Anak Xnak Susu Botol???


Apa itu penyusuan secara eksklusif?
Polisi penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan bermakna, bayi hanya bergantung kepada susu ibu semata-mata bagi meneruskan kehidupan seharian. Tiada sebarang air masak, susu formula, air glukos dan sebagainya yang dicampur dan diberikan kepada bayi walaupun sedikit.

Puting susu
Polisi penyusuan ibu yang sebenarnya tidak menggalakkan para ibu menyusu menggunakan botol. Polisi penyusuan ibu sangat menggalakkan para ibu menggunakan cawan, sudu ataupun picagari sebagai ganti kepada puting ibu.

Tetapi, cara menggunakan botol bersesuaian pula dengan gaya hidup di Malaysia. Ini kerana, kebanyakan ibu meletakkan anak mereka di nurseri ataupun pusat-pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak. Ini bermakna, bilangan bayi dan kanak-kanak yang perlu dijaga adalah ramai, dan bilangan penjaganya pula hanya beberapa orang.

Walaupun ada juga yang meletakkan anak mereka di rumah penjaga bayi, tetapi penjaga yang sanggup memberi bayi susu tanpa menggunakan botol boleh dikatakan masih minoriti. Justeru, penggunaan botol masih menjadi keutamaan.

Jenis-jenis Puting

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk puting susu yang berada di pasaran, Puting-puting ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

· puting panjang

· puting pendek

Kedua-dua puting ini terdiri daripada dua jenis material iaitu:

· silikon (yang berwarna putih jernih)

· latex (yang berwarna kuning)

Kedua-dua puting ini juga terbahagi kepada beberapa bentuk seperti:

· bentuk biasa/standard

· bentuk lebar (wide neck- seperti bentuk puting avent)

· bentuk ortodontik (bentuknya berlekuk-lekuk dan unik)

· dan beberapa jenis bentuk lagi.

Lubang puting juga terdapat pelbagai jenis dan saiz iaitu:

· saiz S

· saiz M

· saiz L

· saiz XL

Jenis Puting

· Saiz/ potongan 'Y' (sesuai untuk bayi yang berusia 2 bulan ke atas. Fungsinya supaya susu hanya keluar apabila bayi menyedutnya sahaja. Dengan ini, susu tidak akan membuatkan bayi tersedak/ tumpah apabila botol disengetkan ataupun terjatuh). Ada juga saiz Y yang sesuai untuk bayi kecil tetapi lubang Y itu lebih kecil daripada biasa.

· Saiz/ potongan 'X' (sesuai untuk bayi yang lebih besar. Sebenarnya ia direka khas untuk memudahkan bayi meminum nestum dll melaluinya. Tetapi campuran makanan di dalam botol bayi adalah DILARANG sekarang ini memandangkan ia boleh meningkatkan kes-kes kematian akibat tercekik)

Dalam konteks penyusuan ibu yang biasanya dialami oleh para ibu yang bekerjaya, kejadian ini pasti berlaku:

Proses Membeli, Menukar dan Mencuba Pelbagai Jenis Botol dan Puting

Ibu-ibu boleh mencuba pelbagai alternatif/ jenis botol yang terdapat di pasaran terutama yang menyerupai/mimik puting ibu seperti:

Kategori leher lebar (wide neck):

· Breastflow: bentuknya lebar seperti avent, mempunyai banyak lapisan dan harganya lingkungan rm21

· MAM: bentuk putingnya istimewa

· Tommee Tippee: lebar dan pendek. Putingnya juga lebih luar biasa

· Avent: masalah utama stok sentiasa cepat habis terutama bagi puting saiz kecilnya

· Adiri: putingnya hampir menyerupai puting Tommee Tippee. Ini botol yang paling mahal setakat ini iaitu sekitar rm90 bagi satu botol kecil


Kategori leher standard (standard neck)

· MLO

· Medela

· dan pelbagai jenis tempatan (tetapi pastikan ibu-ibu membeli botol-botol yang menggunakan bahan PP, bernombor 5)

·

Kandungan Susu Mengikut Bayi

ibu-ibu boleh cuba memberi sukatan bekalan EBM 2oz bagi setiap botol pada bayi yang masih kecil. Ini boleh dicuba dahulu kerana lebih banyak membawa kebaikan iaitu:

1. Stok susu puan dapat dijimatkan dan tidak membazir

2. Susu ibu-ibu boleh ditingkatkan kepada 3oz apabila bayi sudah mula pandai menghabiskan sukatan itu


Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu-ibu perlu menurunkan kadar kekerapan mengepam. Pam perlu diteruskan seperti biasa pada waktu bekerja, dan disusukan secara terus apabila bersama bayi. Ini bagi memastikan produksi susu ibu-ibu kekal sama dan tidak menurun.

Sumber:ratuhati

1 comment:

anise said...

Anak saya dah 10bulan still menyusu badan. xmau isap botol sejak 3bulan. Rela gigi puting sampai kuar2 air dr isap.. puting dah berlambak ganti last2 anak saya lebih suka minum pakai gelas. hahaha

BIODATA TAQIF

Nama:Muhammad Taqif Thariq
DOB:11 November 2010
Masa:5.19 pm
Berat:3.34 kg
Panjang:56 cm

1 Bulan
Berat: 4.6 kg
Panjang: 59 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.5 kg
Status: Pandai senyum,nak main

3 Bulan
Berat: 7 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.9kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

18/7/2011
Status:taqif dah pandai merangkak dengan lancar

25/7/2011
Status:taqif tumbuh gigi sebatang kat bawah

30/7/2011
Status:taqif dah pandai duduk sendiri tanpa bantuan pegang mana2 objek

11 bulan dah pandai berjalan..amin...

1tahun 7 bulan
status:dah pandai cakap mama,papa,mamam,nak,nanak,boleh,gelak,ajuk cakap org,still masih cakap macam baby lagi..sekarang belajar nak melompat..berat 12kg masa 1thn 5 bulan..

11/11/2012
2tahun genap
alhamdulillah..dah pandai sebut banyak word jugak..dah jadi abang yang baik..dan sayang adik..

BIODATA AQIL

Nama:Muhammad Aqil Zafran
DOB:21 Januari 2012
Masa:10:11 pagi
Berat:3.22 kg
Panjang:48 cm

1 Bulan
Berat: 4.7 kg
Panjang: 56 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,hisap jari,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.5 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah

5bulan
Berat 7.5kg
Status:dah pandai guling2 dari ujung ke ujung,mengundur..

8bulan
status:dah pandai merangkak

9 bulan
status:dah pandai bertatih pegang kerusi meja
dah pandai bangun sendiri tanpa bantuan

9/11/2012
dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan 5 -7 tapak


BIODATA AMMAR

Nama:Muhammad Ammar Amsyar

DOB:29 April 2015
Masa:3:42 pagi
Berat:2.96 kg
Panjang:50 cm

1 Bulan
Berat: 4.4 kg
Panjang: 53 cm
Status: Tidur je

2 Bulan
Berat: 5.6 kg
Status: Pandai senyum,nak main,tgk tv

3 Bulan
Berat: 6.4 kg
Status: hisap jari,gelak besar,membebel,tgk tv

4 Bulan
Berat 7.6kg
Status:Pandai mengering,angkat tgn ketika menyiarap dan undur smpai pusing 180 darjah


Related Posts with Thumbnails

hari pertama dilahirkan

1 bulan


2 bulan