Salam...
Weekend yang lepas iaitu pada 17 & 18 Julai 2010, saya dan suami telah pergi bercuti di Tanjung Balau bersama-sama officemate suami sempena persaraan bos suami saya yang telah berkhidmat di MMHE selama 29 tahun. Sambil tu boleh bersuka ria dan
melepaskan tekanan kerja yang tak pernah nak habis.. Ke semuanya hampir 20 orang lebih termasuk kanak-kanak.
Dari pasir gudang nak ke Tanjung Balau ni mengambil masa perjalanan selama sejam setengah. Tempat yang kita orang pergi ni berdekatan dengan Desaru. Maknanya sebelah menyebelah je..Perjalanan ke sana tu boleh dikatakan seperti balik kampunglahkan ,dengan kiri kanan jalan sume perkampungan (Felda).so banyaklah pokok kelapa sawit..
kita orang bertolak dari rumah kira-kira pukul 11 pagi dan berkumpul di stesen minyak. Kiranya bertolak ke dentinasi dalam kol 12 tghari.sampai sana iaitu tempat penginapan kita orang kat chalet tu dalam pukul 130 ptg . Check-in pukul 2 ptg..Time ni aktiviti bebas.Yang lapar boleh g makan,yang gantuk,boleh tidur,yang nak sembahyang pon boleh tunaikan kewajipan,yang nak jalan-jalan tengok pantai dan yang nak mandi pon boleh..mandi di swimming pool or mandi laut..
Aktiviti malam tu kita orang buat bbq..Start lepas maghrib.. Yang lelaki sibuk mengangkat barang-barang makanan, buat bara api dan sebagainya. Yang perempuan sibuk menyediakan makanan untuk dinikmati..Makanan yang disediakan punyalah banyak,sampai tak terlarat nak makan dah.Ada ayam,ikan,sotong,udang bakar.coslow,buah,air,nasi goreng,puding dan termasuklah makanan ringan..
Tempat bbq yang kita orang ni bersebelahan dengan swimming pool,so sambil makan ada yang terjun masuk kolam untuk mandi termasuklah suami saya ni..Dia pantang tengok air,mulalah nak terjun,menyelam dan berenang dalam air..Then malam tu mulalah so sek so sek selsema..kesejukkan...nasiblah suamiku....
Aktiviti malam tu berakhir kira-kira hampir pukul 11 mlm..Maklumlah masing-masing dah kekenyangan dan mengantuk..
Aktiviti pagi, saya dan suami bangun menunaikan kewajipan pada Allah dan bersiap-siap pergi sarapan di cafe yang disediakan untuk mengisi perut yang lapar ni..makanan yang disediakan air panas & sejuk, roti bakar,kuih,buah,bubur nasi,nasi goreng dan keaw tiew goreng. makanan Alhamdulillah,kenyang perut..2 bintang saya beri dari 5 bintang..
Then kira-kira pukul 830 pagi,kami dan beberapa orang menjalankan aktiviti mandi-manda berdekatan dengan muzium nelayan, 2 minit dari tempat penginapan dengan menaiki kereta dan 10 minit berjalan kaki..Tempat yang kita orang duduk tu lautnya tak boleh nak mandi, kawasan jeti dan banyak batu di situ,so tak sesuai untuk bermandi-manda.
Kira-kira hampir ke pukul 11 pagi, saya dan suami balik ke bilik tu bersiap-siap pulang..yelah..check out pukul 12 tghari. Sebelum bertolak pulang, kita orang berkumpul di lobi untuk sesi tangkap gambar untuk kenang-kenangan walaupun sebahagiannya sudah pun check- out awal.
Ni sebahagian gambar tuk kenang-kenangan bersama.
Bergambar sebelum bertolak ke destinasi
Bergambar kenangan bersama suami di jeti Tg. Balau
Usaha mengidupkan api suapaya arang menjadi bara
Gambar ayam dan sotong pulut
En. Hassan (bos) yang sedang membelek-belek ayam
Wajah-wajah kegembiraan pada malam itu
Tempat BBQ di adakan
Gambar udang dan ikan sebelum di bakar
Rakan-rakan yang sedang memanggang
Keluarga En. Mat
Suhaimi bersama isteri
Jariah bersama baby Kak Mai
Family Fain
Saya bersama suami
Gambar teruna dan dara
Family En. Rusdi
Family Kak Mai
Gambar sebahagian rakan-rakan sebelum pulang
Terima kasih kepada semua yang menjayakan percutian sempena persaraan
En. Hassan (Boss suami saya) di Tg. Balau...
2 comments:
salam, puan. saya nak tanya, mcm mana buat bbq? resort sediakan atau kita buat sendiri? barag2 tu nak beli dkat mana ya? sbb kami sekumpulan nak bercuti di sana, kami dari selangor. so, mmg sya amat2 perlukan maklumat.. trima kasih. harap puan akan balas ke emel ni:
belalang.izzati@yahoo.com. trima kasih
-izzati, kuala lumpur
salam
puan. saya izzati dari gombak. saya nak bertanya berkenaan bbq di tanjung balau resort. mcm mna puan buat, maksud sy, brg2 bbq tu brg sendiri atau resort? makanan nya itu dibeli di situ atau dari resort. sy dan kawan2 akn bercuti di situ pada bulan mac ni. harap puan dpt beri makulumat dengan membalas komen ke emel saya:
belalang.izzati@yahoo.com
terima kasih.
-izzati, gombak
Post a Comment