Senaman Untuk Ibu Mengandung..

Go to fullsize image

Salam…nie saya nak kongsi info sikit mengenai senaman. Setiap orang digalakkan bersenam termasuklah baby,kanak-kanak,orang muda dan orang tua. Ibu mengandung macam mana pulak? Boleh..amat digalakkan..Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan sakit jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boleh meningkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress.

Antaranya ialah boleh meningkatkan tenaga otak, supaya kita boleh berfikir lebih waras, tepat dan bertindak lebih cepat. Ini kerana berlakunya peningkatan rangsangan reaksi fizikal dan mental dengan cepat dalam tubuh iaitu darah dipam dan oksigen dihantar ke saluran darah dengan cepat ke otak

Senaman juga boleh melambatkan proses penuaan, cukuplah sekadar membuat aktiviti ringkas sahaja bagi yang sibuk dan takde masa dengan berjalan kaki setiap hari. Amat digalakkan bagi yang dah berumur untuk menghalang tahap penurunan mental dan meningkatkan kesihatan jantung.

Bagi yang muda pula…senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasan marah kerana ianya boleh menganggu pada organ jantung. Dengan senaman kita dapat merehatkan minda dari masalah-masalah yang membelenggu diri. Aktiviti riadah yang boleh dilakukan ialah dengan berjalan,berbasikal dan berenang. Aktiviti ini boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan.. Selain daripada rasa sihat dan bertenaga,senaman juga boleh meningkatkan tahap keyakinan dalam diri seseorang.

Go to fullsize image

Ibu hamil juga boleh bersenam, ianya baik untuk meregangkan otot-otot dan sengal-sengal pada pinggang.Senaman yang paling baik dan sesuai untuk ibu hamil ialah senaman yoga. Ini kerana senaman ini yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot dan memperkuatkan sendi-sendi tulang terutamanya pada bahagian pinggang dan kaki. Ibu hamil dilarang sama sekali melakukan pergerakan seperti melompat-lompat dan gerakan yang tiba-tiba. Lakukan dengan lemah-lembut dan perlahan-lahan.

Antara senaman yang boleh dilakukan untuk ibu hamil ialah:-

1. Dengan cara duduk dengan kakibersila,tangan diangkat kedua-duanya menjulur ke atas kepala. Mula dengan sebelah tangan, kemudian sebelah tangannya lagi.lakukan berulang-ulang kali.

2. Ibu mengandung juga boleh melakukan dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua kaki direnggangkan. Kedua-dua tangan diletakkan di atas lutut.melakukannya dengan menjongkitkan kaki berulang kali.Ianya elok untuk meredakan ketegangkan punggung.

3. Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau hendak.

4. Boleh juga melakukan dengan merenggang tubuh,duduk di atas lantai dengan kedua kaki dikangkangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-Iahan julurkan ke arah kanan.ulang sebelah lengan nya pula.

Post a Comment

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan

2 bulan