Hari tu saya pergi klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan bulanan seperti biasa untuk ibu2 mengandung. Berat saya kini dah 70kg..Baru 7 bln.Beratkan..jalan pon dah xlarat kalau lama2 tu.Naik tangga lagilah..Allah je yang tau.Tapi kalau nak ikutkan before mengandung tu berat saya masa tu 60kg.Dengan ketinggian 163 cm..oklah kot.xkurus dan xgemuk...Tapi bila sekarang dah naik 10kg lg..Rasa mcm xselesa jer..buat keje sikit jer rasa mcm nak patah pgg ni..
So saya try cari info kat internet mengenai pertambahan berat badan ketika pregnant nie normal ke bagi saya..Kalau korang pon risau gak kan..Nurse kat klinik tu kata normal jer..Kata kita ibu yang sihat..Kita duk risau..sebulan naik paling banyak 1kg-1.5kg..
Nie apa yang saya dapat. Kalau korang nak tau pertambahan berat semasa pregnant nie sepatutnya bergantung kepada berat korang sebelum pregnant.
Jika BMI korang
· BMI kurang daripada 18.5 (Kurus) - tambah antara 12.5kg - 18kg
· BMI 18.5-25 (Normal) - tambah antara 11.15kg - 16kg (saya di stage nie)
· BMI 25-30 (Gemuk) - tambah 7kg - 11.5kg
· BMI 30-40 (Sangat Gemuk / Obes) - tambah 7kg
· Jika kandungan anda kembar, korang perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Jika korang berusia dibawah 20 tahun, sasarkan penambahan berat maksima pada tahap BMI korang sebelum mengandung. Contoh, jika BMI anda adalah 19, maka berat anda seeloknya bertambah sebanyak 16kg pada akhir kehamilan anda.
Kira BMI:-
Berat/ tinggi x tinggi=???
60kg/ 1.63 x 1.63 = 22.5..(nie saya punya)
Korang nak tau x dari mane berat2 nie datang?
0.5 kg – plasenta
1 kg – perkembangan buah dada
1 kg – uterus
1 kg – cecair amniotik
2 kg – pertambahan cecair
3 kg – berat bayi
3 kg – simpanan ibu (lemak, protein dan nutrien lain)
Harap2 nanti lepas raya,berat xnaik banyak sangat. Nanti obesiti pulak jadinya..maklumlah raya makan banyak benda2 berlemak dan manis.
No comments:
Post a Comment