Kemalangan Penuh Tragis 10.10.10(Terkini:15 Maut)

Semalam Petang Saya n hb balik ke johor dari klang..Ader besday anak buah(Anak akak) Sempena umurnyer setahun pada 10.10.10..Cantik sggh nombor tu..Tapi xsangka ader kemalangan yg amat tragis berlaku pada petang tu..Bertolak dari klang semalam kol 5.40 pm..Kemalangan tu berlaku pada pukul 6:50 pm..Nie berita yg aku dapatkan dari info kak ina kl.Thanks yer kak.sy pinjam info akak..Syukur pada Allah kerana melambatkan kami pulang pada petang itu dan tak terlibat dalam kemalangan itu.Amin...Klau nak ikutkan bertolak awal lagi..


REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera(Terkini:15 maut)3 mati di hospital. dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.


Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.


Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

“Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.

“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya .


sumber : Berita Harian

Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu. Bas express Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur yang di percayai bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempa kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.


sumber - berita harian on9

SEBUAH bas menghempap sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.


“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka


sumber : berita harian on9

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.


mayat-mayat bergelimpangan


mayat tanpa kepala ..sumber http://www.hazwan.com/


tangan terputus...memang mengerikan .. http://www.hazwan.com/

keadaan selepas kemalangan

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.



senarai nama yang meninggal di tempat kejadian.


2 comments:

Ezao' Edogawa said...

tragis sangat. sdih pun ada.

Unknown said...

bukan senang nak senang..kalau nak berjaya kena berusaha dalam blogging ni

al fatihah buat yang beragama islam

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan