak lah cantik sangat.Besar-besar.Nak cepat.Suami nak pergi kerja dah.
Senang je buat dia..janji ada kentang gan tepung gandum
Cucur Kentang:-
2 orang makan
1.Tepung Gandum
2.Kentang Sebiji (saiz sederhana)
3.Bawang besar (dikisar)
4.Sedikit garam
5.Air Panas
6.Air biasa
7.Minyak masak
Cara-cara dia:-
1. Campurkan bawang yang dikisar tadi bersama tepung gandum.
2.Tuangkan sedikit sahaja air panas..Sikit jer..letak banyak nanti tak jadi.Untuk bagi Cucur tu rangup.
3.Letak sedikit garam dan air biasa.Gaul sampai sebati.Jangan terlalu cair dan terlalu pekat..
4.Potong kentang memanjang dalm keadaan halus dan nipis.
5.Gaulkan bersama bancuhan tepung tadi.
6.Bolehlah di goreng hingga masa..
No comments:
Post a Comment