Bahan2:
5 ketul ayam
1 biji bawang besar (dimesin)
2 biji bawang putih (dimesin)
1 batang kulit kayu manis (kecil)
1 biji bunga lawang (kecil)
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 biji cili merah
3 sudu besar serbuk kurma babas
1 inci halia (dihiris)
2 biji kentang (di potong dadu)
1 biji tomato (di potong 4)
1/2 cawan santan pekat
sedikit garam
cara2:
Letak dalam 3 sudu minyak masak dan tumis bahan yg dimesin tadi bersama halia dan bahan rempah tadi.
Bila dah agak baunya naik,letak sedikit air pada serbuk kurma tadi dan tumis hingga naik minyak.
Letakkan ayam dan kentang,letakkan air dalam 2 cawan
bila dah agak mendidih,letakkan sedikit garam, cili merah dan santan pekat.
tunggu sampai kentang dan ayam empuk. bila kuah dah agak pekat.boleh dihidangkan..
Alhamdulillah..Hb suka...walaupon baru 1st time masak kurma ayam..Permintaan dari hb.Sebelum nie jarang nak makannya..so xmasaklah..Masak dye lebih kurang sama gan masak kari ayam..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment