1. Epal - Merupakan zat pembersih tubuh yang baik dan dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh. Mengandungi Vitamin C baik juga sebagai hos dari sebatian antioksidan lain, iaitu mungkin mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan DNA. Kandungan fiber, sementara kurang dari kebanyakan buah lain, membantu mengawal pergerakan usus dan mungkin demikian mengurangkan risiko kanser kolon.
2. Kurma - Membantu mencegah sembelit (gangguan usus), lemah otot, sengal-sengal badan, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda dan otak. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.
3. Manggis - kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthone membantu mencegah penyakit antaranya alergi, resdung, lelah, penyakit kulit seperti ekzekma, gatal-gatal dan banyak lagi.Mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat, Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.
4. Buah Naga - Baik untuk penghadaman dan peredaran darah, melambatkan proses penuaan ( Awet muda lah..) ,mengawal kadar jantung, mencegah kanser darah, mengurangkan kolestrol dalam darah dan menjaga kesihatan mata.kaya dengan perbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisma badan.
5. Jambu Batu - Khasiatnya menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ianya kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
6. Pisang - Khasiatnya untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisme. ia juga untuk masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut. kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi.
7. Kiwi - Baik untuk mencegah penyakit tulang bengkok, menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan aliran darah dan menjaga fungsi otot.Kaya dengan vitamin C diantara buah-buahan yang lain.mengandung vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asam folat dalam jumlah besar. Selain itu, buah kiwi kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik. Ia juga tidak mengandungi lemak dan kolesterol.
8. Nenas - Mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka, masalh kencing tidak lawas, meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok, melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing dan kelesuan tubuh badan. Kaya dengan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
No comments:
Post a Comment