Contest:-saya nak teka berat baby mama liyana

salam...saya nak buat contest...1st time buat ni..Harap2 ada kemajuan...takut juga,mana tau takde sambutan dari blogger2 yang lain..tapi saya cuba ye..Senang je...cuma teka berapa berat baby yang akan saya lahirkan tak lama je lagi..tengah tunggu hari..

Hint:- Berat sebelum mengandung-60kg
Sekarang mengandung-76kg(Nurse kata dah tak naik dah berat badan sebab dah cukup bulan)

Syarat2 nak menyertai contest ni adalah seperti berikut:-

1. Buat satu post entry mengenai contest ini dengan bertajuk "saya nak teka berat baby mama liyana" dan letakkan gambar seperti di atas pada entry korang.


3.Wajib juga menjadi follower mama liyana dan pada blog korang mestilah letak http://liyanadiabu.blogspot.com sebagai blog list korang.(bagitau follower yang ke berapa untuk rujukan)

4.Tinggalkan komen korang pada ruangan komen pada entry di blog saya selepas korang buat post entry.Untuk rujukan

contoh: 1.follower yg ke berapa?
2.addrest blog korang apa?untuk memudahkan penganjur
3.Berat baby berapa kg?

*Sekali je teka untuk 1 blogger dan komen korang tidak di tayangkan sehingga tarikh tamat supaya tidak meniru antara 1 sama lain.

5. Tarikh akhir penyertaan adalah sehingga baby lahir (hari baby lahir lah).akan diberitau kelak.

6. Hadiah kepada pemenang adalah misteri barulah best..nama contest pon dah TEKA kan...So tunggu je lah...

7.Jika tiada pemenang yang tepat,hadiah akan di berikan pada yang meneka agak dekat2 ye.

Senarai yang masuk contest mama liyana dan cukup syarat2nya:-




































Peluklah Isteri Wahai Suami

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Warehouse sale........jom....


Warehouse sale...warehouse sale...wah bestnya.......leh borong barangan babykan...sapa2 yang nak beli boleh lah...Nie saya dapat dari blog FIZA..Korang klik je kat blog nie ye klau nak tau lebih lanjut..dia kat area puchong..Bermulanya sale pada 28 oktober 2010 sampai 7 November 2010,buka dari pukul 9 pg- 7 mlm...so datanglah beramai2 untuk menghabiskan barangan yang dijual...dan menghabiskan duit..hehehe...

Giveaway Bantal Panas Edisi Terhad Percuma


Salam...
Saya nak join 1 giveaway dari blog
sebab mana ..kalau saya boleh menang..saya kan dah nak bersalin..tengah tunggu hari je..so kalau saya dapat,boleh saya guna masa dalam pantang,BETUL TAK??

Kalau kawan2 nak join giveway ni,boleh je
klik kat SINI..
terus sampai ke link bantal panas ni..


lucky draw anak ayah


salam..saya nak join lucky draw ni yang dianjurkan oleh adyshariz..kepada yang nak join blh lah klik SINI

bermula dari 27 Oktober 2010 sampai 12 November 2010 jam 10 pagi

TAKUTNYA.. macam2 la skang ni.. baca ni dan amik PERHATIAN.. berhati-hati...

Kisah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MALAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..

satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.

P/S: amalkanlah suratul kursi.. dan berdoalah dan meminta perlindungan dariNya.. insyaAllah.. perlindunganNya akan sntiasa pada hamba-hamba Nya yang meminta padaNya..

Apa jadi pada nasi minyak yang masak semalam

Semalam kata teringin nak makan KEK kan,tapi sayangnya tak dapat makan lagi..Hb kata tunggu weekend lah.kita cari kek secret recipies...Huhuhu...Kena tahan lah sampai weekend...

semalam makan malam saya buat nasi minyak gan ayam masak merah..kononnya nak nampak cantik macam kat rumah orang kahwin,so letaklah kaler2 sikit..macam nasi hujan panas tu orang kata..

masa nasi tengah nak mengering tu tuanglah beberapa titik warna kuning gan hijau..korang nak tahu tak bila nasi dah masak je jadi apa kat nasi tu..



-


_



_



_



_



-



Masa nasi tu dah betul2 masak,saya pon duk lah gaul2 bagi nasi tu kaler2 cantik,warna kuning campur hijau..nak tau lagi apa jadi tak


-


-


-


-


-



-


-

Treng teng teng....hahaha...jadi kaler semua nasi hijau..warna kuning hilang dah..tak jelaskan..saya fokus lagi dekat ye...



nampak tak...kalau korang nak makan tak,hehe..my hb duk gelak sebab kelakar..tapi tak pe dia cakap,kaler je,yg penting rasanya..nasi minyak tetap nasi minyak...janji SEDAP...

Saya makan gan ayam masak merah je,takut nak makan gan sayur hijau,kaler sama je,hb yang habiskan semua sayur..tapi takdelah dalam gambar ni ye..


Ni dari pandang tepi sikit..sorry gambar tak jelas lagi terang,maklumlah pakai kamera hf jer..kalau tengok depan mata,kaler hijau dia sunggu menyelah lagi terangnya..malas nak pergi ambil kamera sebenar..

Teringin nak makan kek

Tiba2 teringin nak makan kek..kedai mane2 pon xpe..janji sedap dan lazat.Kalau dapat kek coklat sedapnya..hari tu masa besday tak teringin pulak nak makan..hari ni rasa nak makan pulak...baby minta kot...takkan tertiba kot kan...tapi nak makan kek...huhuhuhu......NAK MAKAN KEK.....

Dah rasa kontraksi macam nak bersalin tapi...

Malam tadi saya tak tau pukul berapa,tapi tengah2 sedap tidur tu terjaga sebab rasa perut sakit sangat.Orang kata macam kena segugut..macam tu rasanya segugut,sakit kat bahagian bawah pusat..sebab saya tak pernah alami segugut..rasa dia macam menegang,mengeras yang amat sangat sakitnya..adalah dalam 5 mnt rasanya..macam tu ke rasa nak bersalin..orang panggil kontraksi..tapi belum lagi rasanya nak bersalin,tak rasa lagi tanda2 macam keluar darah ke,air ketuban ke...so saya buat biasa je lah...rasanya orang panggil false contraction.

Then pukul 5 pagi terasa lagi macam tu...sama macam yang pertama tu...baby mengeras,nak bergerak pun tak boleh sebab sakit sangat..lepas tu hilang..Agak2 kalau betul2 nak bersalin setiap 5 mnt rasa macam tu..seriaunya....huhuhu...dengan rasa sakit pinggang lagi,sakit kat situ lagi...Ya Allah tabahkan hati ini..

Harap2 masa nak bersalin tu dah ada kat kampung,senang sikit,tak lah kelam kabut nak terus pecut balik dari johor kan..lagi seriau kalau tak sempat...

MENU Sarapan Pagi Hari Ini

Ada disebutkan dalam AL-QURAN bahawa setiap benda dalam DUNIA ini dijadikan berpasang-pasangan..

MATAHARI dan BULAN

HITAM dan PUTIH

MEJA dan KERUSI

PEN dan KERTAS

dan SEBAGAINYA

Begitu juga dengan MANUSIA...

Saling memerlukan antara LELAKI dan PEREMPUAN..

Bertapa indahnya CIPTAAN ALLAH.....SUBHANALLAH.............

Cerita pagi Ini :-) + :-(........

Salam pagi...pagi nie macam biasa,bangun sembahyang subuh,sarapan gan hb,then hb pergi kerja,buka internet untuk tengok blog...Sedih bila kita buat contest,tapi tak ramai yang sudi tengok...Agaknya contest ni tak best kot..tapi takpelah..dah cuba...Ni yang saya dapat nuffnang..semalam 22 visitor je yang datang tengok blog ni..


tapi saya tak putus asa,InsyaAlllah..yang akan datang..mana tau ramai yang datang melawat blog saya...bukan apa..saja je nak test market...hehehe...untuk kepuasan diri sendiri..bukan untuk menunjuk,tapi untuk keyakinan diri...

Semalam dah rasa sakit sikit2,tapi tak lagi macam nak bersalin..baby mengeras je...dia dah semakin sempit kot..rasa dup dap dup dap lak..hb pon dah rasa takut..berdebar2..

Pagi tadi bangun je tido,hb terus bercakap gan baby,baby bagi respon kat papa dia 1st class punya...siap ada bunyi lagi hb cakap..kalau baby dalam perut boleh ke keluarkan bunyi..macam suara...ntahlah...masa tu baby siap tendang2 muka papa dia..dia suka ke,rimas ke...tak taulahkan..tapi saya suka..hehe..

Semalam bincang gan hb,dia kata nak hantar saya balik kampung weekend ni..tapi saya tak nak..Rindu...Huh...Saya minta hantar next weekend..Hope sempatlah...harap2 baby tolong mama dia ye...next weekend tau baby...bila papa dah hantar mama balik kat kampung,then masa baby rasa nak kuar,tunggu tau sampai papa sampai kat hospital..mama nak papa ada sama..





Baru balik dari check up

Alhamdulillah...baru balik dari check up kat KK..baby sihat dan ibu juga sihat..mmgu nie masuk mggu yg ke 38..kedudukan kepala baby dah di bawah..Bila-bila masa sahaja akan bersalin,so kena bersedia je..

Baby pun nurse kata memang dah tak berapa aktif sebab dia dah sempit,so tak perlu risau.janji dalam tempoh 12 jam tu dapat kira 10 kali pergerakkan baby.

Berat badan pun tak naik dah,nurse kata dah cukup bulan.cukuplah setakat ni je berat badan.76kg..Harap lepas bersalin dapat kembali kepada asal..sebab naik hampir 15-20kg..huh...beratnya saya...

Mggu depan last check up kat cni b4 bercuti balik kampung untuk tunggu bersalin...TAKUTNYA.......





Isteri kedua kerat zakar suami disyaki curang

JAKARTA: Gara-gara mengesyaki suaminya ada hubungan sulit, seorang daripada empat isterinya bertindak nekad membunuhnya dan mengerat mayatnya kepada 14 bahagian, menurut laporan di sini semalam.

Menunjukkan dia benar-benar marah dengan suaminya, wanita itu turut membuang zakar mangsa ke dalam sungai. Polis masih mencari zakar lelaki itu.

“Kami masih mencari kemaluan mangsa selain bahagian lutut dan perut,” kata ketua detektif polis Jakarta Timur, Nicolas Lilipaly dipetik sebagai berkata.

“Suspek berkata dia membuangnya ke dalam sungai.”

Muryani, isteri kedua mangsa, didakwa kerana membunuh Karyadi, 53, pengawal keselamatan di pasar Kramat Jati, 12 Oktober lalu, mengerat tubuhnya dan membuang anggota badannya.
Sumber: Berita harian Online
Muryani, ditahan malam Isnin lalu. Dia mengakui membunuh suaminya dengan menghentak kepala mangsa dengan tong gas seberat tiga kilogram ketika dia tidur.

Polis merampas tong gas yang dipenuhi darah, sebilah pisau dapur dan pakaian mangsa yang berdarah dari rumah Muryani.
Polis menuduh wanita itu membunuh suaminya kerana menipunya.

“Dia juga berkata berasa lega dapat melepaskan kemarahannya. Kami akan jalankan ujian psikologi ke atas suspek di Hospital Polis Nasional,” kata Nicholas. – Agensi

Angan-angan Mat Jenin

Seronokkan bila orang kata,wow..bestnya blog ni...macam2 ada..ada macam2 tip,ada macam2 panduan untuk dikongsi bersama...dan lain2..

Lagi 1 bila orang tengok blog kita...wow ramainya dia punya pengikut/follower...macam mana ye dia boleh ada seramai tu..sedangkan baru je dia berblogging..tak sampai setahun pun...dah ada beribu2 orang..

Then bila orang tengok dianya blog,wow banyaknya dia dapat dari nuffnang...macam mana nuffnang pilih sampai dia boleh dapat banyak $$$..

Hehehe...semuanya bergantung pada kita jugakan..kalau kita rajin,adalah ganjarannya,kalau kita malas..pandai2lah tau jawapannya...

Ya...akan saya cuba lakukan untuk berjaya...Amin...bukan untuk dapatkan ganjaran,tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri...tak lah orang kata buang masa je bila kita berblogging..dan takde faedahnya...


Placenta praevia boleh ragut nyawa

SUMBER: KOSMO ONLINE

PENDARAHAN ketika hamil merupakan antara perkara yang ditakuti kaum ibu mengandung kerana ia berisiko menyebabkan keguguran jika tidak disusuli dengan rawatan segera.

Pendarahan boleh berlaku di bahagian luar faraj iaitu pada vulva atau pangkal rahim. Ia boleh terjadi kerana komplikasi kehamilan atau keadaan plasenta yang tidak normal iaitu kedudukannya berhampiran atau betul-betul di atas serviks yang dipanggil placenta praevia.

Umum mengetahui, plasenta merupakan organ yang menghubungkan ibu dengan janin dalam rahim. Ia berfungsi membekalkan makanan termasuk oksigen daripada ibu kepada janin dan mengeluarkan bahan kumuh daripada janin melalui ibu.

Namun, kedudukan plasenta yang songsang daripada kedudukan normal boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.

Pakar Ginekologi dan Obstetrik, Hospital Pantai Ampang, Dr. Sudha Kumari memberitahu, terdapat empat jenis placenta praevia iaitu lateral, marginal, partial dan central.

“Plasenta praevia lateral merujuk kepada kedudukan plasenta yang cenderung jaraknya lima sentimeter atau lebih daripada serviks manakala kedudukan marginal pula menunjukkan plasenta berada betul-betul di margin serviks.

“Placenta praevia partial pula menunjukkan keadaan plasenta menutupi sebahagian serviks, manakala penutupan serviks sepenuhnya pula dipanggil central iaitu kedudukan plasenta betul-betul di atas serviks. Dalam keempat-empat kes, keadaan central ini paling merbahaya,” katanya.

Tambah Sudha, keadaan tersebut berlaku selepas tempoh 24 minggu kehamilan dan ia disebabkan beberapa perkara iaitu parut ketika proses kelahiran atau pembedahan, kekerapan bersalin dan infeksi.

“Keadaan ini akan menjadi punca plasenta akan terus melekat di situ dan tidak bergerak. Pada awal tempoh kehamilan, plasenta berada di mana-mana dalam rahim kerana pada masa itu saiz bayi terlalu kecil, namun apabila tempoh kehamilan bertambah ia (plasenta) berubah tempat ke bahagian atas rahim.

“Kedudukan plasenta yang tidak berubah dipanggil placenta praevia. Sebenarnya, plasenta tidak bergerak tetapi uterus membesar dan mengembang, oleh itu ia secara automatik akan naik ke atas,” ujarnya.

Ia akan terjadi selepas 24 minggu tempoh kehamilan kerana dalam tempoh tersebut plasenta akan berada di kedudukan atas.

Menurut Sudha, walaupun plasenta berada di bawah pada kehamilan minggu ke-24, kebarangkalian ia berpindah ke atas tetap ada dan ia memerlukan pemantauan kandungan dengan kerap.

WANITA yang mengalami placenta praevia terpaksa melahirkan anak melalui kaedah caesarean.

“Biasanya jika kedudukan plasenta dalam keadaan lateral dan marginal pada minggu ke-26 kehamilan, ada kemungkinan plasenta akan naik tetapi jika plasenta dalam keadaan central dan partial, kemungkinan besar ia tidak akan naik kerana kedudukannya betul-betul di atas serviks.

“Kerana itu, seseorang ibu perlu menjalani rawatan susulan dengan doktor. Selepas minggu ke-34 kita akan dapat tahu sama ada plasenta akan naik atau tidak,” katanya.

Siapa yang berisiko mendapat placenta praevia?

Mereka yang berisiko tinggi mendapat placenta praevia adalah dalam kalangan wanita yang pernah mengalami placenta praevia pada kehamilan sebelumnya.

Selain itu katanya, kekerapan bersalin setiap tahun, kelahiran anak kembar, pernah menjalani pembedahan caesarean dan fibroid, malah ada yang berpendapat wanita yang mengambil kokain dan merokok juga mempunyai risiko yang sama.

“Apabila umur meningkat risiko juga akan meningkat. Umur yang berisiko ialah wanita berusia bawah 20 tahun dan melebihi 35 tahun. Umur yang paling selamat ialah 20 hingga 30 tahun. Risiko wanita untuk mendapat placenta praevia adalah satu dalam 200 kehamilan.

BEGINILAH kedudukan plasenta yang normal iaitu di atas rahim bukan di kedudukan berhampiran serviks seperti gambarajah sebelah.

“Seseorang yang didiagnos mengalami placenta praevia apabila berlaku pendarahan pada minggu ke-24 kehamilan. Oleh itu, doktor perlu buat ujian ultra bunyi bagi memastikan kedudukan plasenta,” jelasnya.

Wanita yang dikesan mengalami placenta praevia dinasihatkan untuk berehat, tidak membuat kerja-kerja berat, tidak bersenam, tidak mengadakan pemeriksaan vagina dan tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

Sudha memberitahu, wanita yang mengalami placenta praevia central dalam minggu ke-34 kehamilan akan dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan.

“Jika tiada sebarang pendarahan, mereka boleh berehat di rumah dengan syarat, jarak rumah mereka dekat dengan hospital dan mempunyai pengetahuan mengenai keadaan kehamilannya bagi mengelakkan risiko ke atas ibu dan anak.

“Segera berjumpa dengan doktor jika berlaku sebarang pendarahan tanpa rasa sakit. Buat permulaan, pendarahan kali pertama akan keluar sikit dan akan berhenti seketika sebelum berlaku pendarahan yang banyak,” katanya.

Tambahnya lagi, jika berlaku sedikit pendarahan dalam tempoh kehamilan masuk minggu ke-34, pihak hospital akan menunggu sehingga cukup bulan, tetapi jika si ibu mengalami pendarahan yang banyak, bayi perlu dikeluarkan segera demi kebaikan ibu dan anak.

SUDHA menunjukkan kedudukan plasenta yang betul iaitu berada di atas bahagian rahim.

“Jika berlaku pendarahan yang banyak, jantung bayi akan jatuh dan bayi perlu dikeluarkan segera jika tidak, bayi akan mati di dalam kandungan.

“Ibu yang mengalami placenta praevia tidak boleh melahirkan bayi secara normal dan perlu menjalani pembedahan caesarean. Bukan itu sahaja, ia memerlukan doktor yang berpengalaman luas mengendalikan kes placenta praevia serta kakitangan hospital yang terlatih. Jika tidak keadaan itu mengundang risiko kematian,” jelasnya.

Ujar beliau, dalam keadaan pendarahan yang banyak, seboleh-bolehnya, doktor mahu menyelamatkan nyawa kedua-dua ibu dan bayi tetapi keutamaan diberikan kepada ibu.

50 sudah....


yeah...dah dapat 50 follower.terima kasih kepada semua rakan2...yg ke 50 aderlah ninie..tapi sayangnyer xjmp atau jejak blog beliau..cume tau namanyer ninie sahaja..klau ader blogger..sila tgglkan pesanan yer...

1 je lagi

1 je lagi nak 50 dah..sapa kah yg terpilih n menjadi pilihan..huhuhu...akan ku hebohkan sapa yg bertuah tu masuk ke dalam entry ini...

dapat gak ku hajati.......b4 this dah kuar gak entry ni..50!!!Boleh ke dapat? dalam masa sebulan..tapi alhamdulillah klau dapat 50 nie..nak hampir2 sebulan lah gitu...


Wanita dibelasah dan di paksa gugurkan kandungan

Lagi cerita pasal orang mengandung yg dibelasah dan disuruh gugurkan kandungan..Kesiannya..beruntungnya kita Rakyat MALAYSIA...Tak di suruh gugurkan kandungan..tetapi kita sendiri yg terhegih2 nak gugurkan kandungan kerana nak menutup malu bila dah buat maksiat...dan sanggup buang anak selepas penat jer mengendong bayi dalam perut selama 9 bulan..huh...


BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana. Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya. Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.


Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber. China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP

Sumber: Harian Metro

"Derhakanya Dikau Wahai Anak"


Kasih ibu pada anak sejak dalam kandungan hanya sia2 sahaja bila anak yg ditatang penuh kasih sayang sehingga berjaya sanggup membuang ibu kandung sendiri ke tempat pusat jagaan orang tua dengan alasan ibu kuat makan…LOGIK ke?..Lebih memyedihkan bila wang pencen arwah suami di ambil anak2 tanpa rasa bersalah pada ibu sendiri..Bukan seorang anaknya..Tetapi 9 orang..BAYANGKAN 9 orang anak,tetapi xboleh menjaga seorang ibu…

DERHAKANYA………."LUPAKAH SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"

Berita penuh: Harian Metro

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.
Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.
“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.
Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.
Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.
Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.
“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.
“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.
Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.
“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.
“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

Bila saya perlu menghubungi doktor saya?

Info.....

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam perlahiran. Tetapi jika anda rasa bahawa telah tiba masanya, jangan malu untuk menghubungi doktor anda. Doktor selalu mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti sama ada mereka berada dalam keadaan perlahiran atau tidak dan mereka yang memerlukan panduan – ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. Doktor anda boleh tahu dari nada dan intonasi suara anda, jadi komunikasi lisan akan membantu. Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada.

Jika air ketuban anda pecah atau jika anda merembeskan cecair amnion, hubungi doktor anda dengan segera. Anda perlu memberitahunya jika bayi anda kurang bergerak atau sama ada anda mengalami sebarang pendarahan vagina (kecuali jika ia hanya mukus bercampur darah dalam jumlah yang sedikit), demam, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan anda atau kesakitan abdomen.

BabyCenter mempunyai senarai simptom kehamilan yang lain yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Baby merajuk sebab nak borak gan dengar Al-Quran...

Semalam saya kata nak kena g ospitalkan..masa tggu hb jadi x balik dari keje tu..sebab dye semalam kebetulan ader client datang..so kena meeting..bglah baby dgr ayat Al-Quran Al-fatihah,Yusuf,Mariam, luqman gan yasin b4 tggu hb blk tu..


*


*


*


Nak tau x pe belaku pastu...


*


*


*


Alhamdulillah baby gerak akhirnyer...dapatlah 5x ptg tu...Pas tu hb tepon tny jadi x nak g ospital,saya cakap xjadi kot coz baby dah gerak 5 x..


*


*


*


*


Malam tu pas isyak..Hb borak gan baby..then bacakan kat dye Ayat2 Al-Quran..


*


*


*



Nak tau x pe jadi kat baby masa tu...


*


*


*


baby gerak lagi 5 x..Cukuplah baby gerak sbanyak 10 x dengan masa antara kol 9 pg sampai 8.40 mlm...fuhh...Rupanyer dye nak berborak gan papa dye..dah lama papa dye xborak gan dye..yg bestnyer..gerak bukan sikit2..tndg2 sana sini....xpe...janji baby mama papa aktif..



*


*


*


Alhamdulillah...Suka sangat...baby dah besar mama gan papa selalu harap dye boleh hafal Al-Quran boleh jadi hafiz hafizah..Tu baby merajuk,sebab semalam dye nak dgr n bacakan Al-Quran kat dye..T mama gan papa buat lg yer..hari2 pon xpe..Semua tuk baby..

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan

2 bulan