Salam....Kira-kira lagi 2 minggu sahaja lagi Umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan..Tak sabar rasanya lagi dan rindu akan tibanya bulan penuh keberkatan..Berpuasa menahan rasa lapar dan dahaga pada bulan Ramadhan untuk kita renung dan insaf dalam menghargai makanan supaya tak berlaku pembaziran.Mengharungi saat getir seperti mangsa-mangsa perang,fakir miskin yang tidak cukup makan dan sebagainya.
Persoalan yang saya nak kongsi bersama-sama ialah mengenai Bolehkah Ibu Mengandung Berpuasa?Mudaratkah Pada Kandungan dan Ibu?
Secara umum ibu mengandung tidak salah atau dibolehkan berpuasa tetapi dengan banyak syarat yang harus ibu mengandung ikut..Mampukah seorang ibu itu memenuhi atau mencukupi zat-zat dalam badannya untuk keperluan bayi disaat sedang berlakunya perkembangan tumbesaran bagi bayi itu. Kalau mampu maka digalakkan berpuasa,jika tidak mampu, maka kenalah menggantikan puasa itu bila berkemampuan dan sihat.
Ibu mengandung yang tidak digalakkan berpuasa adalah seperti berikut:-
1.Kencing manis atau diabetes
2. Mempunyai darah tinggi atau hipertensi
3.Mengalami pendarahan
4.Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam badan seperti muntah-muntah (morning sickness)
Seorang ibu mengandung yang ingin berpuasa disarankan mengambil air yang cukup pada sebelah malam atau pada waktu sahur,sekurang-kurangnya dalam 2 liter air untuk memastikan cecair dalam badan tidak kurang semasa berpuasa dan mampu bertahan sehingga waktu berbuka untuk menggelakkan dari berlakunya dehidrasi. .
Jika berlakunya dehidrasi yang teruk seperti nak pitam,sakit kepala, terasa loya dan ingin muntah,rasa mengigil,pergerakkan bayi yang tidak normal . Ini akan memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Jangan berasa gusar dan risau bagi ibu-ibu mengandung yang tidak boleh berpuasa. Fikir bertapa mulianya yang Allah berikan kepada kita untuk menjaga dan melindungi bayi kita. Tidak ada faedahnya jika kita degil dan terus berpuasa andai memudaratkan kesihatan kita dan juga bayi..Walaubagaimanapun kelebihan yang Allah beri pada kita,lakukanlah dengan niat yang baik,bukan sebaliknya..Untuk mendapat keredhaan dan kemuliaan dari Allah.
Selamat berpuasa (^_^).........
3 comments:
insyallah..boleh nye. aku dulu pose mase peknenkan aleesya 3bulan. tp tak dpt full la. sebab tekak aku ngidam maggi. hahahha
hari tu pon aku mengidam nak makan maggi kari..dapt gak last2 makan.hband aku xbagi makan.pas makan tu perut aku sakit xegat.
liana, good info...
akak dah 32 wks ni, ada diebetis, i guess susah jugak nak puasa ni kan..takpe nak cuba gak dulu insyaallah...
sudah follow liana gak..jom tukar link..nanti ajak zenith berblogging gak eh..:)
Post a Comment