Syaaban menjelang sebelum datangnya Ramadhan

syaaban by iluvislam.design.


Alhamdulillah...kita sudah pun masuk dalam bulan Syaaban,iaitu bulan penuh barakah dan bermakna sebelum bulan Ramadhan. Sudah terasa bahangnya seluruh umat islam akan berpuasa dan beribadah penuh kepada Allah SWT untuk menyucikan diri dari kealpaan kita yang lepas. Ada yang sudah mula berpuasa pada bulan ini untuk persediaan menyambut bulan Ramadhan yang banyak keistemewaannya. Di sini saya sediakan makluman atau sedikit ilmu yang saya ada mengenai bulan Syaaban.

Syaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwin Hijrah dan perantaran antara Rejab dan Ramadhan. Selepas menjelangnya bulan Syaaban, Ramadhan akan tiba dan umat islam akan menjalankan ibadah puasa. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Untuk makluman, Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'berpecah', kerana kaum masa zaman Rasulullah SAW akan berpecah untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan Ramadhan kerana Ramadhan dikenali bulan yang panas.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Perkataan Syaaban terbentuk daripada perkataan kemuliaan dan pertolongan, keperkasaan dan keutamaan, kebaikan, rasa kasih sayang dan cahaya dan dalam hadis-hadisnya banyak menyebut tentang kelebihan bulan ini. Antara kelebihan bulan Syaaban ini adalah pada malam ke-15 iaitu malam Nisfu Syaaban.

Mengikut tradisi islam, Nabi Muhammad SAW berkata, yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang. Maka amat digalakkan/ dituntut seluruh umat islam memperbanyakkan beribadat dan berpuasa pada hari itu dengan menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.


Umat Islam juga amat digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban selama sebulan itu sebagaimana dalam hadis ada mengatakan:

Sabda Nabi Muhammad SAW : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).


Sabda Nabi Muhammad SAW: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan syaaban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

No comments:

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan