Lagi cerita pasal orang mengandung yg dibelasah dan disuruh gugurkan kandungan..Kesiannya..beruntungnya kita Rakyat MALAYSIA...Tak di suruh gugurkan kandungan..tetapi kita sendiri yg terhegih2 nak gugurkan kandungan kerana nak menutup malu bila dah buat maksiat...dan sanggup buang anak selepas penat jer mengendong bayi dalam perut selama 9 bulan..huh...
BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.
Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana. Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya. Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.
Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber. China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP
No comments:
Post a Comment