Sumber: Harian Metro
AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen,
namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita
yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri
dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih
belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu
laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam
tempoh terdekat. AMPANG: Puncanya hanya kerana
menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima
begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung
enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah
pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam
ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan
rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.
“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan
suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan
lelaki terbabit dengan memperlahankannya.
“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu
keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.
Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu
keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen
membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.
“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah
mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.
“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan
hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana
menyangkakan suaminya keluar,” katanya.
Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati
jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul
tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.
“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran
naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.
“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta
suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum
lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan
meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.
Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati
dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada
pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami
mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.
“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi
membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini
polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk
menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.
“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita
berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan
mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan
dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,
Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.
No comments:
Post a Comment