Nie saya nak kongsi sikit pasal tajuk kali nie..Maklumlah baru 1st time pregnant.So banyak benda nak kongsi bersama kawan2..
Kalau korang sume nak tau, memang kebiasaanya payu dara akan berlaku perubahan semasa korang sedang pregnant. Ini disebabkan oleh persediaan bagi seseorang ibu itu melalui proses penyusuan susu ibu nanti.. Antara perubahan yang biasa berlaku nanti adalah:
Sakit pada payudara
Payudara korang mungkin akan terasa sakit jika disentuh atau memakai coli. Puting juga menjadi sangat senitif. Ramai wanita yang tidak menyedari diri mereka pregnant kerana menyangkakan ia adalah tanda kedatangan haid. Rasa sakit dan tegang ini adalah normal terutamanya pada trimester pertama..So janganlah korang risau kalau ada yang terfikir, payu dara korang tu kena tanda2 nak kena kanser ke apa ke...
Perubahan pada puting payudara dan areola
Puting dan areaola anda mungkin bertambah besar dan warnanya juga semakin gelap atau kehitaman. Mungkin juga akan ada tanda seperti jerawat yang bewarna putih di sekeliling areola anda. Ia dinamakan 'Montgomery's tubercules'...Dulu saya pon xtau...setelah dapat info baru tau...
Payudara membesar
Menghampiri akhir trimester pertama atau pada awal trimester kedua, korang mungkin terasa payudara membesar, ini kerana tisu pada payudara sedang bersedia untuk proses penyusuan. Bila dah nak hampir saat melahirkan nanti, mungkin korang terpaksa bertukar kepada coli baru. Beli terus coli khas untuk menyusu, jika anda mahu menukar coli baru.
Keluarnya kolostrum
Kolostrum adalah susu ibu pertama yang dihasilkan oleh badan korang. Ia akan memenuhi semua keperluan pemakanan untuk baby untuk 1st time dia menyusu, termasuk imuniti dan perlindungan daripada jaundis. Semasa menunggu hari, sesetengah ibu dapat melihat cecair kuning ini menitis daripada puting mereka. Ia juga mungkin telah kering dengan membentuk bekas seakan putih di berdekatan puting.
Tiada perubahan pada payudara
Korang mungkin hanya mengalami hanya sedikit perubahan (hingga hampir tidak menyedarinya) atau tiada langsung perubahan pada payudara korang. Jangan risau, ia tiada kaitan dengan keupayaan korang untuk mengandung atau penyusuan susu ibu yang berjaya.
No comments:
Post a Comment