Bagi Ibu2 yang sedang pregnant, Masa bulan puasa nie, xpayahlah korang makan berlebihan, takut2 nanti korang termuntahkannya balik makanan tu..Makanlah dengan kadar biasa yang korang selalu makan bia time xpuasa tu. Korang boleh makan mengikut Piramid makanan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.
Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu2 harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar..Macam saya,saya makan daging ayam..dan setiap kali sahur,minum oat untuk bekalkan tenaga sepanjang hari.Lebihkan serat dalam badan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Itu yang penting..Bukan lebihkan karbohidrat.Itu menyebabkan pertambahan berat badan yang berlebihan dan kalori yang tinggi.xbaik untuk kesihatan.
Korang juga mesti banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya. Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya korang kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi. Air juga amat penting untuk baby dalam membentuk air ketuban. Biasanya seseorang ibu memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.
Menu yang baik untuk berbuka dan bersahur boleh korang amalkan ialah:-
1. Semasa berbuka puasa, digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh badan.
2. Amalkan memakan buah-buahan ,seelok2nya korang makan kurma. minum jus buah-buahan yang dibuat sendiri, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak , yogurt rendah lemak , telur rebus/ayam yang dipanggang, kekacang dan serat seperti oat atau roti bijirin penuh.
3. Selepas beberapa jam kemudian, korang boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
6. Begitu juga dengan waktu bersahur, korang digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.
Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan peluh. Sama ada di ruangan terbuka atau berhawa dingin.
3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman suam dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut korang.
4. Jangan minum air sejuk atau ais. Nanti perut yang kosong menjadi kembung, bila korang terus berbuka puasa dengan air sejuk.Masuk angin dalam perutlah.
5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum makan makanan yang lain. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.
6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
7. Untuk menahan dari rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.
8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya korang menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh xletih sepanjang hari.
9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau korang sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
2 comments:
wow wee....tqvm....susah nk cari info mcm ni...thankies
ibu saya pun tengah mengandung gak..x sabar nak dapat adik..TQ share info nih.jap lagi nak bagitau dia
Post a Comment